MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 29 Ogos 2016

Masak Lemak Ikan Talang Masin Dengan Nenas

Assalammualaikum semua.

Semalam terajin sikit dok masak Ikan Talang Masin dengan Nenas. Semalam plan asalnya nak buat ayam masak lemak cili padi tapi jadinya ikan talang masak lemak dengan nenas. Lea ni jarang buat masak lemak jadinya terpaksalah google resepi. Kalau bab memasak ni blog inilah yang selalu menjadi rujukan lea. Azie Kitchen. Macam resepi yang ada kat blog ni. Terima kasih tuan punya blog sebab memudahkan mereka yang seperti lea yang kadang kadang ingat ingat lupa resepi untuk memasak



Masak Lemak Ikan Talang Masin Dengan Nenas

10 biji cili padi
2 bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 batang serai - ketuk
1/2 biji nenas - potong kecil
Santan secukupnya
Ikan talang masin - potong

Kisar cili padi, bawang merah dan kunyit hidup.  Tuangkan ke dalam periuk dan dimasak dengan ikan kering sebentar sehingga menggelegak.  

Masukkan santan dan nenas ke dalamnya.  Kacau rata rata sehingga kuah mendidih.
Boleh lah diangkat dan dihidangkan.  Saya tak letak garam dan asam keping kerana ikan sudah masin dan nenas pun sudah masam.


Beriadah di waktu malam bersama Adli

Bila ada masa terluang dihujung minggu, lea suka bawa Adli keluar jalan-jalan macam ni. Kalau tak ke KL, Cyberjaya kami ke Putrajaya je. Duduk lepak-lepak macam ni. Nak bagi Adli lari kuar peluh. Haha. Maknya duduk jelah. Patutnya maknya yang lari-lari kuarkan peluh kan. 

Seronok juga duduk macam ni. Macam-macam gelagat orang yang boleh kita lihat. Adli memang seronoklah berlari sana sini. Bila balik rumah, basahkan badan dia sikit, bagi susu terus lena sampai pagi.


Bersama sepupu-sepupu



Suka betul bila disuruh ambik gambar





Selasa, 23 Ogos 2016

Bila Adli disuruh tidur

Tengoklah gayanya tu. Sebelah mata tutup sebelah mata buka. 
Dia ingat orang tak tengok dia tu. P
andai ye buat-buat tidur.




Jumaat, 19 Ogos 2016

Dekat mana boleh beli lesen?

Cerita pagi tadi bila hantar Adli ke rumah ibu... Adli : umie bawa kereta slowlah. Bagi adli bawa.

Umie : nak bawa sangat,.bawalah.
 (Betul2 dia nak pindah tempat ke seat driver)

Umie: adli x boleh bawa..adli takde lesen.

Adli: lesen tu apa?

Umie: lesen kena ada kalau bawa kereta.Kalau tak polis tangkap.

Adli: ok.petang karang adli bawa abah beli lesen.

Umie: 😅😅

Anak Sarawak ke Anak Perak ni?

Kecelaruan identiti disitu. Hehehe

Bila ditanya Adli orang Sarawak ke Perak?

Dia boleh jawab...

Balik kampung naik kapal terbang Adli anak Sarawak.

Balik kampung naik kereta Adli anak Perak.







Khamis, 18 Ogos 2016

TMJ kongsi kisah cinta pandang pertama



KUALA LUMPUR: "Ia cinta pandang pertama," luah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika menceritakan pertemuan pertama beliau dan isteri, YM Che Puan Khaleeda Bustamam.

Menurut Tunku Ismail, Che Puan Khaleeda tidak mengetahui beliau kerabat diraja ketika mereka bertemu buat pertama kali.

"Ibunya bekerja di bahagian pendidikan kedutaan Malaysia di England dan dibesarkan di sana selama enam tahun.


"Apabila dia (Che Puan Khaleeda) pulang ke Malaysia, dia tidak tahu siapa saya sebab ketika itu saya merupakan salah seorang daripada pemain polo, dan tidak dikelilingi dengan pengawal.

"Kemudian kami berbual dan saya mengambil nombornya," jelas beliau dalam rancangan bual bicaraObviously Harith Iskander di Astro AWANI pada Sabtu.

