MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 24 Ogos 2009

DOK MEMIKIO....



Selamat berpuasa untuk hari yang ke3 buat kawan -kawan semua.
Pagi tadi on the way g ofis dah tanya suami.Nak berbuka apa petang ni?
Yelah...dia puasa.Aku cuti lagi.Kalau dia g tahu aku leh masak apa yang di nak kan?
Tapi dia cakap petang karang baru g tahu.
Aku tak taulah isteri isteri yang lain...
Kalau petang-petang kat opis aku ngan member opis Kak Siah selalu dok mikir nak masak apa petang ni.
Yelah...kadang-kadang tak tau nak masak apa.
Kadang-kadang menu tu berulang-ulang.
Bagi aku senang je kalau dah tak tahu nak masak apa.
Sham suka masak sambal, masak tempoyak (ate...dah orang Perak yop....) aku masak yang tu jelah.
Ikan masak sambal, ayam masak sambal, sotong masak sambal, udang masak sambal.
Tak pun ikan, keli, patin masak tempoyak. Yang penting bagi aku , Sham makan, dan lauk habis.Tak membazir.Nasib baiklah dia ni tak memilih..Makan je apa yang aku masak. .
Aku no hal....aku makan je.Tak memilih punya.Sebab tulah badan ni makin naik senaik naiknya.
Oklah...dok berkira-kira....dok memikio apa menu aku petang ni.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.