MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 29 Ogos 2017

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen

Sekarang Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen memang tengah menjadi kegilaan wanita-wanita di luar sana. Buka je instagram mesti ada gambar dia. Oklah lea share sikit gambar-gambar dia dan video dia yang bila melihatnya boleh membuatkan sesiapa sahaja boleh jatuh hati kat anak raja sorang ni.
















A post shared by @mostlymateen on
credit tu @faridsinclair

Isnin, 28 Ogos 2017

Adli ke stadium tengok bola sepak buat pertama kalinya

Assalammualaikum.

Jarang-jarang dah nak buat entry sekarang. Sekarang sibuk sangat-sangat dengan kerja. Tapi sayang pulak kat blog ni. Updatelah jugak walaupun jarang-jarang.

Ok. Kali ni lea mesti nak kena update sebab inilah kali pertama Adli ke stadium tengok perlawanan bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur perlawanan diantara Malaysia dan Indonesia. Keputusannya semua dah tahu dah kan. Malaysia menang 1-0 dan akan menentang Thailand di peringkat akhir.

Senang ke bawa Adli?

Jawapannya…

Senang..sebab dia boleh layan. Orang buat wave dia sentiasa standby nak buat wave sama. Orang nyanyi dia lagi semangat nyanyi. Orang melompat sebab Malaysia gol dia pun seronok melompat. Tapi….ada tapinya. Kena sediakan makanan dan minuman secukupnya untuk dia.

Sampai-sampai dekat Stadium Shah Alam tengok orang pakai baju Malaysia warna hitam dia nak jugak. Oklah beli jugalah.RM25. Beli besar sikit.Biar leh pakai lama dan bukan untuk dipakai hari-hari. Kalau pergi tengok bola je baru pakai baju tu. Orang bermafla dia nak juga. Belilah yang paling murah.RM5. Tulah yang dia dok pegang time nyanyi.

Bila ditanya kat dia seronok tak pergi stadium? Seronok katanya. Nak pergi lagi… Oklah tu.

Baliknya…sebelum orang lain keluar stadium baik kita keluar dulu. Tu pun berpecah sebab Adli dah abahnya tak tahu dah ke mana sebab Adli nak air pulak. Umie tunggu kat kereta jelah. Tak lama pun tunggu. Dalam dua minit je. Tengok-tengok Adli dah didukung abahnya.Penat katanya. Hahahaha.

Ada juga yang Tanya lea. Kenapa bawa anak kecik tu ke stadium. Dahlah sesak.

Ok..Ini jawapan lea.

Lea nak Adli dari kecik ada rasa sayangkan Negara. Tahun 2015 lea pernah bawa Adli ke sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka. Masa tu dia baru 2 tahun lebih. Dengan mudahnya dia bangun jam 5.30 pagi. Naik lrt je. Dia seronok sangat bila dapat mengibarkan bendera. Lagi seronok bila dapat melihat anggota keselamatan membuat lintas hormat. Tengok bola ni pulak sebelum gerak dari rumah lagi dia dah Tanya abah. Kita kena sokong Malaysia kan abah? Malaysia…oooo Malaysia. Itulah nyanyian dia kat rumah sebelum pergi dan stadium dan sekarang ni pun itulah lagu dia.
Lain orang lainlah kan caranya. Tapi itu cara lea. Kita ni tak sama kan.












video


video



Selasa, 1 Ogos 2017

Lawatan Pertama Adli bersama rombongan sekolah tadika

Assalammualaikum semua.

Berkurun lama dah lea tak menulis di blog kesayangan lea ni. Nak berhenti terus sayang sebab semua benda ada di dalam blog ni sejak tahun 2009. Banyak kenangan suka dan duka ada dalam ni.

Ok..Lawatan Adli ni dah lama dah. 22 April 2017. Lebih kurang 3 bulan lepas. Lama kan. Tapi lea nak masukkan juga sebab inilah kenangan yang insyaallah suatu hari nanti Adli boleh baca dan gelak sendiri melihat dirinya yang sangat gebu gebas dikala usia baru hendak memasuki 5 tahun. 

Masa hantar Adli tiba2 air mata mengalir keluar. Hahaha. Terasa sangat dia dah besar. Sentimental sangat umie ni kan. Sapa yang tahu apa yang lea dan suami lalui akan paham perasaan sebenar yang dirasa.  

Oklah.kita layan gambar ye.


Dia yang paling besar kat situ

Dia yang paling menonjol kat situ. Besar betul


Beratur nak naik bas


Beg Ironman tak tinggal

Duduk ngan pompuan

Nun di belakang sana

Ada je gaya tangan tu

Nampak tak Adli

Amboi..menjeling

Tengok apa tu Adli

Adli buat apa tu

Amboi..suka kamu ye

Pegang tangan sapa tu

Pandai kamu ambik port bergambar

Tengah tunggu bas