MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 8 Mac 2017

Hari terakhir bersama bos teman 08.02.2017

Assalammualaikum.

Untuk pengetahuan semua lea dah bertukar ke tempat baru. Bukan sekadar suka-suka tapi untuk mencari pengalaman baru dengan persekitaran yang lain. Lea sayang tempat yang lama. Dengan bos yang lea sangat-sangat selesa bekerja dibawahnya. Dengan teman-teman yang senang untuk bekerjasama. Ada masa buat kerja focus….Ada masa nak bergurau memang riuh rendah jadinya. Tapi cukuplah 4 tahun 9 bulan di situ. Tiba masa untuk berhijrah.

Hari-hari terakhir di pejabat lama, adui…air mata nak tumpah je. Tak boleh tengok muka bos, muka teman-teman. Tapi kena kuatkan hati juga. Kuatkan hati pun mau sebaldi juga air mata. Adui..rapuh sangat hati ini.

Hari terakhir lea 10 Februari 2017. Tapi dengan bos pada 8 Februari 2017. 09hb kan Thaipusam. 10 Februari pulak bos bercuti. Jadi peluk cium dia pada 8 Februari 2017. Hahahaha. Bos cool je tapi anak buahnya ni macam-macam memek muka yang keluar. Nak tahan macam mana pun memang tak boleh.

Ok…

Puan Tiqah. Terima kasih atas semuanya. Tunjuk ajar, nasihat yang diberikan akan disimpan untuk melalui hari-hari akan datang. Harap suatu hari nanti boleh jadi bos saya lagi. Puan masih muda. Lagi tinggi jawatan yang akan boleh disandang nanti. Insyaallah.

Teman-teman cc yang lain? Tak nak salam dulu katanya. Nak salam 10hb juga. Takut lea cuti 10.02.2017 tu. Hahaha. Nakal kamu ye.
Nanti update cerita 10.02.2017 ye.

Jom cc semua. Kita ambik gambar bersama-sama bos kesayangan kita ni. 








2 ulasan:

  1. ish3 buruk nya muke mama adli ni nngis hehehehe... jgn marah gurau je Lea

    dana nih dh nk msk 10 thn kt tempat nih kalu blh mls nk tukar2 heheheh...
    nnti cite tau kt tempat baru lak camne

    BalasPadam
  2. Semoga di pejabat baru, Lea akan lebih gembira dan berjaya dengan suasana yang berlainan dari pejabat lama... :)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.