Assalammualaikum semua.
Selamat pagi..Ada yang
dah cuti raya ke hari ni? Malam semalam terlayan satu cerita hindi tajuknya Ujda
Chaman.
Jalan ceritanya agak
menarik jugak.
Satu ayat yang lea suka
dalam cerita ni
Kita sering berbicara mengenai hati TAPI cinta selalu
bermula dari wajah.
Kenyataan bukan.
Semuanya bermula dari
pancaindera yang satu ini iaitu MATA.
Kita lebih tertarik
untuk melihat sesuatu yang cantik secara luarannya padahal kita tak tahu lagi
hatinya macam mana.
Mereka yang kurang
menarik macam dibiarkan macam angin lalu. Selalunya golongan ini akan menjadi
pilhan kedua ataupun yang terakhir. Tetapi hatinya mungkin sangat-sangat indah
kejadiannya.
Ye…semua ini sangat-sangat
subjektif. Tak semua yang cantik buruk perangai dan tak semua yang tak cantic baik
perangainya. Manusia ni tak sama kejadiannya. Masing-masing ada kelebihan dan
kelemahan masing-masing.
Satu lagi yang buat
suami ketawa bila menonton cerita ini.
Scene wanita yang
berisi nak naik motor. Penunggang motor terpaksa merendahkan motor supaya
wanitanya boleh naik. Mungkin suami teringat isterinya ini kot. Paling tak suka
saat nak naik dan turun dari motor. Sesuatu yang sangat-sangat tak suka untuk
dilakukan.
Lucukan. Korang boleh
bayangkan tak. Nasiblah wanita ini laku juga. Hahaha.