MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Sabtu, 6 Mac 2010

MASALAH KU DI HUJUNG MINGGU


Kalau hari bekerja, sebelum balik mesti aku akan bertanya pada kak siah.kak siah masak apa hari ni?Sekurangnya aku ada idea nak memasak lauk pada hari tersebut.kadang kadang apa yang kak siah nyatakan membuat aku kecur air liur.yelah...sebab sedap.sebab suka jugak makan lauk yang dia masak tu.Dan kadang kadang lauk kami sama pada hari tu.Takpelah.Lain lain rumah.Dia kat PUTRAJAYA.Aku dekat PUCHONG.

Tetapi bila tiba hujung minggu..mulalah dok pening.Nak masak apa?Tanya kat laki aku dia mesti kata, ikut suka ayanglah. Sukahati.SUKAHATI???Satu perkataan paling aku tak suka kalau tanya part memasak.Aku kalau boleh nak masak benda yang dia suka.Motif????Sebab dia yang banyak makan.Yelah..kalau aku masak lauk yang dia tak suka sangat, sikit je dia makan.Sapa yang rugi.Dia jugak...sebab dia tukang beli lauk.Sapa yang penat?Aku jugak....sebab aku tukang masak.


Dan cara penyelesaian yang paling senang, yang mudah buat apa yang dia suka makan.Masak tempoyak, dan masak sambal.Watlah semuanya masak sambal.Ayam ke, ikan ke,sotong ke, udang ke...janji nasi n lauk cepat habis.Yelah.Wat satu lauk, ngan kicap kipas udangnya, aku gerenti dia mesti bertambah nasi.Dan berat badannya pun dah semakin bertambah lagi dan lagi.
Korang tunggulah apa yang aku masak hari ni.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.