Followers

NUFFNANG

MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

INSTAGRAM @m0nal3aismail

Tuesday, 18 August 2020

Adli Dan Bola Sepak


Assalammualaikum semua.


Bagi yang mengikuti IG Lea taulah Adli sekarang tengah sibuk dengan bola sepaknya. Kalau diikutkan dia dah minta main bola sejak dia darjah 1 lagi. Tapi mak paknya ni fikir-fikir kecik lagi dia nak main bola ni. Adli pun senyap bila umi dan abah cakap Adli kecik lagi nak main bola.

Bila dah masuk darjah 2, dia minta lagi untuk main bola dan akhirnya... abah bagi lampu hijau untuk main bola. Jadi kami daftarkan dia dekat ZH Soccer Star Pro Academy di bawah Coach Zamri Hasan yang pernah bermain dengan kelab dan negeri satu masa dulu. Bayaran bulanan RM80 sebulan. Lea dan suami tak kisah. Asalkan dia minat dan masanya tak terbuang main phone kami ok sangat2. Waktu latihan ialah pada hari Sabtu dan Ahad. Masa kadang-kadang pagi dan kadang-kadang petang. Coach akan update sehari sebelum. Dan yang terkejutnya ada lagi player yang lagi kecik dari Adli. Yang paling kecil umur 5 tahun. Rasa menyesal pulak hantar Adli lambat. 

Adli dia nak main sebagai penjaga goal. Sangat-sangat minat. Tak boleh nak halang dan pujuk dah untuk main di posisi yang lain. Ok. terima seadanya.

Perlawanan pertama Adli bagi U8 adalah perlawanan persahabatan menentang Sutera Tiger. Adli bergilir-gilir dengan kawannya menjadi penjaga gol. Dengan padang yang becaknya team Adli tewas 2-4. Masing-masing penjaga gol bolos 2. Kecewa betul Adli masa tu. Yelah perlawanan pertama dia kan.

Perlawanan kedua pulak adalah perlawanan persahabatan 3 penjuru. Masa ni Adli jadi penjaga gol sorang untuk 2 perlawanan. Keputusannya ialah seri 2-2 dan kalah 4-0. Sangat-sangat kecewa dia masa ni.Tapi masa ni nampak sangat dia penat. Dengan panas terik main dua game berturut dengan tak rehat. Takpelah Adli. Perlawanan persahabtan je. Sekurangnya belajar kan.

 Sebenarnya jauh disudut hati kami sangat bangga dengan Adli. Semangatnya tu yang umi kagum sangat. Umi harap Adli kalau nak main bola mainlah dengan sungguh-sungguh. Jangan main2 dah. Doa umi dan abah sentiasa bersama Adli.











1 comment:

  1. bagus lah adli, moga terus sukses tau... cayook2

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.