MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 7 September 2009

HUJUNG MINGGU AKU


Hujung minggu aku minggu lepas macam biasa je.Takde yang menarik.

Hari SABTU sesudah sahur terus buat adunan KEK LAPIS EVEGREEN. Start buat jam 5.30 pagi .Dha tu dok melapis jam 1 petang baru siap. Adui...penatnya aku.Dahlah ngantuk.Lepas tu g GIANT dalam jam 4 nak beli barang dapur.

Terus berbuka dekat KFC. Rasanya dah lama jugak aku tak makan KFC ni. Nasib baik masa laki order tak ramai org.Lepas tu leh bersusun org dok order.Nasib baik.Kalau tak, waktu berbuka belum tentu leh dapat makan..Masa berbuka tu sebelah meja kami geng budak pompuan.Budak budak SABAH. Macam macam mereka cerita.Seronok aku dengar mereka bual. Yelah pasang telinga jap.Drai hal bf, puasa, raya sampai topik selepas raya.Aku ngan laki aku dok senyum senyum je dengar perbualan mereka..


Lepas tu suami aku bawak aku g UPTOWN SHAH ALAM. Jam 8.50 malam dah sampai.Ok sebab org tak ramai lagi.Senang dapat parking.Takde beli apa pun.Cuma laki aku je beli songkok.Nak sangat pakai songkok tinggi. Dapat jugak.Aku ingat songkok ni murah je.Rupanya mahal jugak ye.RM60 satu.Mak aiii... mahal jugak ye.Takpelah bukan selalu pun laki aku beli. Tapi betullah.Barang-barang lelaki ni mahal kan dari barang org pompuan. Macam baju, seluar, kasut. Pompuan punya senang je nak dapat yang murah. Barang2x aku untuk hari raya semua dah ada dah.Malas dah nak beli lagi.Tapi takleh janjilah.Kang ada yang terbeli lagi.,


Semalam aku buat lagi satu kek.Aku buat KEK BATIK KENYALANG. Ni pun dalam jam 2 baru siap.Penat sangat sangatlah. Lepas habis buat kek aku tido.....Yelah tido jam 2.Bangun jam 4. Terus buat kek.Masa tido harus diganti. Jam 6 kami berdua g Pasar Ramadhan beli lauk buat berbuka. Dah dekat PASAR RAMADHAN tak tau nak beli apa.Sama je dah aku tengok.


Dah malamnya lepas terawih aku ngan laki aku g kuar minum.Dekat je tak jauh dari umah.Aku order TEH O AIS LIMAU ngan kerang bakar.Laki aku order LAMP CHOP ngan AIR TEMBIKAI SUAM. Leh sedap pulak teh o ais limau tu.Aku leh order segelas lagi. Kerang pun habis.Sedap lak kerang tu.Hahahaha.Dah kuat makan semuany sedap je di makan.Mana tak semakin sihat.Alhamdulillah.


Panjang pulak aku menaip ni. Tengah rajin.Klaua tak dok copy paste je kan.Ok semua.Selamat Hari Isnin.Bagi yang bercuti hari ni SELAMAT BERCUTI.SELAMAT BERSHOPING.Bagi yang kerja.SELAMAT MENJALANKAN TUGAS.




1 ulasan:

  1. Wah...bat kek lapis evergreen ek..pos la sini sket.. hehehe

    Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. From: Shiemz sekeluarga

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.