MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 12 Mei 2010

MALAYSIA TEMPAH LALUAN MAUT


Macamana boleh tewas ek.Sedangkan kita adalah kuasa besar dalam badminton ni selain CHINA,INDONESIA ,KOREA dan DENMARK.

Adakah itu cuma satu strategi?

KUALA LUMPUR – Malaysia menempah laluan sukar dalam cubaan merampas kejuaraan Piala Thomas buat kali pertama selepas 18 tahun, apabila diundi berdepan gergasi badminton Eropah, Denmark pada suku akhir hari ini - semuanya gara-gara kekalahan mengejut 2-3 kepada Jepun dalam Kumpulan B, semalam.

Pasukan negara sepatutnya boleh memilih laluan yang lebih mudah andai muncul juara kumpulan, namun kegagalan menewaskan Jepun menyebabkan kita tidak punya pilihan selain menentang salah satu daripada empat pasukan pilihan.

Malah, andai sekalipun berjaya menewaskan Denmark - pasukan yang mengecewakan Malaysia dalam dua pertemuan terakhir mereka - pada Piala Thomas di Kuala Lumpur 2000 dan Jepun 2006, kita tetap berpotensi menentang penyandang juara dan pilihan utama, China di separuh akhir.

Meskipun pertemuan dengan Denmark mengimbau igauan buruk 10 tahun lalu, apabila kita kalah 2-3 kepada negara itu di peringkat kumpulan di gelanggang yang sama, namun ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek tetap positif dengan peluang untuk melayakkan diri ke separuh akhir.

"Sebenarnya berjumpa Denmark membuka peluang lebih cerah kepada kita untuk melayakkan diri ke separuh akhir berbanding terpaksa bertemu pasukan seperti China lebih awal.

"Bukan bercakap besar, tetapi saya yakin kita memiliki barisan perseorangan yang lebih baik daripada negara itu. Biarpun pemain nampak seperti kurang meyakinkan hari ini, tetapi ia hanya perlawanan pertama dan itu (rasa gemuruh) adalah perkara biasa,'' ujar Rashid.

Semalam sepatutnya menjadi hari paling dinantikan buat rakyat Malaysia kerana pasukan negara akhirnya melangkah ke gelanggang buat kali pertama selepas terlepas peluang memanaskan badan dalam saingan pembukaan, Ahad lalu.

Bagaimanapun, hari menggembirakan peminat badminton tanah air bertukar menjadi mimpi ngeri, meskipun ia pada awalnya bermula sempurna, dengan dua jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong meletakkan Malaysia mendahului 2-0.

Bayangan kekalahan bermula selepas Wong Choong Hann tunduk 17-21, 18-21 kepada Sho Sasaki, sebelum Keadaan menjadi semakin tegang apabila Mohd. Fairuzizuan Tazari-Mohd. Zakry Latif gagal menghadiahkan mata kemenangan selepas kalah mudah 15-21, 12-21 kepada Kenichi Hayakawa-Kenta Kazuno.

Ada penonton yang gagal mengawal emosi hingga menunjukkan isyarat lucah kepada Fairuzizuan ketika meninggalkan gelanggang, hingga menimbulkan kemarahan pemain itu, selain tindakan sebahagian penonton di stadium yang mengejek mereka.

Sandaran yang diletakkan kepada juara All England 2003, Muhammad Hafiz Hashim untuk memberikan kemenangan kepada Malaysia tidak menjadi kenyataan apabila dia tumpas 10-21, 21-14, 18-21 kepada Shoji Sato.

Terdahulu, Chong Wei tidak menghadapi masalah untuk menumpaskan seteru lamanya di final All England, Kenichi Tago apabila menang 21-12, 21-13.

Kien Keat-Boon Heong mudah mengetepikan gandingan Noriyasu Hirata-Hirokatsu Hashimoto 21-13, 21-17 hanya dalam masa 27 minit untuk Malaysia 2-0 di depan.

Oleh NORZIE MOHD. KHASBI
dan FERZALFIE FAUZI
sukan@utusan.com.my




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.