MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 9 Jun 2010

RM 1.7 JUTA UNTUK 4 HARI

Kutipan filem Lagenda Budak Setan menggalakkan

FILEM Lagenda Budak Setan membuat kutipan kasar kira-kira RM1.7 juta selepas empat hari ditayangkan memberi petanda filem arahan Sharad
Sharan ini dijangka mampu menghasilkan angka yang disasarkan iaitu lebih RM4 juta.

Penerbit Penyelaras Astro Shaw, Jailani Abdul Ghani berkata, sebagai sebuah filem bercorak drama romantik, angka kutipan kasar yang dicatatkan itu memang memberangsangkan.

Difahamkan pada hari pertama filem ini ditayangkan mencatatkan kutipan lebih RM350,000. Filem Lagenda Budak Setan mula ditayangkan pada 3 Jun lalu.


Mengikut peraturan Skim Wajib Tayang yang dikelolakan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), mana-mana filem tempatan yang ditayangkan mengikut skim ini boleh ditayangkan sehingga 14 hari menerusi mana-mana panggung yang dipersetujui antara syarikat penerbitan dengan pemamer.

Katanya, kejayaan filem itu dianggap seb
agai menyambung kecemerlangan filem Ali Setan arahan Tan Sri Jins Shamsudin yang ditayangkan sekitar tahun 80-an.
“Kebetulan pula judul pada kedua-dua filem ini ada perkataan setan. Kita sebenarnya tidak sangka filem Lagenda Budak Setan berjaya meraih kutipan sebanyak itu dalam tempoh empat hari.

“Ini kerana berdasarkan bancian daripada penonton, kita dapati memang mereka sudah lama menunggu filem dari genre drama, cinta dan romantik seperti Lagenda Budak Setan sejak lebih sedekad.

“Memang selama ini, kita agak ketandusan filem yang mengajak penonton bermain dengan emosi. Kebelakangan ini penonton disajikan dengan filem
komedi dan seram. Filem seperti inilah yang sering ditayangkan,” katanya.

Jailani berkata, berikutan sambutan yang menggalakkan itu, pihaknya akan mendapatkan peruntukan tambahan bagi memperhebatkan lagi promosi filem yang diangkat dari novel terlaris nukilan Ahadiat Akashah. Ahadiat menulis dan menerbitkan novel itu pada tahun 1985.

Filem Lagenda Budak Setan membariskan pelakon popular dan pernah menerima anugerah seperti Que Haidar, Nur Fazura, Farid Kamil dan Lisa Surihani.


Ekoran kepada kejayaan filem yang mengangkat karya novel itu, Astro Shaw kini merancang untuk menghasilkan satu lagi karya yang dipadankan daripada novel berjudul Ombak Rindu hasil tulisan Fauziah Ashari. Filem itu akan diarahkan oleh Osman Ali.

“Kalau tiada aral melintang, kita akan memulakan penggambaran Ombak Rindu pada penghujung bulan ini atau awal bulan depan. Setakat ini, barisan pelakon masih belum dapat didedahkan. Semuanya masih dalam peringkat pra produksi,” katanya.

Sementara itu, Lisa Surihani yang dihubungi turut berkongsi perasaan gembira apabila filem Lagenda Budak Setan mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton.

Baginya, dia sendiri mengaku betapa bimbingan Fauziah A
hmad Daud yang dilantik sebagai penyelia lakonan memberi dimensi baru dalam kerjaya seni sebagai pelakon.

“Alhamdulillah, saya bersyukur apabila diberitahu mengenai kutipan awal filem ini. Saya percaya kejayaan ini kerana ia mempunyai nilai sentimental yang ada dalam karya Ahadiat Akasyah ini. Bererti, mereka yang pernah membaca novel itu mahu mengetahui nilai sentimental yang ada apabila diterjemahkan secara visual (gambar hidup).

“Tapi saya tetap berasakan masih banyak kelema
han yang perlu perbaiki. Bekerja dengan pelakon dan produksi ini membolehkan saya menimba pengalaman indah buat bekalan mendatang.

“Saya turut berbangga kerana dapat menimba pengalaman dan mendapat bimbingan daripada Kak Ogy selama dua minggu sebelum kami memulakan penggambaran. Kak Ogy banyak memberi tunjuk ajar serta berkongsi pengalaman.

“Saya umpamakan diri seperti span yang menyerap pengetahuan daripada beliau,” kata Lisa yang ketika ini sedang menjalani penggambaran drama Tudung Ekspress bagi siaran Astro Prima.

**RM18.00 dr RM1.7 juta tu adalah sumbangan lea n suami. hahahhahahah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.