MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 18 Mei 2009

AKADEMI FANTASIA

PROGRAM realiti Akademi Fantasia (AF) bermula pada 2003 dan program hiburan mencungkil bakat-bakat baru anjuran stesen televisyen, Astro itu sememangnya mencetuskan fenomena baru dalam masyarakat.
AF yang diadaptasi daripada sebuah program televisyen dari Mexico iaitu La Academia memperkenalkan konsep yang berbeza dengan pertandingan mencari bakat sebelum ini.
Astro menggunakan pendekatan di mana semua peserta bertuah yang dipilih daripada uji bakat ditempatkan di banglo mewah yang dijadikan kediaman peserta lelaki dan wanita.
Selama sembilan minggu, kesemua peserta akan didedahkan kepada pengetahuan asas untuk menjadi penghibur.
Melangkah ke tahun ketujuh, AF mencipta sejarahnya tersendiri apabila buat pertama kali melantik wanita untuk menerajui akademi iaitu Datin Seri Tiara Jacquelina.
Sejak awal pengenalannya, penonton mempunyai kuasa besar dalam menentukan siapa yang akan tersingkir atau menjadi juara menerusi undian sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).
"Tanggungjawab di tangan anda. Undi anda yang menentukan siapa yang kekal. Hantarkan AFUNDI (kod penghantaran sistem pesanan pendek atau SMS) anda.''
Itu merupakan antara skrip yang sering digunakan oleh pengacara AF dalam usaha 'merayu' penonton agar memilih pelajar yang difikirkan layak untuk meneruskan saingan saban minggu.
Kaedah pengundian menerusi SMS seperti dilakukan oleh Astro boleh dikatakan sebagai yang pertama seumpamanya dalam dunia komunikasi dan multimedia Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.