MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 12 Oktober 2011

Hampir 6 tahun....



 Diam tak diam, sedar tak sedar bulan 3 tahun depan 6 tahun sudah usia perkahwinan kami.
Alhamdulillah...Kami bahagia bersama. Memang jauh disudut hati menginginkan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga kami.

Ye...lea akui dulu masa di awal usia perkahwinan, lea sering sedih bila orang bercerita, bertanya perihal anak.Terasa sangat-sangat.Sangat sensitif time tu. Alhamdulillah...sekarang lea telah terima ketentuanNya pada lea dan suami.Lea tumpang gembira bila mereka yang rapat dengan lea mengandung, melahirkan anak.Lea seronok. Masa lea insyaallah pasti akan tiba jugakkan.Ini berbalik kepada rezeki kan.

Bukan tidak berusaha. Perubatan traditional, moden semua sudah dicuba. Cuba rawatan yang menelan belanja ribuan sahaja yang belum dicuba.Insyaallah...ada rezeki akan berusaha ke arah itu. 

Anak Angkat?Kawan-kawan rapat , sedara mara semua dah suruh ambik anak angkat.Dan kami sendiri memang berusaha untuk mencari anak angkat buat penghibur hati. Tapi tak taulah...memang bukan rezeki kami agaknya.Sudah 4 kali hampir2x hendak mengambil anak angkat, tetapi ada saja yang menghalang.Bila di fikir belum rezeki kami.

Rezeki...Mungkin bukan rezeki kami untuk punyai zuriat lagi.Tapi alhamdulillah ...rezeki datang dari sumber yang lain. Sungguh...lea dan suami bersyukur dengan rezeki dariNya pada kami. Kesihatan yang baik..Alhamdulillah. Rezeki suami dalam bidang yang dia minat, alhamdulillah...sudah menampakkan kejayaannnya.Bagi lea sendiri, alhamdulillah...dengan rezekiNya....Alhamdulillah...kami dikelilingi dengan sedara-mara kawan-kawan, jiran-jiran yang sangat ambil berat pasal lea dan suami, yang sangat memahami kami.Memang lea terharu sangat.
Terima kasih semua. 



Alhamdulillah.Lea sangat bahagia bersama dirinya

6 ulasan:

  1. Tahniah..insyaallah rezeki itu akan datang jua dariNya jangan berhenti berharap dan berdoa..abang dan kakak ipar akak dulu, setelah 13 tahun berkahwin baru dapat anak..lama kan? sekarang mereka ada 2 anak.

    BalasPadam
  2. Tahniah Mon.. Rezki ya bila2 tuhan boleh berik.. Doa dan tawakkal...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.