MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Sabtu, 28 Ogos 2010

NAK MASAK PE NI??

Salam semua.Apa plan di buat Sabtu ni.Aku hari ni dok umah je.Suami ada kerja lak.Takpelah...Leh aku menyetelkan apa apa yang tak setel lagi nih.Kerja umah semua dah siap.Kemas umah, basuh kain, sidai kain....apa lagi ek nak dibuat?Mata ni pun dah berat semacam dah.Kalau di layan maun tido ni.Tapi aku tak nak layan dulu.Tunggulah lepas zohor ..lehlah layan untuk sejam ke dua jam je

Dah tu nak masak lagi.Hari ni aku tak tau nak masak pe.Semalam dah buat hati lembu masak kari kicap,kari ikan tongkol n masak lemak sayur manis.Hari ni tak tau lagi dah.Aku dah kehabisan menu ni dah.Dalam peti sejuk ada lagi ayam, ikan selar, ikan sardin yang kecik2x tu.Kalau goreng garing...nasi panas...makan ngan kicap pun sedap

Pikir lu lah apa nak di masak.Pasar ramadhan pun kena g gak sebab aku nak beli air kacang soya yang aku rasa dah hari hari aku beli.Sedap......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.