Tunku Ismail selamat diijabkabul dengan Che Puan Khaleeda di Istana Bukit Serene pada 24 Oktober, 2014. Pada 25 Jun lalu, pasangan diraja itu telah dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Tunku Kalsom Aminah Sofiah.

Tambahnya lagi, keluarganya sentiasa mengingatkan beliau untuk sentiasa merendah diri.

"Saya cuba sedaya upaya untuk merendahkan diri dan akan berkelakuan seperti seorang keluarga diraja apabila perlu. Namun saya memilih untuk bersikap jujur.  Saya suka untuk menjadi diri sendiri," katanya.

Sumber : Astro Awani

Samsung Note 7: Ciri penting perlu diketahui sebelum berhabis wang




PENGGEMAR telefon pintar pastinya mengetahui kehadiran produk terbaharu syarikat teknologi Korea, Samsung yang diperkenalkan kepada khalayak pada Rabu.

Samsung Note 7 mempunyai aplikasi yang anda mahu pada telefon pintar, Android.

Sebelum anda membuat keputusan untuk membelinya, apa kata teliti dulu tujuh ciri penting ini.

TAHUKAH ANDA ...

Samsung Note 7 datang dengan ciri iris scanner, yang bermakna anda boleh unlock telefon hanya menggunakan mata. Ia bagaimanapun masih mempunyai fingerprint scanner yang tentunya berguna kepada mereka yang memakai cermin mata atau kanta lekap.

TAHUKAH ANDA ...

Biarpun menawarkan kamera dengan 12 megapiksel (seperti kebanyakan telefon pintar lain di pasaran), ia tetap mempunyai keistimewaan apabila ciri f/1.7 OIS pada kamera belakang mampu memberi kejutan, selain kelebihan skrin yang besar yang tentu sekali lebih baik untuk mendapatkan gambar dengan frameyang menarik.

TAHUKAH ANDA ...

S Pen pada Note 7 membolehkan anda menulis tanpa perlu membuka (on) skrin, selain membuat fail GIF secara terus daripada video yang sedang dimainkan.

TAHUKAH ANDA ...

Samsung Note 7 diberi rating IP68, yang bermaksud ia boleh berfungsi walaupun terkena hujan lebat atau terjatuh ke dalam air.
TAHUKAH ANDA ...

Samsung mengeluarkan VR Headset khusus untuk Note 7, memandangkan headset untuk siri S dan Note sebelum ini tidak boleh digunakan dengan Note 7.
TAHUKAH ANDA  ...

Dengan kemasan cermin bersimetri penuh dan logam, Note 7 dikatakan telefon pintar yang mempunyai reka bentuk terbaik dan tercantik.

TAHUKAH ANDA...

Menurut laporan, Samsung Note 7 boleh mula didapati di Malaysia 19 Ogos ini dengan harga RM3,199.

Sumber : Astro Awani

Usain Bolt 'buat muka lagi'

Terus terang sebelum ni hanya tau namanya, sukan apa, tapi tak kisha sangatlah. Bila tengok 100 meter final hari tu suka tengok gelagat dia di balapan. Orang lain fokus nak ke garisan penamat dengan muka yang serius dia boleh pulak tersengeh. Rupanya banyak lagi gambar-gambar yang buat lea tersenyum jugalah.

Sumber: Astro Awani


MANUSIA terpantas di dunia sekali lagi menjadi viral.

Jika beberapa hari lepas, sekeping foto dia tersenyum girang ketika menghampiri garisan penamat acara 100 meter kecoh diperkatakan, hari ini foto yang hampir sama juga menjadi topik perbualan.

Mungkin mengambil iktibar dari apa yang berlaku sebelum ini, jurugambar dari pelbagai agensi media seolah-olah sudah mensasarkan untuk mengabadikan detik Usain Bolt menamatkan larian dalam acara separuh akhir 200 meter.






Lee Chong Wei bertemu Lin Dan di separuh akhir


Pasti perlawanan yang akan mendebarkan...Haraplah Chong Wei menang. Lin Dan ni gayanya macam berlagak sangat..

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei akan berdepan musuh tradisinya Lin Dan dari China pada perlawanan perseorangan lelaki peringkat separuh akhir sukan Olimpik 2016.

Chong Wei mara ke separuh akhir setelah menewaskan lawannya dari Taiwan, Chou Tien-chen dalam perlawanan selama 42 minit itu.

