MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Sabtu, 29 Ogos 2009

HARI KE8 PUASA

Jam dah menunjukan jarum panjang ke 58 minit.Jarum pendek ke angka 6.Aku bangun sahur jam 4.30 pagi tiap tiap pagi.Aku panaskan lauk, panaskan nasik baru kejutkan suami aku.Kalau dia adalah. Dia tengah tido tu.Sian dia...malam tadi jam 2 pagi tadi baru sampai dari Johor. Lepas sahur, solat subuh tido balik.Takpelah....Aku lak tak leh tido. Lepas sahur, kemas dapur, basuh kain, sidai kain, solat subuh, ingat nak tido balik.Tak boleh jugak.Last last online je lah.



Aku tak berapa nak sihat untuk dua hari ni. Ni pun masih sakit sakit lagi.Takpelah...Kuatkan semangat. Sakit jangan diikut sangat.Dua hari lepas sedih na rasa,Dah sakit, suami takde di sisi, nasib baiklah klinik dekat.Boleh drive sendiri.Tapi aku paham, dia takde dia kerja, cari rezeki ,utk aku jugak.


Hari kedua nasib baik abang ipar dok dekat ngan aku.Leh tolong bawak ke klinik. Kalau family aku dekat kan sonok. Masa sakit nilah leh manja manja kat mak. Huhuhu.Sabar...mereka jauh kat Kuching.Mak, ayah...yan, ijah,,amir...akak rindu sgt sgt.Sabar k. 18.09 tok akak balit raya.Raya ni sekejap je balik sebab laki aku ada hal lepas tu.Takpe...aku tak kisah. Tapi dia janji tahun depan ambik cuti lama sikit kita balik Kuching.Kalau balik kampung dia kat Teluk Intan tiap tiap minggu leh balik.


Hari ni nak masak apa ye? Baru lepas sahur dah plan nak masak apa petang. Kadang-kadang dah tak tau nak masak apa dah.Asyik asyik ulang menu yang sama. Tengoklah nanti.Nilah gayanya seorang isteri.Ni aku yang bekerja.Bagi yang bekerja mcm manalah ye.Dok umah. Tapi yang suri rumah sepenuh masa mereka leh buat kerja umah dgn teratur.Time sapu sampah , sapu sampah.Kemas umah, basuh kain, masak. Bagi aku yang berkerja....Malam baru basuh kain , sidai kain.Balik kerja sampai umah jam 5+ baru kelam kabut nak masak.Malam baru nak lipat kain.Rasanya umah aku seminggu sekali sapu sampah dan di kemas kot.Nasib baiklah laki aku ni jenis yang suka bawa penyapu.Hahahaha.Leh tolong aku sikit. Kain baju lepas lipat letak dalam bakul besar, hari Sabtu baru masuk dalam almari.Tulah rutin aku.Tu lom ada anak, kalau ada mcm manalah nanti ye. Takpe...lom rezeki lagi.Berusaha gak ni...tapi tak jadi jadi...hahahhaa. STOP.


Ok semua.Selamat berpuasa di hari sabtu.tak g shoping ke?org goment dah gaji kan selasa lepas....


SELAMAT BERPUASA DARI SHAM DAN MONALEA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.