MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 6 Januari 2012

2011 dalam kenangan


Dah 5 hari kita di tahun 2012.
Sekejap je rasa melalui tahun 2011.
Macam-macam yang berlaku.
Ada suka ada duka.
Ada yang membuatkan lea ketawa gembira, senyum suka dan ada juga membuatkan lea menangis duka.
Tidak ada yang paling menggembirakan bila dapat berkumpul bersama keluarga.Tak kira dari belah lea atau belah suami.

Mac 2011 mak pak lea datang bercuti ke sini.Alhamdulillah...seronoknya dapat bawak mereka berjalan dari utara sampailah ke selatan.Lama jugak mereka dekat sini.Dekat nak 20 hari jugaklah.





Jun 2011 adik lea yann kahwin.Masa tulah semua keluarga berkumpul.
Sepupu, mak sedara, ayah sedara mana yang lama tak jumpa time tulah berjumpa.Seronoknya rasa.....Time nilah nak belaga pipi, bertepuk tampar. (sama jantina jelah)



November pulak sepupu lea Intan kahwin dekat Johor.
Ramai jugak keluarga yang datang dari Kuching.
Seronoknya lea.Lepas kenduri mereka ikut lea balik KL.
3 minggu jugaklah mereka dekat sini.
Seronok sangat bila dapat membawa mereka ke mana je mereka nak pergi.
Yelah...bukan selalu mereka boleh datang kan.



   Pada 15 September 2011.Ayah mertua   lea telah kembali ke rahmatullah kerana kemalangan jalan raya.
Sangat-sangat mengejutkan.Lain sangat rasanya.Ye...sekarang bila balik kampung terasa sunyi sangat.Takda orang yang nak bergurau, gelak.Takde orang nak main biola.Sedih bila suami cakap dia dah jadi anak yatim. Moga dia tenang di sana dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

1 ulasan:

  1. ganasnya permainan korang..bertepuk tampar..hihi..mcm2 kn kisah terjadi di awal tahun nih

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.