MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 31 Oktober 2016

Train to BUSAN versi Adli

Assalammualaikum semua.

Ni cerita petang sabtu lepas. Bila dah tak tahu pergi mana, jadinya tersinggah kat Stesen LRT Taman Perindustrian Puchong. Tersinggah tu…hahahaha. Adli bila tengok je stesen t uterus tanya ‘kita nak keretapi ke bah:’ Bila abah jawab ya terus melompat keriangan. Ni kali kedua dia naik. Sebelum ni naik semasa pergi ke sambutan hari merdeka di Dataran Merdeka tahun lepas.
Tengoklah anak bujang lea ni. Macam-macam gaya ada. Suka sangatlah tu.


Bersama ayah tersayang.Bila dia dah balik Kuching rasa sunyi pulak kat rumah 
Ayah suruh ambik gambar. Dia nak bergambar dengan Lee Chong Wei
Tengah study laluan LRT. Maklumlah kita ni setahun sekali payah nak naik train. Macam mana nak ke Korea ni. Hahaha
Last-last tanya kaunter. Nak guna laluan mana.

Dua hero tengah menunggu. Menunggu apa tu?

Lama betul train ni nak sampai


3 hero kesayangan teman
Baru nak bergambar dengan umie

Amboi atok....

Kami naik dari Taman Perindustrian Puchong ke Bandaraya kat area SOGO. Tak masuk SOGO pun. Bila dah di hari Sabtu dan dimalam minggu jalan-jalan jugaklah kat Pasar Malam Jalan TAR. Jalan pun banyak ikut shortcut. Ramai sangat orang.


Ditengah jalan suami ajak makan roti nan yang sedap tu. Nan cheese tu. Harus diorder bersama keema. Syok betul bila dapat makan nan cheese tu. Bila perut sudah kenyang hati manyak senang. Mata pun dah nak pejam. Hahaha. Lepas makan kami berjalan ke area Masjid Jamek sebab nak naik train kat Stesen Masjid Jamek untuk balik ke Puchong. Pergi duduk dalam train dekat sejam. Jalan-jalan KL tak sampai sejam lepas tu nak balik. Hahaha.Itulah cara berjalan kami bila tak tahu arah nak dituju. Yang penting Adli dan atok seronok naik train.
Makcik kat Kuching kirimkan dessert India ni. Rasa juga sikit. Adui...manisnya...
Dalam train adalah budak perempuan cina sebaya Adli. Seronok Adli ada kawan nak main dalam train tu. Dah takde orang dalam train, jadinya train itu kami yang punya. Hahaha. Bila budak perempuan tu turun dekat Stesen IOI Mall Puchong Adli punya lambai tangan tu sampai budka perempuan tu hilang dari pandangan. Hahahaha. Amboi kamu Adli…. 

 Yang lea bulat tu harus ada dekat kereta juga. Dalam panggung wayang, dalam bas, dalam kapal terbang pun ada tau.
Amboi kamu Adli......
Oklah. Ada masa ada ketika nanti kita naik train lagi ye Adli.


Esoknya Atok nak balik Kuching dah. Tu nanti kita masuk entry lain.

Khamis, 27 Oktober 2016

Steamboat & Grill di MAEPS Bistro


Assalammualaikum semua.

Esok dah khamis kan. (menaip ni dihari rabu malam khamis yang tengah sunyi sepi sebab suami, adli tengah lena dibuai mimpi).Adli sekarang nak kena ajar tidur awal sebab tahun depan dah nak sekolah. Alhamdulillah bila dah tidur awal, jam 5.45 dah boleh sedar sendiri dan yang paling penting tak mengamuk macam dulu-dulu. Sekarang hari-hari lea dihiasi dengan pagi yang sangat tenang. :-)

Ayah lea 30hb ni balik dah. Hampir dua bulan dia dekat sini. Bila sesekali orang tua datang kalau boleh apa yang dia nak akan ditunaikan sebaik mungkin. Kadang-kadang tu nak makan yang special sikit. Minggu lepas tanya ayah nak makan seafood ke, nasi arab ke. steambot/grill ke. Yang dia pilih steambot. Lea tahu ayah lea suka kalau ada sup-sup atau tomyam. Jadi pilihan kami MAEPS Serdang. Untuk steambot macam ni lea tak suka kalau tempatnya tempat tertutup sebab tak lalu dengan asap-asap yang keluar semasa menggrill. MAEPS ni tempat terbuka dan santai je. Kalau nak tempat berhawa dingin ada juga dekat MAEPS ni tapi nanti akan terkepung dengan asap-asap. Bau baju pun bau asap dah. Hahaha.

Kali ni bawa Amir sekali yang kebetulan dah habis dah dekat IKTBN. Sekejap je 3 tahun berlalu. Masa sekarang kan pejam celik pejam celik ahad dah. Bawa Amir ni memang puas hati kalau buffet macam ni. Seronok tengok dia makan. Lea kalau grill macam ni kan mereka takde bagi bahan untuk marinade. Ni lea belajar dari suami. Ambik sedikit kuah rojak gaul dengan ayam/daging yang kita nak grill. Sedap. Ada rasa pedas dan sedikit manis. Sampaikan meja sebelah dok cari dan tanya staf situ mana nak dapat sos untuk marinade sebab meja kami ada. Staf cakap memang takde. Lea yang dengar tersenyum je.

