MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 9 Ogos 2010

KELUARGA SENI

Salam semua....

Keluarga suami aku rasanya memang keluarga yang ada darah senilah.


pak mertuaku tengah bermain biola

Kalau aku balik kampung sekai di Teluk Intan aku suka bila pak mertuaku bermain biola. Asyik aku mendengarnya.Pak mertua aku ni dulu bermain ghazal.Tapi sekarang jarang dha kot.Yelah dia ni sibuk ngan kebunnya. Tapi bila dia dah start bermain biolanya.....best.Semua lagu dia leh mainkan.Nanti ye.....aku akan ambik video time dia main biola.

suami bergaya yang gitarnya

Suami aku pula....dekat rumah ada tiga jenis gitar yang berlainan.Bila dok berdua ngan dia, dia suka tanya aku, "Ayang nak abang mainkan lagu apa?Dan aku akan jawab, GERIMIS MENGUNDANG.Dia akan main gitar dan aku akan nyanyi.Biarlah sumbang pun, tetapi amat menyeronokkan bagi aku.Yelah.....kadang2x tu rasa romantiknya pun ada...cehwah....

nilah emi...yang aku tandakan ngan warna merah

Anak buah suami..Emi lak..rasanya terkenal kot kat Teluk Intan.Masuk je pertandingan menyanyi kat Teluk Intan mesti menang.Sekarang tak leh bertanding dah.Penganjur tak nak terima penyertaan dia ni dah.Asyik menang je.Kalau majlis kahwin sedara mara, mesti ada request untuk dia ni nyanyi. Suara dia memang sedap...tetapi tulah...dia nyanyi saja suka suka.


abang iparku,Abang Rahman yang aku tandakan ngan warna merah

Abang ipar aku lak, seorang tentera di TAIPING, tetapi dah pencen dah.Ni pun ahli muzik.Yelah..KOMBO tentera.Kesemuanyalah ahli keluarga suami memang ada bakatnya.Macam mak dia ni dulu@mak mertua aku lah jadi cikgu tarian.Tarian Lilin..kan famous kan dulu.Sekarang takda dah.Tapi step tu dia masih ingat lagi.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.