MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Sabtu, 17 Julai 2010

MIHUN SINGAPORE

Salam semua.Pagi pagi bangun aku sediakan semua bahan bahan utk wat bihun singapore ni.Aku pun tak tau kenapa di bagi nama BIHUN SINGAPORE.Ni pun aku goreng tak mengikut resepi yang betul. Yelah...tauge, daun kucai dan tauhu takde stok dalam rumah.Takpelah.Asalkan rasanya ada.

BAHAN BAHANNYA

600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan]
250 gm udang segar [buangkan kulit]
100 gm isi ayam [hiris nipis]
250 gm tauge
100 gm kucai

bahan tumbuk
2 s/b lada hitam
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang carrot [potong halus saperti batang mancis atau parut panjang2]
3 keping tahu [gorengkan dan hiriskan nipis]
2 biji limau nipis
3 s/b minyak
daun sup dan daun bawang [racik untuk hiasan]
garam
air


CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan minya dan tumiskan bahan tumbuk sehinggan wangi.
2. Masukan isi ayam dan kacau rata.
3. Bila nampak masak masukkan udang, garam dan air. Kacau rata.
4. Masukkan carrot dan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Bila nampak bihun lembut masukkan taugeh, tahu dan kucai.
6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
7. Bila menghidang, taburkan hirisan racik daun






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.