MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 18 Mei 2009

Mampukah Hafiz teruskan fenomena AF



RANCANGAN realiti nombor satu negara, Akademi Fantasia (AF) yang memasuki musim ketujuh tahun ini sudah pun melabuhkan tirainya dalam suasana yang cukup gilang-gemilang malam Sabtu lalu.
Seluruh negara menjadi saksi seorang lagi bakat baru dicungkil daripada rancangan realiti popular itu dan kini, nama Hafiz sudah diletakkan sebaris dengan enam juara AF terdahulu iaitu Vince (AF1), Zahid (AF2), Mawi (AF3), Faizal (AF4), Mila (AF5) dan Stacy (AF6).
Sememangnya, kemenangan Mohd. Hafiz Mohd. Suip atau Hafiz sudah dijangka sejak dia memberikan persembahan bersahaja menerusi Lagu Kita nyanyian asal Aizat pada konsert mingguan pertama.
Hakikatnya, rata-rata pastinya bersetuju dengan kecemerlangan prestasi anak muda kelahiran Kuching, Sarawak ini yang sering kali memberikan persembahan yang cukup konsisten saban minggu sehinggalah ke konsert akhir yang diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Tidak dinafikan, Hafiz mempunyai kelebihan dari aspek vokal yang enak didengar dan berbakat di samping personalitinya yang membuatkan penonton dan pengundi berasa dekat dengan dirinya sekali gus untuk mengangkatnya sebagai juara AF7.
Ditambah pula dengan persembahannya mendendangkan lagu Kau Bunga Cintaku dendangan asal Anuar Zain serta sebuah lagu baru berjudul Masih Jelas membuktikan kehadiran Hafiz di persada seni tanah air disambut dengan tangan terbuka.
Tetapi tugas dan cabaran yang menanti Hafiz selepas AF sememangnya cukup besar dalam usahanya untuk menjadi penyanyi pelapis negara dan penghibur serba boleh seperti mana visi AF itu sendiri.
Jejaka berusia 19 tahun itu tidak boleh terus berasa selesa dengan apa yang dimilikinya kini kerana dia perlu bekerja keras jika mahu terus bertahan lama di dalam industri.
Persoalannya kini, apakah nasib akan berpihak kepada Hafiz dan mampukah bintangnya akan terus berkerlipan di langit seni yang sudah termaktub begitu hebat pasang surutnya.
Bukan semua juara AF lalu benar-benar berjaya dan mencapai prestasi yang membanggakan tetapi sebaliknya, ada bekas pelajar yang tersingkir menjadi lebih gah daripada juara itu sendiri.
Setidak-tidaknya, AF juga mampu membuktikan kredibiliti mereka apabila tidak pernah terlepas memilih mereka yang benar-benar berbakat untuk menyertai rancangan ini setiap tahun.

Nama-nama seperti Vince, Kaer Azami, Bob, Zahid, Idayu, Farhan, Amylea, Aizat dan Stacy membuktikan kehadiran mereka benar-benar membuka mata peminat serta masyarakat kerana bakat yang ada dalam diri mereka itu.

Sehingga ada di antara nama-nama yang disebutkan itu mencapai kejayaan yang membanggakan.

Itu adalah realitinya tetapi insan-insan istimewa berbakat besar sering kali menjadi mangsa oleh mereka yang tidak pandai menilai bakat mereka.
Sememangnya selama tujuh musim AF bersiaran, ia telah meninggalkan kesan dan impak yang bukan sedikit dalam kehidupan masyarakat Malaysia.
Malah, AF juga berupaya merobah senario penerbitan rancangan hiburan di negara ini tetapi adakah AF berjaya mencapai matlamat sebenarnya seperti mana yang dimahukan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.