Oklah. Layan sedikit gambar yang ada. Adli pun sibuk jugak. Siap cakap dengan abah Adli pun nak masak-masak juga.





 Balik singgah sekejap kat TESCO nak beli barang dapur. Tengok budak dalam troli. Tak larat nak berjalan katanya. Lagi satu memang suka bagi dia duduk dalam troli sebab kalau biar berjalan sendiri dia akan shopping sendiri. Semua benda dia nak masukkan dalam troli.

Selasa, 25 Oktober 2016

Sepasang mata biru kehijauan ....


Rezeki kan...Kita tak tahu tuah dan rezeki seseorang itu. Seorang yang buta huruf dan hanya seorang pembuat teh boleh menjadi terkenal sekelip mata. Tapi mata dia betul-betul menawan kan. Tak payah pakai lens.

Betulkan sekarang semuanya dihujung jari.

Semuanya akan jadi viral.

Tapi memang sudah rezeki kamu Arshad Khan...





Adli dan atuk


Manja betul kamu dengan atuk ye Adli.
30 hb ni atok balik Kuching dah.
Mesti kamu sunyi.
Yelah sebelum ni kamu....

- Atuk...Adli penatlah. Boleh tolong Adli kemas mainan. Selalu kena marah umie bila Adli suruh atuk gitu. Tapi atuk biasalah...takpelah. Budak2.

- Atuk...jom main lori sampah. Mainlah atuk ngan cucu. Macam macam bunyi keluar. Macam kawan-kawan je tengah bermain

- Bila Adli nangis je adalah air kotak, coklat yang keluar. Atok belikan nak bagi Adli senyap.

- Bila kena marah ngan umie dan abah dekat atuklah kamu pergi. Peluk atuk cakap sayang atuk.

-Bila makan kadang-kadang minta atuk suap. Mengada betul kamu.

Bila atuk dah balik mesti kamu tercari-cari Adli. Yelah dekat dua bulan atuk kat rumah kita. Ada rezeki kita balik Kuching jumpa atuk ye n opah ye.



Isnin, 24 Oktober 2016

Senarai Lagu Gegar Vaganza Minggu ke3

TERSINGKIR DI MINGGU KE2 - RAZIS ISMAIL



Konsert Ketiga Gegar Vaganza 3 
Tema : Ada Bran?
Ahad, 30 Oktober 2016

- Ameng - Lelaki Seperti Aku (Alif Sattar)
- Azharina - No Woman No Cry
- Elly Mazlien - Perawan Atau Janda
- G-mie  - Seni Berzaman
- Intan Sarafina - Penantian
- Nora - Sudah Ku Tahu
- Rem - Penawar Rindu
- Shidi - Mengapa Dikenangkan
- Siti Sarah - Joget Sayang Di Sayang
- Zarul - Generasiku
- Zur Eda - Karma

Majlis harijadi Adli ke 4

Assalammualaikum.

Apa kabar semua. Harap semuanya sihat je hari ni. Sambil menaip di sebelah lea ni Adli sedang lena tidur keletihan. Siang tadi buatlah majlis birthday dia. Buat simple je. Nak bagi dia seronok potong kek.

Sebenarnya majlis Adli ni dah 2 kali postpone sebab kesibukan abah yang tiada  sudahnya. Jadinya untuk siang tadi Sabtu 22.10.2016 dah 2 minggu block tarikh abah. Yelah birthday Adli 07.10.2016, 22.10.2016 baru buat. Takpelah Adli ye. Janji ada kek ye Adli. Kek dia minta sendiri nak ada boboboi. Yelah Adli. Umie ikut je sementara kamu kecik lagi ni.

Menu untuk hari itu

Mihun goreng – umie goreng sendiri
Ayam goreng – umie goreng sendiri
Oreo Cheese Cake – umie buat sendiri
Cheesekut Cheese Cake – umie buat sendiri
Sherped Pie – umie buat sendiri
Nasi Impit -      umie rebus sendiri
Kek Birthday – tempah
Kuah Kacang – akak ipar tolong buatkan
Roti jala – tempeh dekat anak buah
Sandwich – tempah dengan jiran
Agar-agar – anak buah bagi
Mini cupcake – borong dekat house of mini
Yang senang-senang je umie buat. Kali ni umie malas betul.

Kami buat kecik je. Buat sedara yang dekat ngan rumah dengan jiran atas, sebelah, depan dan bawah rumah. Tu pun dah sempit sebab rumah kecik.

Persiapan ala kadar. Gantung belon-belon je.

Kek Adli. Sukalah tu dapat boboboi.



Tengoklah Atok, Adli dan Alif malu betul. Tiga-tiga malu betul. Orang nyanyi semua tunduk. Adli tiup lilin pun tunduk. Yag bestnya mas aorang tengah nyanyi Adli tersipu-sipu malu. Hahahah. Lawaklah Adli. Sejak bila malu ni sayang.



Gambar kenangan keluarga kecik kami.



Antara tetamu yang hadir.








Teman rapat dari tahun 2006 lagi. Terima kasih maya sebab datang.
Terima kasih buat semua yang hadir. Mohon maaf di atas segala kekurangan.