MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Bercerita Bersama

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Google+ Followers

Thursday, 15 February 2018

Kenduri Kahwin di Behrang...Moh ler kite

Alhamdulillah. Pada minggu lepas teman sepejabat Rashid dah selamat melangsungkan majlis pernikahan dan persandingan beliau dengan saudari Muliana di Behrang, Perak. 

Alhamdulillah juga sebab teman-teman sepejabat yang lain dapat bas untuk ke sana. Terima kasih sangat-sangat kepada mereka yang mengusahakan untuk adanya bas tersebut. Tapi lea tak naik bas sebab lea hari Sabtu tu nak hantar mak mertua balik Teluk Intan. Jadinya dalam perjalanan ke Teluk Intan kita singgahlah kat Behrang dulu ye.

Majlisnya sangat meriah dengan adanya live band dan lauk-lauknya pun sedap. Mak mertua yang tak berapa nak makan pun cakap sedap.

Ok...Buat Rashid dan teman selamat pengantin baru. Semoga kalian berdua kekal sehingga SyurgaNya.

Lalu juga kita kat Felda Suharto. Hanya mendengar nama je sebelum ini. Simpang ke rumah dia ni memang akan lalu kalau dari Tanjung Malim ke Teluk Intan. Cuma tak tahu dianya tinggal kat situ.

Satu keunikan di situ. Tanda arah dalam tulisan jawi.


Dengan sekali lafaz, dirimu aku miliki. Hahaha. Gitu kot dalam hati Rashid. Hahaha

Antara rombongan Pak Din ke Behrang
\
Sama cantik sama padan 
Rombongan Pak Din bergambar dengan pengantin

Tahniah!!! Cepat sikit bagi Jr Rashid keluar. Haha



2 comments:

  1. Hahahah rombongan pakdin😜😜😜😜

    ReplyDelete
  2. best nya makan kenduri

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.