MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Bercerita Bersama

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Google+ Followers

Friday, 9 February 2018

Nasi lemak sedap

Bila bercakap mengenai nasi lemak mesti kita akan membayangkan nasinya yang lemak dan sambalnya yang lazat. Dihiasi dengan timun, ikan bilis goreng, telur mata/dadar yang pastinya akan memikat selera anda. Betulkan?

Lea sangat suka kalau sambalnya manis-manis sikit, masam-masam sikit, hangus-hangus sikit adui… memang selera dibuatnya. Membuatkan lea teringat dengan nasi lemak nek ngah daon yang sangat popular di Kampung Sileng Lundu. Dengan jualan nasi lemaklah dia boleh membesarkan anak-anaknya dan menunaikan haji. Alhamdulillah rezeki dia.

Sekarang lea dah jumpa nasi lemak yang seenak nek ngah punya. Nasi lemak yang teman sepejabat yang baru bertukar ke tempat lea ni. Mula-mula rasa sambal yang dia buat senyum sampai ke telinga dibuatnya. Memang mencari  gerangan siapakah tukang masaknya. Memang dah berniaga nasi lemak tak hairanlah memang sedap.

Semalam order dekat dia nasi lemak telur puyuh. Tapi hari ni dia belanja pulak. Segan pulak dibuatnya. Dah kita order kan. Semoga murah rezeki kamu Mila.Kalau korang nak order bolehlah kot contact nombor dekat kertas bungkus nasi lemak tu.   



1 comment:

  1. naper lama tak muncul mama adli oi....

    menggoda ns lemak tuh

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.