MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 15 Mac 2012

Alfatihah....

Ajal dan maut tiada siapa yang tahu kan. Tengah membaca posting kawan-kawan dekat FB ternampak posting mengenai kematian suami  kawan lea semasa sekolah menengah dulu. Mungkin kami agak kurang rapat tetapi kenakalan dia sering lea teringat. Tak tau nak hubungi dia macam mana. Akhirnya lea teringat. X boss lea sekarang dah jadi boss dia. Lea call  xboss lea dan kebetulan dia di rumah kawan lea tu. Dia cakap suami kawan lea tu kemalangan di Cheras semalam. Dan jenazahnya akan sampai di Kuching malam ini. Sedih sangat rasanya bila mengenangkan kawan lea tu. Duduk jauh dari suami dan sesekali jumpa. Dan akhirnya ini takdir yang harus dia terima. Lea harap kawan lea tu tabah menerima dugaan ini. Harap dia tabah menempuhi kehidupan mendatang dengan anaknya tanpa suami disini. Doa lea semoga arwah tenang di sana. Dibawah ni gambar kemalangan yang kawan-kawan emel dekat lea.




3 ulasan:

  1. INNALILLAHWAINNALILLAH HIRAJIUN.. moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. Al fatihah.

    BalasPadam
  2. Salam takziah kpd kawan lea tu. Semoga dia tabah menghadapi ujian Allah ini. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

    Suami cari rezeki di KL tapi dah takdir dia berakhir spt ini. Al-Fatihah utk Allahyarham.

    BalasPadam
  3. Al-Fatihah buat arwah...dan salam takziah buat kawan lea.... semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.