MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 27 Januari 2012

Hafalan Shalat Delisa


Sebuah filem yang mengisahkan seorang anak kecil yang bernama DELISA.
Delisa duduk di sebuah perkampungan tepi pantai di Acheh bersama ibu dan tiga kakaknya.
Ayahnya pula bekerja di sebuah kapal dan sentiasa berjauhan dengan mereka.
Delisa sangat bahagia duduk bersama mak dan tiga adik beradiknya.

Delisa memang seorang anak yang nakal dan manja.
Ibunya telah membeli rantai yang berloketkan huruf D sebagai hadiah jika dia lulus dalam ujian hafalan bacaan solat.Pada 26 Disember 2004 adalah hari di mana ujian itu akan diadakan.
Delisa pergi bersama ibunya yang telah membawa rantai tersebut sebagai dorongan untuk Delisa.
Tapi pada masa giliran Delisa, Tsunami telah melanda.

Seluruh perkampungan Delisa musnah.Ayahnya telah mendapat tahu mengenai kejadian tersebut dan balik ke Acheh. Delisa terselamat tetapi dia kehilangan kakak-kakaknya Fatimah,Zahra, Aishah, ibunya dan kakinya kudung.Delisa telah diselamatkan oleh SMITH seorang tentera Amerika dan SOPHIE seorang doktor sukarelawan.Mereka menjadi rapat sehinggalah ayah Delisa menjumpainya.

Delisa memang seorang anak kecil yang cekal sampailah dia boleh menerima hakikat bahawa seorang orang telah meninggalkkanya termasuk SMITH dan SOPHIE yang kembali ke negara masing-masing dan akhirnya Delisa lulus dengan cemerlang dalam ujian hafalan solatnya.



Filemnya sangat-sangat menyentuh hati kita.
Lea menontonnya di Astro First sebab tertarik dengan trailer filem .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.