MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 1 Ogos 2017

Lawatan Pertama Adli bersama rombongan sekolah tadika

Assalammualaikum semua.

Berkurun lama dah lea tak menulis di blog kesayangan lea ni. Nak berhenti terus sayang sebab semua benda ada di dalam blog ni sejak tahun 2009. Banyak kenangan suka dan duka ada dalam ni.

Ok..Lawatan Adli ni dah lama dah. 22 April 2017. Lebih kurang 3 bulan lepas. Lama kan. Tapi lea nak masukkan juga sebab inilah kenangan yang insyaallah suatu hari nanti Adli boleh baca dan gelak sendiri melihat dirinya yang sangat gebu gebas dikala usia baru hendak memasuki 5 tahun. 

Masa hantar Adli tiba2 air mata mengalir keluar. Hahaha. Terasa sangat dia dah besar. Sentimental sangat umie ni kan. Sapa yang tahu apa yang lea dan suami lalui akan paham perasaan sebenar yang dirasa.  

Oklah.kita layan gambar ye.


Dia yang paling besar kat situ

Dia yang paling menonjol kat situ. Besar betul


Beratur nak naik bas


Beg Ironman tak tinggal

Duduk ngan pompuan

Nun di belakang sana

Ada je gaya tangan tu

Nampak tak Adli

Amboi..menjeling

Tengok apa tu Adli

Adli buat apa tu

Amboi..suka kamu ye

Pegang tangan sapa tu

Pandai kamu ambik port bergambar

Tengah tunggu bas

Rabu, 12 April 2017

Hijau mata memandang...

Ke Cameron Highland tak sah kalau tak ke ladang teh kan. Nak singgah minum teh memang tak dapatnya. Orang punyalah ramai. Belum yang tengah menunggu lagi tu. Jadinya kita ambik gambar jelah. Tka turun bawah pun. Ambik gambar kat atas je. Janji ada gambar ladang teh kan. Hahaha. Adli...tukang spoilkan gambar. Ada je gaya tak kenanya di situ dan rupa-rupanya tengah menahan kencing. Hahaha. 

Lea sebenarnya suka Cameron Highland ni. Bila ada rezeki, masa insyaallah akan naik lagi.









Selasa, 11 April 2017

Taman Rekreasi Gunung Lang

Assalammualaikum.
Ok..Ini cerita 1 April lepas. Pada 31 Mac, kebetulan lea cuti. Ada beberapa perkara yang perlu diuruskan. Suami pun sama bercuti hari tu. Dah petang dalam jam tiga, suami tiba-tiba bersuara. Kerja yang nak buat dah settle dah. Jom naik Cameron. Hah!!! Dengan hotel tak booking. Suami cakap cuba tengok apartment yang kosong sekarang. Nasib baik ada Agoda. Dan nasib baik ada yang kosong. Jom kita naik Cameron. Kita ajak akak ipar sekali. Malam tu kami gerak ke Ipoh. Tidur rumah akak ipar semalam kat Sungai Siput. Esoknya kita mendaki Cameron Highland ye anak-anak
.
Paginya selepas sarapan kami ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. Tempatnya Nampak tak ada apa-apa. Tapi bila menaiki bot ke seberang, memang cantik. Tempat riadah untuk keluarga. Nak berbasikal boleh, hiking boleh dna berkelah pun boleh. Dan paling best adalah tempat yang sangat sesuai untuk ambik gambar.

Adlilah yang sangat-sangat seronok. Naik bot seronok. Bagi rusa makan pun seronok. Mula-mula dia cakap rusa tu unta. Teruja betul bila jumpa unta katanya. Mula-mula takut nak bagi rusa makan. Bila dah dapat sekali jadi tak takut dah. Good boy anak umie. Bila dapat bagi ikan makan lagilah seronok dia. Makanan ikan boleh dibeli di kaunter pendaftaran. Harga RM1 je. Ok..dah jam 11++. Jom kuar drai sini. Kita naik naik Cameron Highland dah…
















Isnin, 10 April 2017

Sambutan Birthday2 di Tahun 2017

Assalammualaikum semua.

Sudah lama tidak mencoret di laman kesayangan lea ni. Dari tahun 2009. Sudah 8 tahun. Sayang kalau hanya dibiarkan berhabuk dan bersawang. Satu hal pulak nak membersihkannya. Hahaha.

Ok. Lea start sambutan birthday2 bagi tahun 2017 lah ye. Ada lagi cerita sebelumnya tapi lea skiplah dulu ye. Pasti akan masuk juga dalam blog ni sebab itulah saja kenangan yang lea boleh baca dikemudian hari.(kalau panjang umurnya) Insyaallah.

Sebenarnya takde rancangan pun nak buat sambutan tahun ni. Ialah rasa dah tua dah nak potong-potong kek ni. Tapi kebetulan mak mertua ada kat sini buat jugalah sambutannya walaupun sederhana. Tak jemput orang luar pun. Jemput family akak ipar dan anak-anak buah yang menceriakan suasana. 

Hari Jumaat tu 24 Mac 2017 birthday suami. Memang ada order kek kecik jelah untuk makan-makan kami 3 beranak. Hari khamis tu suami suruh order besar sikit. Suami cakap takpelah buat makan-makan sikit untuk family. Nasib baik tempat lea biasa tempah kek boleh buat yang besar sikit. Dari setengah kilo kek ke sekilo terus. Menu? Jumaat tu lea kerja. Sudah...Apa yang cepat dimasak ye. Fikirlah dulu.

Akhirnya.......Jadilah spagetti bolognese dan sherped pie. Sate, kuih nona manis kita order jelah. Makan simple2 ye je. Ok..Layan gambar ye







Birthday mak mertua 1 Mac
Anniversary kami 11 Mac
Birthdayl lea 20 Mac
Birthday suami 24 Mac







Rabu, 15 Mac 2017

Pusing-pusing sampai ke Jugra

Assalammualaikum semua. 

Ni cerita dah lama dah, tapi lea nak ceritakan juga sebab nilah kali pertama kami ke Jugra kecuali suami yang dah berkali-kali atas tuntutan kerja.

Ke Jugra ini langsung tiada perancangan apabila pusing-pusing kononnya di petang Ahad. Pusing-pusing akhirnya sampai ke Jugra. Itulah kami. Hahaha.

Apabila sampai ke puncaknya memang cantik sangat viewnya. Dengan rumah apinya, dengan pemandangan sungainya. Memang sejuk mata memandang dengan cuaca yang sejuk waktu itu. 

Lain kali ada perancangan lagi nak kesini. Boleh try berlari dari bawah sampai ke atas. Tapi dalam perjalanan tu akan lalu tempat perkuburan cina. Takut juga kalau sorang-sorang kan. Hahaha. Ok..kita layan gambar.

Rombongan kak Mon

Posing jangan tak posing





 Keluarga kecil lea




2 lelaki kesayangan lea