MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 12 Mac 2010

4 TAHUN SUDAH BERLALU

Alhamdulillah.Semalam genap 4 tahun kami melayari kehidupan berumahtangga.Ye...Adat hidup suami isteri.Ada masa suka,ada masa duka.Tapi alhamdulilah suamiku begitu memahami diri ini.Kadang kadang aku boleh tanya aku dia

Bang...kenapa ayang tak leh marah abang lama-lama?

Dia mesti menjawab...sebab kita serasi.

Aaah..kami memang serasi.Kami saling melengkapi.Memang aku inginkan kehadiran cahaya mata dalam hidup kami berdua.Tapi rezeki belum memihak kepada kami.Aku dulu cuma sempat merasa 'mengidam ' untuk 3 bulan.Entahlah..aku sentiasa akan berdoa moga ada rezeki untuk kami.

Bulan Mac...banyak tarikh tarikh penting dalam hidup kami.

11 Mac kami diijabkabulkan
12 Mac kami disandingkan
20 Mac birthday Monalea
24 Mac birthday my luvly hubby

26 Mac majlis di rumah suami


Semuanya berlaku in Mac.Takde nak celebrate grand2xlah.Cukuplah sekadar makan malam di kedai kegemaran aku dan suami.Tempat biasa je.Tapi cukup membuat aku gembira, bahagia. Ye..mungkin kebahagiaan terpancar pada diri aku, budak kedai tu boleh g tau aku, akak manislah hari ni.Lain dr hari hari lain.Aku ngan suami aku gelak je. Ye...aku gembira, bahagia bersama MR .SHAM BIN DIN selama 4 tahun ini dan kalau diizinkan untuk selamanya dunia dan akhirat.Insyallah.

Ni aku tayangkan kembali kenangan kami 4 tahun lepas.










4 ulasan:

  1. salam perkenalan...

    happy anniversary ya!...kiter ni senasib, insyaAllah ada rezeki kiter nanti...take care

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.