MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 23 November 2016

Adli sekarang

Assalammualaikum.

Ni nak cerita pasal si bujang lea ni. Sekarang banyak sangat cakap dan pandai sangat bercakap macam orang tua.

Semalam kawan suami call ajak suami minum kat luar. Dah 9.30 malam. Cakaplah dekat Adli abah nak keluar sekejap. Adli jawab apa?

"Hai...malam-malam pun nak kerja ke abah? Malam untuk orang tido dan berehat" Hahahaha. Abah mula-mula terkedu dah tu gelak. 

Lea suruhlah dia tunjukkan mana A sampai J. Oklah yang dia tunjuk. Betul semua. Nak tahu apa dia cakap?

"Umie ni, Adli dah jawab betul semua. Tak cakap apa pun. Tepuklah tangan" Hahaha. Nak minta dipuji....

Tengah malam minta nak makan nasi. Jam 11 malam. Lea tak naklah bagi dia biasa makan di tengah makan. Tahu apa dia kata?

"Adli laparlah umie. Sian kat Adli. Kalau Adli sakit nanti umie susah. Adli masuk hospital umie pun susah." Bercakap tu macam orang tua.


Ni gambar budak comot makan roti ngan nutella

Datang eloknya dia nak bergambar

A video posted by kak mon... (@m0nal3a_ismail) on


Ni video dalam gelap suruh dia baca doa tidur. Umie dipanggilnya cikgu

Dah bangun boleh tidur duduk amcam ni.

A video posted by kak mon... (@m0nal3a_ismail) on
Ni video nak tidur. Dok baca BC. Ikut suka dia je.






Selasa, 22 November 2016

Gunung Raya menggamit kenangan

Tempat kesukaan lea kat Langkawi ialah Gunung Raya. Suka suasana dekat sini lagi2 bila nak sunset. Jatuh cinta dekat tempat ni. Masa ni datang lepas hujan. Dah tu matahari dah nak menghilangkan dirinya. Sejuk jangan cakaplah. Adli dah menggigil dah. Cantikkan pemandangannya. Lagi satu suka pergi sini sebab tak ramai orang. Sukahatilah nak ambik gambar macam mana pun. Jangan buka baju dahlah ye.









Isnin, 21 November 2016

Tanjung Rhu yang cantik

Assalammualaikum semua.

Tanjung Rhu. Cantik sangat pantainya. Dah pergi Langkawi banyak kali tapi Tanjung Rhu ni pertama kali lea pergi. Agak jauh jugaklah. Tapi dalam perjalanan, kita akan nampak pokok rhu je. Cantik. Redup je jalan nak masuk tu.  Bila dah sampai wow... Macam Krabi sikit-sikitlah pemandangannya sebab ada pulau-pulau yang kecik. Lea pergi air agak surut. Tu yang ada couple mat salleh berjalan je pulau-pulau kecik tu. Tapi kalau air pasang dan tak reti berenang memang susahlah nak patah balik ke pntai. Macam lea yang tak reti berenang.

Pokok rhu  menghiasi pemandangan sepanjang jalan ke pantai

Masa ni dia tengah geram nak mandi laut. Jam 1.00 petang nak mandi apanya Adli.... 
 
Cantikkan pantainya. Kalau pergi time sunset mesti cantik


Jumaat, 18 November 2016

Adli ke Langkawi

Assalammualaikum
Lamanya tak update blog. Lea sibuk sangat-sangat sebenarnya. Dah tu takde idea nak menaip apa. Sedangkan banyak je gambar yang diambil yang boleh dibuat cerita.

Oklah minggu lepas lea dan keluarga ke Langkawi untu 3 hari 2 malam. Kebetulan ada hal kat situ bawalah sekali semua pergi. Menginap di Federal Villa Langkawi yang di bawah pengurusan Holiday Villa Langkawi. Bagi sapa-sapa yang kerja kerajaan mesti tahukan rumah penginapan persekutuan ni.

Yang sangat seronok sudah semestinya si bujang lea sebab ada pantai dan laut. Kalau bolah nak 24 jam main kat pantai. Adli memang sukakan pantai. Dah jiwa dia macam tu kan. Betul-betul ikut Umie ye Adli. Bagi lea kalau nak ketenangan pantailah tempat yang lea tuju. Suka tengok ombak yang menghempas pantai. Suka dengan deruan ombak. Hahaha. Jiwang pulak umie ni kan.


Hari kedua kita ke Cable Car Langkawi. Ha….pucat muka Adli naik kali ni. Selalu berani sangat kan. Lea kalau cable car di Genting Highland 10 kali naik pun lea ok lagi. Tapi Langkawi ni memang kecut perut juga dibuatnya. Oklah layan gambar kami untuk hari pertama dan kedua di Langkawi.

Dalam feri nak ke Langkawi

Naik naik car dah tutup. Kita jalan-jalan dululah kat sini

Pantai dan Adli tak boleh dipisahkan





 Ok..Jom naik cable car
 






Jumaat, 4 November 2016

Kotak juga pilihannya

Sebakul mainan di rumah kotak juga yang dia nak main. Dibuatnya macam keretapi dah tu ditolak dengan jengkaut control dia. Bunyi jangan cakaplah. Tengoklah tu . Duduk dalam kotak sambil makan keropok dan tengok tv. Senang betul hati kamu ye.




Khamis, 3 November 2016

Selamat jalan atok. Nanti datang lagi ye

Ahad lepas ayah lea dah balik Kuching setelah hampir dua bulan duduk sini.Sunyi juga rasanya bila dia tak ada di rumah. Yelah sebelum ni kalau balik kerja ada je orang dekat rumah. Kadang-kadang dia dengan suami ambil lea balik kerja.

Adli kadang-kadang tengah main dok tanya atok mana. Bila cakap dah balik Kuching barulah dia cakap 'oooo.. balik kuching. kan Adli yang hantar dia ke airport hari tu'. Ingatkan pun kamu ye Adli.

Masa atok nak masuk departure hall adalah drama sikit. Adli meraung-raung nak ikut atuk. nak balik kampung. nak naik kapal terbang. Tetapi bila nampak taman permainan dekat KFC KLIA terus senyap. Terus nak main.
 Sebelum ke airport atuk nak minum dulu
Atok nak masuk departure hall dah

Tu dia atuk

Ada budak dah kena gigit. Tu yang terus senyap makan KFC

Masa main pun ada drama bersiri Train To Busan. Dia main macam keretapi dengan anak cina dua orang. Entah macam mana anak cina tu jadi zombie terus gigit belakang Adli. Mana tak meraung Adli. Dah tu pergi mengadu dekat lea yang tengah  order KFC. Siap cakap ada budak gigit Adli dekat sini macam zombi (sambil tunjuk belakang dia). Mana tak orang belakang lea tengah beratur boleh tergelak sama. Tulah.Suka sangat tengok cerita Train To Busan tu. 

Oklah nanti sambung lagi. Ada lagi cerita bawa atok jalan-jalan dan makan  tak lea masukkan. Nantilah lea masukkan. Sebagai kenangan dan tatapan di kemudian hari kan.