MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 20 Disember 2011

Rindu yang sentiasa berombak

Suka gambar ni....

Akhirnya ahad lepas berkesempatan jugak menonton OMBAK RINDU ni...
Keluar dari rumah jam 2 petang.
Sampai dekat IOI MALL PUCHONG jam 2.30.
Sempat2x je beli.Tu pun seat tinggal 1 row lagi.
Dan yang syoknya dapat seat fav. lea dan suami iaitu 20C dan 21C.

Ceritanya...oklah.Boleh membuatkan air mataku mengalir laju.
Hahahaha.
Yang lawaknya suami lea pun nangis.....
Punya dia kutuk kawan dia yang menangis nengok citer ni minggu lepas, lastnya dia jugak yang menangis.
Lea perasan jugak dia dok ngelap air mata dia.
Saja je lea tak bagi tisu.
Kuar wayang merah mata dia....
Hahahaha.

Suami cakap tulah pasal orang nak sangat nengok citer ni.Rupanya sedih giler....
Baru tahu.Belum lagi baca novelnya.
2003 lea dah beli novelnya dan masih elok tersimpan sampai sekarang.
Antara koleksi novel kesayangan lea.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.