MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 4 April 2011

SAYA RINDU SANGAT DEKAT 'YB'NI


Acah je...bukan YB mana pun.
En.Sham ni haaaaa.....
Kalau dia g surau ke,g kenduri ke,kalau dia pakai baju melayu sekali dengan samping, takpun pakai baju melayu ngan kain pelekatnya, dengan songkok tinggi dia tu, mesti orang dok panggil dia YB.
Sampai di kalangan kawan-kawannya panggil lea ni datin.
Naik segan dah rasanya.
Sekarang ni pun dia aktif sangat dengan
PERSATUAN PENDUDUK,
RUKUN TETANGGA
RELA
GENG PTT WIRA PUTERA
UMNO
AJK SURAUNYA .
Gaya dah kalah YB.Sibuk sangat.
Tapi dia cakap dia suka,Meramaikan kawan katanya.Memang lea akui.Kalau dok makan kat mana-mana kat taman tempat duduk ni ada je yang menegur.Ada je yang angkat tangan.
Suami selalu cakap, tak rugi ramai kawan.
Kadang-kadang kalau kita apa-apahal di tengah jalan ada je yang akan menghulurkan bantuan.
Lea akui jugak tu.
Lea pun seronok jugak sebab meramaikan lagi kawan-kawan di kalangan isteri kawan-kawan suami.
Semuanya pangkat akak je pada lea.

Dulu lea akui lea selalu bising, selalu membebel jugak.Sibuk sangat.Tapi sekarang lea paham.Kita hidup dalam masyarakat.Kita tak boleh hidup sorang-sorang.Ada masa kita akan perlukan mereka semua.Yang penting jangan jadi kera sumbang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.