MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Sabtu, 28 Ogos 2010

PERKONGSIAN PENGALAMAN

Assalammualaikum semua.Tadi memang betul aku layan mata aku.Dari 2.15 petang sampai 5.15 petang.Haa............ambik .Dengan tak sembahyang asar lagi, tak masak lagi....adui....3 jam aku layan mata aku tadi.Nasib baik ayam dan ikan keli aku dah kuarkan.Jam 5.45 aku mula masak.Yang penting sekali nasi kena masak dulu.Dah tu baru start masak lauk.

Tada......6.30 petang dah siap semua k. Menunya...ayam masak kicap, ikan keli masak sambal, telur hancur dan kailan ikan masin.Jam 6.35 petang aku ngan suami pergi bazar ramadhan.Beli air soya, tau fu fa dan murtabak.

Nasib baik sempat wat semua.Sedap sangat tido tadi.Tapi serius tau...pening kepala jugak aku tadi.Tapi layan jelah masak.Alhamdulillah... sekarang boleh dikatakan cepat jugak aku kat dapur.Dulu masa mula mula datang sini...1 lauk sattu jam aku masak k.Lambat sangat sangat.Kalau merasa tu mau 10 kali rasa.Masin ke tak.Tawar ke tak.Manis ke? Adui....Tapi setelah 4 tahun berlalu, sekarang boleh agak agak je dah.Alhamdulillah....

Memang salah aku lah dulu.Pergi kerja mak dah wat sarapan.Balik kerja mak dah siapkan makan malam.Jarang kedapur.Ke dapur pun goreng telur, masak maggie.Dah tu kahwin....berhijrahlah aku ke semenanjung ni.Dapat lak suami yang jenis makan kat umah.Berselera kampung lak tu.Memang banyak yang aku kena belajar. Fav. suami...masak sambal , kari kicap dan gulai tempoyak.Mak aku dulu masaknya...goreng, rebus dan kukus jelah.Jauh sangat bezanya.Jadinya...kalau balik kampung suami , aku dok tukang peratilah mak mertua , pak mertua kakak2x ipar masak.Sekarang alhamdulillah...gulai tempoyak,masak sambal dan daging kari kicap aku sudah mendapat kepujian dr suami WALAUPUN dari 10 markah tu dapat 8.Oklah tu kan.Dari dapat kosong kan

Aku bercerita ni sekadar nak berkongsi dengan teman-teman terutamanya yang masih bujang.Ada peluang nak belajar masak tu belajarlah.Kalau dapat suami yang tak cerewet oklah....kalau dapat yang cerewet....mau menangis jugak nak melayan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.