MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Sabtu, 5 September 2009

MODAL MASA BERCINTA-TUL KE?

Dalam dunia ini tak ada yang percuma.Melafazkan cinta mungkin hanya perlu bermodalkan air liur,tapi untuk membinanya perlu lebih dari itu.Walalupun dikatakan ia cinta sejati,cinta sehidup semati ... .. seseorang itu tetap perlukan modal.Mana ade benda yang free beb!!!

1)Bil Telefon
Setiap pasangan harus berhubung antara satu sama lain.Untuk itu telefon atau telefon bimbit amat diperlukan.Jika sebelumnya bil korang setakat dua tiga puluh ringgit.Tapi bila sudah dilamun cinta bilnya naik berganda-ganda.Mungkin korang boleh berjimat,selain guna surat boleh gak guna burung merpati.Tapi nampak kuno lah pulak kan.


Ni memang terjadi masa aku dan laki aku bercinta dulu.Bil melambung lambung ke udara. Kad prepaid leh buat koleksi. Yelah Percintaan Jarak Jauh.Aku kat Kuching di kat Puchong.Bergayut tiap tiap malam.

2)Kos Makan Minum
Jika dulu korang cuma makan sorang-sorang tapi sekarang dah jadi dua orang lak.Maknanya budget pun bertambah ler kan.Nak jimat?Korang boleh ler bayar asing-asing setiap kali makan bersama atau bawa jer bekal dari rumah setiap kali pergi dating.Emm,nampak klasik lagi romantik kan!
Yang ni tak.Sebab jumpa jarang sekali .Jumpa sesekali.Tapi kalau sesekali jumpa tu penuh jugaklah meja.

3)Masa
Kalau dulu korang mungkin banyak masa terluang.Boleh lepak sorang-sorang,boleh lepak dengan kawan-kawan.Tapi sekarang terpaksa sediakan masa untuk si dia pulak.Mana nak temankan si dia shopping,tengok wayang,jalan-jalan dan sebagainya.Memang memenatkan! Korang boleh buat trick terlupa untuk selamatkan diri,tapi nanti mungkin korang terpaksa buang masa yang banyak pulak untuk memujuk si dia yang merajuk.
Sebab PJJ aku tak melalui semua ni.Semuanya tetap sama bagi aku ataupun laki aku. Yelah jumpa sebulan sekali. Tak mengganggu masa kamilah.

4)Tambang
Bagi yang takder transport sendiri tambang bas atau teksi pasti akan bertambah.Yang ade transport sendiri lak pastinya duit minyak akan melambung naik.Maklumlah susah nak tolak permintaan si dia yang ajak ke sana ke mari.Hanya ade satu cara nak jimatkan kos,jalan kaki ! Tapi kalau buat selalu,lepas ni mungkin korang akan jalan sorang-sorang! Si dia ikut atau cari yang lain.
Yang ni mungkin utk laki aku kot. Dulu kena ambik aku kat KLIA.Bawak aku jalan jalan. Hantar ke KLIA balik. Waktu tu semua sanggup..Tapi sekarang pun dia tetap macam dulu.Tak berubah.Nak hantar aku kerja.Ambik aku kecuali dia outstaion.Kena sendirilah drive.


5)Pakaian
Korang terpaksa keluarkan lebih belanja untuk beli pakaian baru.Si dia tentu tak suka kalau korang pakai selekeh atau ala kadar.Tambah pening bila si dia nak korang berpakaian ikut citarasanya yang tinggi.Tambah-tambah pening bila si dia minta korang belikan pakaian untuknya pulak

Pakaian....aku tak kisahlah macam mana pun dia.Tapi dia memang simple je orgnya. SImple sgt sgt. Aku terima dia seadanya.Begitu juga dia.

2 tahun berkawan

Kami bertunang 15 minit

Akad nikah

Bersanding

Bertandang

Sekarang dah masuk tahun keempat kami bersama.

Hampir 6 tahun kenal dia.

Alhamdulillah.

Moga ikatan ini berkekalan hingga ke akhirnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.