MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 7 Mei 2010

FAKTA

dapat dari emel

FAKTA YANG MUNGKIN KORANG TAK TAU TAPI AKU NAK BAGI TAU

1.Tahukah anda apabila350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalamcerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepadanyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecairyang dinamakan air masak.


2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salahsatu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajiantelah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untukmenghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirapmungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.


3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidakakan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranyakereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan


4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan�.Italy�., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yangditerbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasamelayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.


5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telahdicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan didunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.


6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yangjuga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yangberani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yangdiupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.


7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, iaakan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atasalasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.


8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.


9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometerdaripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuankompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yangtersendiri sebenarnya.


10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dantempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupabentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masihboleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.


11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tigaratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajianahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidakmembayar bilnya selama tiga bulan.


12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.


13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam jugaboleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasiayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.


14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?


1 ulasan:

  1. Haha... Sikit gik nak coba ngkah siku kat tinga.... haha..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.