MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 5 Mei 2009

FESYEN UNTUK GADIS SOPAN BERGAYA


TUDUNG dengan nama artis? Atas alasan strategi pemasaran atau memang ia mempunyai nilai komersial yang tersendiri.

Sedar atau tidak artis tempatan memang mempunyai pengaruh secara tidak langsung dalam kehidupan kita.

Dari jenis tudung misalnya, siapa tidak pernah mendengar tentang tudung Wardina, tudung Datuk Siti, tudung Waheeda dan yang terkini ialah tudung Yuna yang mengambil inspirasi daripada tudung Syria.

Bagaimanapun keseimbangan dalam penampilan bukanlah satu perkara yang mudah. Mahukan yang sopan dan pada masa yang sama tetap bergaya dan menarik.

Memang agak subjektif untuk menilai penampilan seseorang namun sama ada disedari atau tidak konsep bertudung kerana memenuhi tuntutan agama tidak begitu diambil kira.

Malah kadang kala ada yang memakai tudung kerana ingin melindungi uban di kepala atau sekadar bertudung mengikut musim.

Pokok pangkalnya, pilihan di tangan anda kerana ada banyak jenis tudung yang boleh diselaraskan dengan penampilan sama ada ingin dilihat moden, bergaya mahupun sopan dalam persalinan tradisi.

Koleksi pakaian dan tudung terbaru dari Dina Collections ini memang tepat untuk menggambarkan jiwa anak gadis remaja yang gemar bergaya namun pada masa yang sama ingin mengekalkan ciri kesopanan.

Kreativiti dalam mencari kesesuaian padanan antara baju, seluar dan tudung pasti menampakkan kelainan. Yang pasti anda perlu berani dan tampil yakin dengan penampilan diri anda.

Dina Collections menampilkan koleksi yang bukan sahaja menumpukan kepada fesyen remaja malah ia sesuai digayakan oleh wanita yang gemar bergaya tanpa mengira peringkat usia.

Bagi yang gemarkan blaus labuh menutupi punggung, Dina Collections memang mempunyai banyak pilihan selain seluar polos atau legging yang boleh dipadankan dengan blaus pilihan anda.

Tudung pula terdapat pelbagai jenis, sama ada dari jenis awning, tudung Syria, selendang dan macam-macam lagi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.