MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 24 Ogos 2009

PERKARA YG MENYENANGKAN SUAMI




Berpakaian cantik

Seorang isteri yg bijak meyesuaikan gaya penampilan dgn suasana sekeliling sentiasa disenangi si suami.Tambahan pula jika ia kena dgn seleranya iaitu cantik dipandang mata.Tidak kira sama ada waktu itu anda hanya mengenakan pakaian tidur yg mengiurkan,perhatiannya pasti tertumpu kepada anda semata-mata.

Meyentuhnya

Sentuhan kecil tetapi penuh mesra seperti memegang lengannya ketika anda sedang berjalan berdua,dikatakan amat menenangkan hati seorang suami.Malah ia dianggap romantis bagi suami yg mementingkan soal remeh seumpama itu.Lagipun sentuhan tiu secara tidak langsung mencerminkan rasa cinta dan perhatian anda terhadap dirinya.

Mempercayainya

Telah bernikah bukan bermaksud,suami hanya milik anda seorang sahaja.Dia juga mahu bersama teman-teman lelakinya dan tidak suka dikongkong.Bukan anda tidak boleh bertanya atau menyelidik aktiviti hariannya,tetapi dia akan lebih berterima kasih bila sesekali dibiarkan berkumpul atau keluar makan-makan dgn kawan-kawannya.Kepercayaan inilah yg diharapkan dari seorang suami dan anda pula perlu yakin dengannya.

Memujinya

Seorang suami akan merasa dia dihargai bila sesekali mendapat pujian ikhlas dari isterinya.Tidak perlu membelikan hadiah mahal sebagai tanda terima kasih,cukup dgn layanan mesra,sudah memadai bagi dirinya.

Lebihkan perhatian

Aturkan kegiatan hujung minggu khusus bersama suami,semestinya tanpa gangguan anak-anak.sesekali bercuti merehatkan fikiran disamping menilai semula kekurangan diri masing-masing,akan mengeratkan kembali hubungan kalian,selain membuatkan hatinya bahagia,anda tentu dapat manafaatnya sekali,tidak begitu?

Petikan dari Mingguan Wanita."



1 ulasan:

  1. Wahhh...tips tok. next year bok pat mek praktikkan tips tok kak..hahaha


    :D

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.