MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 31 Disember 2010

SELAMAT TINGGAL 2010

Esok kita akan masuk ke TAHUN BARU 2011 yang kita belum tahu apa yang akan kita lalui.
2010...akan ditinggalkan dengan penuh kenangan dan pengalaman.
Alhamdulillah.
Segalanya amat baik bagi diri ini sepanjang tahun 2010.
Walaupun belum punyai rezeki lagi untuk menambah bilangan ahli keluarga
tapi lea dan suami amat dan sangat sangat bahagia.
Dalam kerjaya alhamdulillah.
Ada perubahan di dalam gred jawatan.
Tidak pernah terpikir, tidak pernah menduga.
Mungkin rezeki pada diri ini.
Sama jugak dengan suami.
Tapak yang dibina, alhamdulillah membuahkan hasil padanya.
Memberi kepuasan kepada dirinya.
Lea seronok melihat apa yang diimpikannya, diingininya, dicitakannya telah menjadi kenyataan,
Tidak ada yang lebih menggembirakan apabila melihat kegembiraan dan kebahagiaan pada dirinya.
Alhamdulillah.
Azam 2011 dientry akan datang .............

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah 2010 merupakan tahun yg sangat berhasil bagi Lea sekeluarga. Semoga 2011 menjanjikan lebih banyak kebaikan.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.