Friday, 25 December 2020

Pulut Kuning yang istimewa


Tajuk tu....Apa yang istimewa sangat tu? Oklah lea cerita serba sedikit pasal pulut kuning dengan lea ye...

Lea adalah penggemar pulut kuning.
Sangat-sangat suka. Kalau ke pasar malam ahad mesti akan beli pulut kuning dengan rendang limfa. Sedap...

Jangan tak tau Adli pun penggemar pulut kuning sama macam uminya.

Tapi bila seorang sahabat yang dah berpindah mengirimkan pulut kuning masakannya rasa terharu  sangat-sangat. 
Ada juga orang yang ingat kita. 
Ada juga orang yang ingat apa kita suka makan. 
Bukan senang nak  buat orang ingat kita.

Walaupun bagi orang lain mungkin pulut kuning itu biasa, tapi tanda ingatan itu yang menjadikannya luar biasa. Tak perlu sesuatu yang mahal, yang sederhana itu pun boleh membuatkan seseorang itu mengalirkan air mata tanda gembira.

 

0 comments:

Post a comment

Terima kasih atas komen anda.

 
;