Turun ke gelanggang dengan yakin sekali, Chong Wei tidak berdepan sebarang masalah menundukkan Tien-chen dengan straight set 21-9 dan 21-15.

Manakala Lin Dan pula terpaksa bekerja keras untuk menidakkan kemaraan pemain India, K. Srikanth yang berlarutan hingga ke set penentuan.

Biarpun mendahului pada set penentu, kesilapan demi kesilapan dilakukan K. Srikanth menyaksikan harapannya untuk menang dengan Lin Dan berkubur dan tewas 21-

Lin Dan adalah pemenang pingat emas dua Sukan Oimpik yang lalu iaitu di Beijing pada 2008 dan di London pada 2012.

Pertemuan Chong Wei dan Lin Dan dalam peringkat separuh akhir pada Jumaat ini.

Sumber : Astro Awani

Rio 2016: Beregu campuran Liu Ying-Peng Soon raih pingat perak buat Malaysia



KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon berjaya meraih pingat perak kedua buat Malaysia selepas ditewaskan beregu campuran Indonesia dalam straight set, 21-14 dan 21-12 di peringkat akhir yang berlangsung di arena Riocentro, Rio de Janeiro awal pagi Khamis (waktu Malaysia). 

Laluan gandingan negara sememangnya sukar kerana hanya menang sekali daripada sembilan pertemuan dengan juara dunia 2013 itu, termasuk yang terbaru apabila tewas 15-21, 11-21 dalam aksi peringkat kumpulan Sabtu lepas.

"Kami sudah cuba yang terbaik tapi lawan jelas lebih bagus," kata Peng Soon yang turut berterima kasih kepada penyokong terutama isterinya, Cham May May dan keluarganya di Pulau Pinang. 

Dalam set pertama, Peng Soon-Liu Ying sekadar dapat merapatkan mata kedudukan pada 9-11, sebelum gandingan Indonesia itu melebarkan jurang dan menamatkan set itu dengan 14-21.

Cerita sama juga berlaku dalam set kedua apabila pasangan negara memberi harapan seketika pada kedudukan 10-13, sebelum Tontowi-Liliyana memastikan kemenangan yang cukup istimewa untuk kemerdekaan Indonesia ke-71, dengan 12-21, lapor Bernama.

Namun, Peng Soon-Liu Ying yang mencipta sejarah menjadi beregu campuran pertama negara mara ke final, tetap mampu berbangga apabila pulang dengan pingat perak.

"Saya masih tidak percaya dapat bermain di final Olimpik walaupun ini bukan permainan yang terbaik daripada kami.

"Sekarang beregu campuran negara semakin meningkat dan saya percaya untuk Sukan Olimpik akan datang, kita juga boleh mengharapkan sesuatu," kata Liu Ying. 

Malaysia masih berpeluang mencari pingat emas pertama Olimpik menerusi acara beregu lelaki apabila Goh V Shem-Tan Eee Kiong akan beraksi menentang Fu Haifeng and Zhang Nan dari China di final Jumaat ini.

Datuk Lee Chong Wei juga masih pada landasan tepat memenuhi impian emasnya apabila akan berdepan musuh tradisinya dari China, Lin Dan di separuh akhir, juga pada Jumaat.

Peng Soon-Liu Ying mencipta sejarah mara ke final dan kutipan pingat perak mereka menambah kepada perak yang disumbang gandingan terjun, Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong dan gangsa acara keirin oleh Azizulhasni Awang.

Setakat ini, kontinjen negara mencatat kutipan pingat terbanyak dalam sejarah penyertaan di Sukan Olimpik, mengatasi pencapaian 1996 dan 2012 apabila masing-masing mendapat satu perak dan satu gangsa.
Beregu campuran negara itu, yang digandingkan sejak 2009, menampilkan aksi membanggakan untuk mara ke final.

Bagaimanapun, gandingan itu terpaksa dipisahkan seketika apabila Liu Ying menjalani pembedahan di kedua-dua lututnya pada 2014 sebelum kembali bergandingan semula selepas 11 bulan.

Mereka pernah menjuarai Kejohanan Asia pada 2010 sebelum memenangi emas di Sukan Komanwel edisi 2010 dan 2014.

Sumber : Astro Awani 

Taman kecil yang cantik di Cyberjaya

Assalammualaikum semua.

