MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 8 September 2011

Antara yang wajib di Sarawak

Dekat sarawak kalau dah raya memang tak sah kalau di atas meja takde kek lapis.
Tapi raya kali ni lea perhatikan agak kurang serinya kek lapis.
Yelah....tak boleh guna mentega golden churn lagi dah.
Takpelah.....yang penting kita guna mentega yang HALAL.
Kali ni lea langsung takda buat kek.
Mak yang buat dan ada jugak yang tempah dekat kawan lea.
Meh lea kenalkan korang dengan kek-kek ni ye...
KEK BUAH.
Dari air tangan mak lea.
Fav.lea ni.
Makin lama makin sedap tau.

KEK BELACAN
Pun air tangan mak lea.
Sekali harung je bakar kek ni.
Kenapa di gelar kek belacan.
Sebab rupanya seperti belacan....

KEK LAPIS BOOK
Sebab apa digelar lapis book.
Sebabnya seperti buku.
Sedap k.Ada campuran horlick di dalamnya.
Kek yang tak pernah miss mak buat sejak dari les kecik lagi.

KEK LAPIS MASAM MANIS
Pun dari air tangan mak.
Sedap...sebab ada manisan masam manis.

KEK LAPIS CADBURY @ LAPIS INDIA

Yang ni tempah dengan kawan.
RM90 satu acuan.
Sedap sangat sebab ada coklat cadbury diantara lapisannya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.