MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Sabtu, 3 Julai 2010

DAH NAK BALIK DAH

Tak sampai 10 jam lagi lea akan berada di umah di Puchong.Terasa cepat nar masa berlalu. Seminggu kat Kuching rasa sekejap je. Takpelah..bulan 12 nanti datang lagi ngan tambang percuma.Ahaks....raya tak balik sebab tahun ni turn balik Teluk Intan. Seronok gak beraya kat teluk intan sebab anak buah ramai.dalam 20 lebih org.Meriah sgt sgt dibandingkan dengan keluarga lea yang kecik.3 org adi beradik je.

Tahun depan Insyallah bertambah sorang lagi sebab adik dah kahwin time tu.Insyaallah.

Mesti rindu ngan family lepas ni. Yelah ..selama 25 tahun dok dgn mak tak pernah berenggang.Dah kahwin ikut suami ke semenanjung.Sebab suami bukan kerja kerajaan.Kerja sendiri. Macam mana perancangannya, seperti yang kita tahu KITA HANYA MAMPU MERANCANG, ALLAH YANG MENENTUKANNYA.

Barang dah siap packing.Tinggal nak masukkan udang je.Terubuk masin, udang kering semua dah masuk kotak.Tinggal nak wrapping je lagi.

Balik kali ni semua benda yang lea nak makan semua lea sempat makan kecuali rojak kuchei ngan roti milo ALL JOY.Tak sempat.Lain kali lah...Disember nanti mungkin.Insyallah.Mi kolok, Laksa Sarawak,Nasik lemak nek ngah daon, rusip dan manok panggang kubah ria dapat dimakan.Puas hatilah kali tok. Selera tul makan dengan rusip hari hari.

DIMANA MANA PERGI, KAMPUNG TUPONG TENGAH & LUNDU TETAP YANG TERBAIK DIHATI.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.