MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 26 September 2016

Ke Wetland bawak Atok pulak

Asslammualaikum. Ni cerita minggu lepas. Kita wat makan-makan lagi kat Wetland Putrajaya. Kita picnic diwaktu petang ye.

Lea buat sandwich telur je petang tu. Tak tahu nak masak apa sebab akak ipar dah cakap nak buat mihun.

Ok. Lebihan tepi roti jangan dibuang. Rendamkan dengan susu. Susun dalam bekas muffin. Lebihan telur untuk sandwich letakkkan sekali dan akhirnya taburkan mozarella cheese diatasnya. Macam pizza rasanya. Hahahaha.


Inilah hasilnya

Masing-masing tengah menjamu selera. 

Sesekali bawak ayah buat aktiviti macam ni sambil melihat suasana yang hijau

Ayah bergambar berlatar belakangkan pokok buluh


 Adli dan atok.
Umie pun nak ambik gambar ngan atok

Keluarga kecil kami. Nampak besar betul dah Adli kan.

Sekali lagi atok. Cantik-cantik pulak pokok buluh kat sini.

Suka tengok gambar ni.

Main batu seremban pulak ngan abah.

Pak mertua dan menantu meninjau pokok-pokok buah di kebun. Hahaha

Menara tinjau kat Wetland

 Umie tak larat nak naik. Dok bawah jelah.

Mana Adli mana?

Nak berdukung ngan abang aliff

Ambik gambar kat bawah pulak


Gambar Adli ngan abah di atas Menara Tinjau. Muka Adli tu berani berani takut.




Rabu, 21 September 2016

Adli manja ngan atok

Assalammualaikum.

Lama betul tak menaip di dalam blog ni. Bz ke malas ye? Hahaha
Dua2. Bz ye malas ye juga. Malas nak menaip rasanya.

Oklah. Ayah lea datang dari Kuching 3.09.2016 yang lalu. Baliknya tak tahu lagi. Dia cakap nak beraya haji dengan Adli kat sini. Biarlah kan. Bukan senang orang tua nak dok lama-lama dengan kita.

Adli bila ada atok cukup manja ok. Mandi nak atok mandikan. Baju pun nak atok pakaikan. Mulalah cakap cayang atok dan cium/peluk atok. Mana hati atok tak cairkan Adli. Hehehe.

Gambar kat bawah ni bila disuruh ambik gambar ngan atok. Pandai betul bergaya ambik gambar ye Adli. Macam-macam gaya dibuatnya. Atok pun layan jelah. Dah tu Adli nak semua ambik gambar. Bila semua dah nak bergambar siapa pulak nak ambik gambar kan. Jadinya gunalah automatik punya function. Seronok juga ambik gambar secara automatik ni. Hahahaha.

Jadilah. Ada kenangan kami berempat. Suatu hari nanti gambar nilah akan jadi tatapan kita kan. Adui..bergenang pulak air mata. Bila masa lagi kan kita nak bersama orang tua kita. Lea lagilah dok jauh dengan mereka. Bila mereka datang ni seronoknya lain macam.









Lepas ambik gambar atok ajak minum kedai. Atok teringin nak makan roti nan. Ok. Kita bawa atok kat Cyberjaya jelah. Dekat ngan rumah. Senang. Adli bila ke kedai mamak cukuplah ada papadom. Senyaplah dia. Suka sangat makan papadom ye Adli. Tengoklah tu. sebungkus dia sorang je makan. 



Seronok atok bila dapat makan roti nan yang dihajati. Kalau makan ngan ayam tandoori lagi sedpa kan. Perah limau sikit. Tapi atok tak nak. Cukup ada dhal, sambal ngan kari sikit. Minat betul makan roti nan ye atok.


Jumaat, 9 September 2016

Cantik juga Wetland Putrajaya

Assalammualaikum. Sejurnya Wetland Putrajaya Lea hanya lalu sahaja. Ni pun suami yang ajak pergi sini. Boleh bagi Adli lari-lari dan kuarkan peluh. Pergi pada Ahad 2 minggu lepas kot. Memang sunyi je tempatnya. Adalah pondok-pondok untuk rehat-rehat dan makan-makan.


Nilah bekal kami petang tu. Last minit punya cerita jadinya ada kopok lekor, sosej dengan sandwich je. Suami beli air kotak je.

Dekat sini kalau nak ambik gambar memang cantik. Suka dengan suasana hijaunya. Tengoklah orang tua yang dah macam kanak-kanak ribena kat situ. Orang takde tu yang seronok tu. Suka gambar kat bawah ni tiba-tiba ada budak debab menyelit kat belakang.
Umi dengan ibu Adli
Adli memang seronoklah. Dia boleh berlari, melompat dan berguling-guling kat bukit kecik kat situ. Bila kena gigit semut meraong-raong cakap ulat gigit. Bada je besar ye li, tapi penakut yang amat.Ok...korang layan jelah gambar ye. Hijau mataku. Hahahaha








Khamis, 1 September 2016

Farewell....Selamat Maju Jaya Buat Semua

Assalammualaikum Semua.

Seronok kan cuti semalam. Hari ni kita kerja.

Ok..Ni cerita campur-campur. Ada yang tiga minggu lepas dan ada yang minggu lepas punya cerita.

Ni cerita 3 minggu lepas. Majlis untuk pegawai yang bertukar. Kumpul sekali bagi yang bertukar dari awal tahun sampailah yang terbaru bulan 8. Ada dalam 5-6 orang jugaklah. Ada yang bertukar sebab naik pangkat dan bertukar untuk mencari suasana yang lain.

Inilah mereka yang telah bertukar dan akan bertukar

Teman-teman yang masih setia menanti di pejabat lama

Sedap betul brownies cheese ni.  Memang nak makan ni je pun.

Bersama Hanis dan Baayah. Rindu dengan mereka ni...Takpe demi kemajuan kerjaya pergilah berhijrah.

Ni pulak cerita minggu lepas. Meraikan bos yang akan sambung belajar. Sekejap je kat sini. Tak sampai pun dua tahun. Tapi antara bos terbaik pernah ada. Senang untuk berurusan. Selamat maju jaya bos. 

Sebelah pagi Jumaat lepas majlis diadakan di pejabat. Meriah juga dengan pelbagai jenis makanan yang ada.

Ada sesiapa kenal bos lea ni.

Dapat doorgift dari kelab bahagian. Mug dan tuala kecil dari IKEA .

Hadiah untuk bos.

Terima kasih bos atas tunjuk ajar dan nasihat selama ini

Ayunya kak mon duduk di depan.

Pada sebelah malamnya pulak diadakan majlis di MAEPS. Apa lagi bersteamboat dan bergrilllah kita malam tu. Malam tu boleh bawa keluarga. Bayar sendiri-sendiri ye.

Tengoklah anak bujang lea ni. Pantang nampak kamera dah sekarang. Pandai posing dah. Kadang-kadang geram je tengok. Hahaha.

Malam tu ada cabutan bertuah. Nombor yang Adli pilih ialah nombor 3. Siap cakap kalau dapat hadiah Adli nak ambik . Bila nombor 3 disebut suruhlah dia ambik. Tengoklah tu.. Sibuk je deli ni tau. Paling best...sendiri ikat tipuware IKEA ni sendiri yang dapat ye lea.








Bergambar dengan bos dan keluarga. Adli ngan abah dah masuk kereta sebab Adli sibuk je berlari ke sana sini . Abah dukung terus masuk kereta.