MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 22 September 2011

Teringat dekat abah....

Kalau lea balik kampung , kalau mintak arwah abah mainkan biola, mesti arwah abah mainkan.
Macam-macam lagu dia mainkan.
Lagu traditionallah.
Waktu lapang dia kadang-kadang dia ikut kumpulan muzik main dekat kenduri kahwin.

Entahlah....
Sampai hati betullah orang yang melanggar abah.
Kalau abah ditengah jalan lainlah ceritanya.
Tapi abah ditepi jalan.
Kereta seret abah sampai ke tengah jalan.
Lea sedih...mengalir air mata bila teringat, bila terpikir macammanalah keadaan abah semasa kejadian.
Macammana dia menanggung kesakitan.

Esok seminggu setelah pemergian arwah.
Walaupun ayah mertua, sayang lea padanya seperti ayah kandung lea sendiri.
Tiada lagi gulai tempoyak abah.
Tiada lagi sambal machang abah.
Tiada lagi kari kicap abah.

Tiada lagi gurauan abah.
Tiada lagi gelak tawa abah.

Sungguh lea rindu.
Hanya doa untuk abah.
Moga abah tenang disana.




4 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.