MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 10 Jun 2010

ORANG NAK BELIKAN, AKU LAK TAK NAK

Semalam suami tanya lea, tak nak ke li hp baru.Yelah yang canggih mcm sekarang ni. Lea tanya dia, nak belikan ke?Dia tanya kalau nak jom....Fuh....takpelah bang.Yang ada ni pun dah cukup. Simpanlah jelah duit tu.Entahlah lea rasa hp ni kalau leh call, leh sms dah cukup dah. Nak main tenet, broadband ada, laptop ada entahlah...sebenarnya tak minat kot.

Lea rasalah kan...dekat opis lea ni hp lea ni yang paling tak besh kot.Yelah.Basic sgt.Call n sms. Ringtone pun bukannya leh guna ringtone yang lagunya mcm mcm.Guna ringtone yang basic je.Memori kad pun takde.Tapi yang penting...ianya kecik n nipis.Senang lea nak masukkan dalam poket seluar jeans.Yelah..lea n suami memang kaki jalan . Malam malam kalau boring habis uptown, downtown, kadang kadang bukit bintang dijelajah.Memang takkan bawa handbag/sling bag pun.Beg duit pun bawak jenis nipis, kecik.Muat muat duit ic n lesen. Bawak hp nipis tu. Sekarang lea pakai Sony Ericsson T250i.Beli pun RM200 je pada Mei 2006.Sekarang dah 4 tahun dah.Kecik kecik pun tahan lasak tau. Sekarang casingnya dah nampak buruk na.Tapi dok cari kat kedai kedai takde dah jual casingnya. Yelah...telefon fesyen lama.

Ada Nokia N73.Tu pun suami bagi.Sama ngan telefon dia.Dia bagi pun sebab ada 3G.Leh call kalau dia outstation.Kalau nak harap lea beli...alamatnya...memang tak beli pun.Telefon ni pakai memang pakai tapi lea jarang guna pun.Lagipun ramai yang tak tau nombor ni.

Kalau leh lah, lea nak cari telefon nokia butterfly yang dulu dulu tu. Telefon tu yang paling besh.Kecik n nipis sgt sgt.Tapi takde dah sekarang.Dulu lea ada, tapi adik pakai.Dah tu dia jual belikan yang baru. Sayang sgt telefon tu dulu.Kalau ada, sekarang jugak lea nak beli.

Kita ni minatnya mcm mcm kan.Ada minat hp, laptopnya, yelah gadjet yang mcm mcm.Tapi mcm lea,lea minat sgt sgt, kalau g JUSCO ke, Giant ke, Tesco ke tempat lea suka pergi alat tulis, pinggan mangkuk n cadar.Mesti singgah n mesti ada benda yang dibeli walaupun sebatang pen.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.