Petang-petang bila free dihujung minggu suka bawa Adli ke taman permainan di Cyberjaya ni. Adli main permainan kat situ umienya pulak suka ambil gambar pemandangan di situ. Tamannya canti juga. Lea suka dengan pokok-pokok buluhnya. Ada kolamnya. Ada perahunya. Ada batu-batunya. Tapi tulah kolamnya macam tak terjaga sikit. Kalau dijaga memang cantik taman ni.

Lokasinya ...berdekatan dengan D'pulze. Bolehlah cari ye.


Gambar dua  kat atas masa pertama kali kami datang

Gambar-gambar di bawah ni masa datang 2 minggu lepas






Rabu, 17 Ogos 2016

Bila Adli ke I-City


Assalammualaikum semua.

Dah lama tak bawa Adli jalan-jalan. Ok..kita bawa ibu jalan-jalan sekali ye. Sekarang semuanya kena bayar dekat I-City. Dulu kawasan taman yang penuh dengan lampu-lampu tu free je masuk. Puaslah bergambar dengan view lampu-lampu.

Bila dah bawa Adli, semuanya dia nak main. Oh ya. Untuk main permainan ni ada kad yang kena kita beli dan semestinya di topup. Dengan Adli topup RM100 pun boleh habis. Satu permainan yang Adli main semuanya RM5/5 point.

Sian dia.Sorang-sorang je dalam tu






Rasa dia tu dha besar sangat


Puaslah dia main. Tu pun dia nangis meraong nak main kereta yang langgar-langgar tu. Mana boleh nak main sebab memang tak buka pun permainan tu malam berkenaan. Memang sampai ke keretalah menangis tersedu sedan.


Dalam perjalanan balik nampak KFC nak KFC, nampak MCD nak MCD dan yang paling syok nampak deretan kedai, nak makan mamak…nak makan mamak. Mamak ko nak makan li?

Selasa, 16 Ogos 2016

SPRM tahan dua Datuk, beku aset bernilai RM13 juta

Yang wajib ada BMW dan AUDI....hmmmm

KUALA LUMPUR: Tiga penjawat awam termasuk seorang Datuk Seri dan Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.


Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata ketiga-tiga individu itu ditahan lebih kurang jam 12 dan 2 petang tadi dalam satu operasi serentak di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.

Menurut beliau, individu terbabit masing-masing berkhidmat di salah satu jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan.

"Susulan penahanan tersebut, akaun milik ketiga-tiga individu berkenaan yang melebihi RM13 juta telah dibekukan, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap yang ditahan.

"Turut disita ialah beberapa kondominium mewah termasuk rumah emper (penthouse), rumah banglo serta  kenderaan mewah antaranya Maserati, BMW dan Audi yang dipercayai hasil rasuah dan penggubahan wang haram," katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Dalam serbuan serentak itu juga, SPRM turut menjumpai wang tunai lebih kurang RM400,000 termasuk mata wang asing serta beberapa utas jam tengah mewah.

Menurut beliau, individu yang ditahan berumur dalam lingkungan 50-an dan dijangka direman di Mahkamah Majisteret di Putrayajaya, Melaka dan Kelantan esok.

Siasatan dibuat mengikut seksyen 17 (a) dan 23 Akta SPRM 2009 serta 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram2001.


Seksyen Akta SPRM 2009 memperuntukkan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 dan lima kali nilai suapan, mana-mana yang lebih tinggi.

Sabit kesalahan mengikut Akta Penggubahan Wang Haram pula membawa hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai hasil haram atau RM5 juta, mana yang lebih tinggi.

Neelofa bakal buka kedai tudung di London

KUALA LUMPUR: NH Prima International Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan jualannya di luar negara kepada RM15 juta pada tahun depan, dengan sokongan pembukaan kedai tidak lama lagi di London.

Pengarah Noor Neelofa Mohd Noor, yang juga seorang pelakon dan pengacara TV, berkata syarikat meraih purata jualan di luar negara sebanyak RM5 juta melalui platform dalam taliannya.

"Saya harap kedai baharu di Chelsea, London, yang akan memulakan perniagaan pada bulan depan, akan meningkatkan lagi jualan kami di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang media oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengenai
'CelebExports' di sini pada Isnin.

