MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Bercerita Bersama

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Google+ Followers

Friday, 2 March 2018

Jalan Raya Cina

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera.

Hahaha. Skema na bunyinya. Lama sudah tak menaip. Tapi hari ni gagahkan jugalah menaip di blog kesayangan teman ni.

Setiap tahun masa Tahun Baru Cina kami sekeluarga pasti akan menerima jemputan ke open house kawan suami Uncle Lee Wah kata Adli. Haha. Kalau orang dah menjemput takkan tak pergi kan. 

Tahun ni Uncle Lee Wah menjamu kami dengan KFC dan macam-macam lagi. Air tin pelbagai jenis. Biskut2 dan kerepek pelabagai pilihan yang ada. Dia tahu apa yang orang Islam boleh makan dan tak boleh makan. Tu yang dia beli KFC je. Adlilah seronok sebab dia memang penggemar KFC. Dia sorang entah berapa ketul ntah. Isteri uncle Lee Wah nya asyik menambah ayam je kat dia. Merdeka kamu ye Adli. Takpelah sesekali.

Dah balik pulak macam-macam pulak dibekalkannya. Limau, air, gula-gula dan macam-macam lagilah. Seronok juga bila ada jiran dan kawan pelbagai bangsa. Kalau kita hari raya mereka pulak datang beraya. Jangan tak tahu Lee Wah dan isterinya pandai makan sambal belacan dan tempoyak tau. 

Macam-macam makanan yang ada

 Dua sekawan

Kaksu & co baru sampai time ni


Macam kat rumah sendiri je kamu buat ye Adli





Amboi kaksu.....bertenggek je atas motor tu ye. Hahaha

3 comments:

  1. bestnyaa bejarah raya cina. kmk dlok belom kawen rindok ngumpol angpau :D

    ReplyDelete
  2. seronok dpt merayakan mcm2 perayaan kt malaysia nih....

    ada kwn pelbagai bangsa ni seronok... semua blh rasa kan, terasa keharimoniannya malaysia ni

    ReplyDelete
  3. wah seronoknya
    baru lah 1 Malaysia
    :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.