MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 22 April 2009

LAUKKU MALAM INI

Ayam masak lemak
ikan pekasam
sayur kobis pecah telur
Hari ni laki aku balik dari Johor. Menunjuk betul.Bawak balik phone N series. Ingat nak bagi kat aku.Rupanya telepone baru dia. Takpe............aku tak kisah sebab aku dah ada Blackberry. (hanya org tertentu saja yg tahu...wakakakaka) Aku setia menanti kepulangannya dari perantauan sebab mencari rezeki.Chehwah.Bahasa aku. Aku masakkan masakan kegemarannya. Sebenarnya tidak...Ikut dan aku masak je. Aku masakkan ayam masak lemak, pekasam ikan(ni memang dia suka) dan sayur kobis pecah telur.(ni nama aku kasik sendiri).Aku tengok laki aku berselera je makan.Dia ni berselera saja.Sebab isteri kesayangan yg masak. Yelah dari air tangan bini.Tak sedap pun buat-buat sedap. Kang aku majuk kang dia jugak yang susah. Ni yang buat ayang lagi sayang kat abang. Dia kat sebelah aku.Lena dah.Penat memandu ke, (dari jb ke batu pahat ke segamat ke puchong) atau lena kekenyangan. Sian tengok dia. K.lah bang.tidolah.Ayang tak leh tido lagi. Jumpa ayang kat mimpi ye.Muah...muah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.