MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 27 Disember 2016

Ke Kenduri Kahwin

Assalammualaikum.

Hari Sabtu lepas menghadiri majlis kahwin di Shah Alam.

Masa kendurilah kita boleh berjumpa dengan kelaurga yang jarang dijumpa kan.

Oklah. Layan je gambar yang tak banyak diambil.

Gambar pengantin takde sebab hari tu malas nak keluar telefon ambik gambar.

Gambar semua belas ehsan family.





Rabu, 21 Disember 2016

Bila Adli ke salon...

Hahaha. Salonlah sangat Adli ye.

Assalammualaikum semua.

Adli adalah pelanggan tetap kat kedai abang ni. Dan abang ni jugalah tukang rambut kegemaran Adli. Sangup tunggu turn tu. Tak nak orang lain gunting rambut dia. Siap cakap masa abang tu gunting rambut orang lain kenapa banyak sangat rambut orang tu kena gunting abah..Bila lagi Adli nak potong rambut ni. Yang tukang gunting dan yang digunting senyum lebar je. Nak gelak kang tersalah gunting pulak.

Yang paling best lepas gunting, bayar lima ringgit siap cakap nanti kita jumpa lagi ye. Siap salam cium tangan. Punyalah dia suka ngan abang tukang gunting rambut tu.






Selasa, 20 Disember 2016

Haa...buat apa tu

Lea perati je dia.
Lea buat-buat tak nampak je.
Lepas dia confident orang tak tengok dia mulalah dia melombong biji timah.
Hahahaha.
Bila lea tegur siap cakap jangan tengoklah umie. Adli malu. 
Adui Adli....

Jumaat, 16 Disember 2016

Macam-Macam Adli ni

Semakin dia membesar macam-macam benda yang dia buat yang buat kita marah, geram dan akdang-kadang tergelak sendiri. Adli. Dah besar sangat dah kamu. Tahun depan nak sekolah dah... Umie rindu kamu masa baby. Cium wangi je. Sekarang dah masyam. Hahaha.






Khamis, 15 Disember 2016

Genting Highland ... kami datang

Assalammualaikum semua.
Ahad lepas kami ke Genting Highland. Balik hari je. Bertolak dari rumah 12 lebih. Sampai pun lewatlah kan. Kami naik kali ni guna cabel car je. Malas nak bawa kereta naik atas sebab memang susah nak dapat parkingnya. Tambang kabel car pulak untuk sehala ialah RM 6.40. 
Kalau return RM 12.80. Oklah kan. Sesekali. Oklah.Kita layan gambar ye.




















Selasa, 13 Disember 2016

Buffet di Volcano Shabu Shabu

Pada 2 minggu lepas , Seksyen Pentadbiran buat makan-makan hujung tahun di Volcano Shabu-Shabu. Takde yang sponsor jadinya bayar sendiri-sendirilah ye.

Nilah pertama kali lea makan di sini. Selalu layan steamboat/grills di MAEPS je. Kali ni kita tukar seleralah ye.

Makanannya? Ok..Banyak juga pilihannya. Yang paling best sosnya banyak pilihan dan ada dua yang lea sangat-sangat suka. Tengah menaip ni teringat-ingat akan kesedapan sos tu.

Lea, kalau dah makan steamboat ni nasi dan makanan berat yang lain memang tak pandang dah sebab nanti cepat kenyang. Dah tu tak boleh ambik banyak terus, kena ambik sikit-sikit walaupun kena ambik banyak kali. Tu cara lealah ye. Orang lain lea tak tahu.Oklah kita layan gambar ye.

Rombongan kak imah

 Duduk semeja ngan mereka yag rugi kalau kita bawak g makan buffet. Sikit na makannya... Tengok badanlah ye dak. Hahahaha
 

Sos ni yang lea suka sangat-sangat

Sebelum balik kita ambik gambar dulu ye. Semuanya dah kekeyangan

Nilak gambar diambil dari FB Volcano Syabu-Syabu

Sosnya.....mmmmmm....


Ni lak takde kat hidangan buffet tapi kita leh minta. Scallop tu ngan dory fish tu memang fav. lea


Ni harganya....


Khamis, 8 Disember 2016

Bila Adli ke MAHA

Assalammualaikum semua.

Sebenarnya banyak cerita yang nak diceritakan. Tapi masa yang sangat-sangat mencemburui lea. Hahaha. Nipun curi2 menaip masa Adli dah tidur. Kalau tak memang dia tolong menaip sekali.

Oklah. Lea nak cerita pasal pergi MAHA ahad lepas. Ahad tu memang panas sangat-sangat. Dengan berjalan kakinya, turun bukit naik bukit memang rasa nak pengsan dah. Nasib baik semangat tu kuat. Memang ada tram kat MAHA tu tapi ianya tak lalu semua kawasan. Setiap tram ada laluannya tersendiri. Tu yang kadang-kadang lost tu. Lastnya ambik pendekatan kita jalan kaki. Hahaha. Nasib baik Adli ok je nak jalan kaki hari tu. Kalau tak mau nak berdukung je dia. Tak larat dah nak dukung dia. Hahaha

Adu satu cerita lucu. Bila pergi kat Laman Jentera kot kuarlah satu robot ni. Minta maaflah lea tak tahu nama robot ni. Adli punyalah suka, ke sana sini dia mengejar robot tu.Bila ambik gambar rupanya Adli dengan family sapa-sapa ntah dia menyelit. Bila tengok gambar lea gelak sorang. Macam-macam dak Adli ni. Oklah.Kita layan gambar.


Satu tabiat Adli ni tak suka kena panas. Dia sanggup berjalan belakang orang asalkan dia tak kena panas. Pernah disatu ketika masuk dalam baju abah. Bila ditanya tak tahan panas katanya.




Seronok bila dapat naik traktor. Dah macam nak ke ladang sawit dah kami

Di pavilion Sarawak tanah kelairan umie dan Adli

Tempat lahirnya abah

Keluarga kecik kami

Ha...nilah gambar yang lea ceritakan 
Orang belakang tengah selfie

Nasib baik kat Ila n ibu ada sekali

Mesti lelaki baju belang tu cakap dalam hati, siapalah budak kecik ni. sibuk je... hahahaha

Apa motif pegang kaki orang tu Adli.