MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Ahad, 15 April 2012

Bukan rezeki untuk kali ni............

Semalam berkampung di SPORTS PLANET AMPANG untuk KARNIVAL FUTSAL MILO MILO  BAWAH 12 DAN 16 TAHUN. Ruvena menghantar pasukan bawah 12 tahun iaitu RUVENA JUNIOR.  Pada mulanya perlawanan diadakan secara liga . Keputusan perlawanan bagi RUVENA JUNIOR adalah seperti berikut

RUVENA JUNIOR (2) -   SEMUT MERAH FC (2)

RUVENA JUNIOR (0) -  SIMPLE BOY FC (2)

Kena menunggu perlawan antara SEMUT MERAH FC dan SIMPLE BOY  FC untuk menentukan samaada RUVENA JUNIOR boleh masuk ke pusingan kedua. Dan keputusan yang kita lihat, yang kita bersorak apabila menyokong SIMPLE BOY FC ialah 

SIMPLE BOY FC (3) - SEMUT MERAH FC (0)

TETAPI

Keputusan pengadil ialah

SIMPLE BOY FC (2) - SEMUT MERAH FC (1)

Jadinya tak dapatlah RUVENA JUNIOR nak masuk ke pusingan kedua. Keputusan pengadil adalah muktamad. Mana tak semuanya terpinga-pinga bila keputusan diumumkan. Takpelah. Bukan rezeki kali ni. Tapi nampak benar muka kecewa pada anak-anak Ruvena.Yelah.....mereka betul-betul memberi sokongan pada SIMPLE BOY FC  supaya mereka boleh masuk ke pusingan kedua. Takpe ye dik...ada 13 tempat lagi kita boleh pergi. Acik Sham ngan Acik Mona sedia membawa anda kesemua tempat tu......

Jadinya semalam berkampung di SPORTS PLANET AMPANG bermula dari jam 7.30 pagi sampai ke jam 4 petang. 








2 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.