MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Ahad, 10 Mei 2009

5 KE KONSERT AKHIR AF

Pengumuman tiada penyingkiran pada malam ini nyata cukup menggembirakan. Ini bermakna, kesemua pelajar yang beraksi pada malam ini akan melangkah ke Konsert minggu hadapan. Aril yang diserap semula berdasarkan undian AFMASUK menjadikan lima (5) pelajar akan beraksi di Konsert Akhir Akademi Fantasia 7.Pada konsert kesembilan ini, pelajar masing-masing diuji dengan dua buah lagu tugasan, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kesemua mereka bagaikan menggunakan peluang terakhir sebaik mungkin dengan mempamerkan persembahan terbaik sebelum melangkah ke konsert akhir.Isma tampil dengan aura tranformasi membuka gelanggang minggu ini dengan lagu Aku Pasti Datang nyanyian asal Bunga Cinta Lestari. Namun pengkritik tetap malam ini, Edrie Hashim, Ning Baizura dan Adlin Aman Ramlie jelas lebih menyukai persembahan kedua menerusi lagu Hot & Cold nyanyian asal Katty PerryYazid meneruskan momentum dengan lagu Where The Street Have No Name nyanyian asal kumpulan u2 sebelum tampil sekali lagi dengan lagu Aku Skandal nyanyian asal kumpulan Hujan. Walaupun kurang menyerlah, dia dikatakan jauh telah berubah daripada persembahan di minggu-minggu terawal AF7Lagu Laskar Pelangi nyanyian asal kumpulan Nidji dikatakan tidak mencabar kemampuan Hafiz sepenuhnya walaupun dibantu oleh kanak-kanak di atas pentas. Namun, dia berjaya membuktikan kemampuan sebenar dengan menggamatkan Dewan Sri Putra menerusi lagu I Believe I Can Fly nyanyian asal R kelly
Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:
PELAJAR dan PERATUSAN (%)
YAZID – 32
HAFIZ – 28
ISMA - 25
KIM – 16
Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:
ELAJAR dan PERATUSAN (%)
HAFIZ – 34
AKIM –25
YAZID – 22
ISMA - 18
Kedudukan pelajar undian AFMASUK setelah undian ditutup
PELAJAR dan PERATUSAN (%)
ARIL - 52.45
AISHAH - 26.6
ZIZI - 6.87
SIDI - 5.84
CLAUDIA - 4.59
QHAUD - 1.71
RINI - 0.86
RUBISA - 0.48
OBRI - 0.34
ADILA - 0.26

1 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.