Pada masa ini, koleksi tudung Naelofar Hijab dijual dalam talian ke lebih 37 negara termasuk Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Arab Saudi, Norway, Emiriah Arab Bersatu, Singapura dan Brunei.

Noor Neelofa, atau lebih dikenali sebagai Neelofa, berkata pada tahun lepas, syarikat mencatat jualan sebanyak RM50 juta dengan pasaran antarabangsa menyumbang 10 peratus daripada perolehannya.

Diperkenalkan pada September 2014, koleksi tudung sedia dipakai Naelofar Hijab semakin popular dalam kalangan penduduk tempatan.
Noor Neelofa berkata MATRADE memainkan peranan penting dalam perniagaannya termasuk penubuhan kedai pertama syarikat itu di luar Malaysia.

Sumber : Astro Awani

Neelofa bakal buka kedai tudung di London

KUALA LUMPUR: NH Prima International Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan jualannya di luar negara kepada RM15 juta pada tahun depan, dengan sokongan pembukaan kedai tidak lama lagi di London.

Pengarah Noor Neelofa Mohd Noor, yang juga seorang pelakon dan pengacara TV, berkata syarikat meraih purata jualan di luar negara sebanyak RM5 juta melalui platform dalam taliannya.

"Saya harap kedai baharu di Chelsea, London, yang akan memulakan perniagaan pada bulan depan, akan meningkatkan lagi jualan kami di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang media oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengenai
'CelebExports' di sini pada Isnin.

Pada masa ini, koleksi tudung Naelofar Hijab dijual dalam talian ke lebih 37 negara termasuk Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Arab Saudi, Norway, Emiriah Arab Bersatu, Singapura dan Brunei.

Noor Neelofa, atau lebih dikenali sebagai Neelofa, berkata pada tahun lepas, syarikat mencatat jualan sebanyak RM50 juta dengan pasaran antarabangsa menyumbang 10 peratus daripada perolehannya.

Diperkenalkan pada September 2014, koleksi tudung sedia dipakai Naelofar Hijab semakin popular dalam kalangan penduduk tempatan.
Noor Neelofa berkata MATRADE memainkan peranan penting dalam perniagaannya termasuk penubuhan kedai pertama syarikat itu di luar Malaysia.

Sumber : Astro Awani

Beregu Campuran Badminton Negara ke Peringkat akhir



BEREGU campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, mencipta sejarah gemilang apabila memastikan pingat emas atau perak berada dalam genggaman, setelah melangkah ke perlawanan akhir menewaskan seteru mereka dari China, Xu Chen-Ma Jin, 21-12 dan 21-19.



Peng Soon dan Liu Ying, dilihat tidak mengalami kesukaran untuk menewaskan pasangan dari China di set pertama apabila menang mudah 21-12.



Di set kedua menyaksikan Xu Chen dan Ma Jin, tidak memberikan laluan mudah buat beregu campuran negara, apabila meninggalkan mereka dengan mata 6-10 pada seketika.



Peng Soon dan Liu Ying mengorak langkah untuk terus bangkit, apabila mengejar beregu China itu untuk menjadikan kedudukan 10-11.

Kedudukan rapat sehingga menyaksikan ada ketika pasangan beregu itu mengikat satu sama lain dengan mata yang sama.



Peng Soon menyifatkan kejayaan mereka menewaskan pasangan dari China itu hasil persiapan yang rapi.



"Kami sangat teruja. Kami gembira. Kami buat persiapan yang rapi untuk perlawanan separuh akhir ini. Tidak berfikir apa-apa ketika beraksi dan hanya fokus untuk memberikan yang terbaik. 



"Terima kasih kepada jurulatih yang memastikan kami membuat persiapan mental secukupnya, kami banyak berbincang dengan jurulatih sebelum perlawanan. Jurulatih selalu ingatkan sentiasa fokus. Jadi terima kasih banyak-banyak kepada jurulatih," jelas Peng Soon

.

Bagi Liu Ying pula, keputusan yang di ambil untuk menjalani pembedahan lutut dan beraksi di sukan Olimpik Rio adalah berbaloi.



"Sangat berbaloi saya membuat keputusan untuk ke Sukan Olimpik. Walaupun belum pasti pingat apa dalam genggaman, tapi sudah pasti akan ada satu pingat. Kalau sebelum ini beregu campuran jarang untuk melangkah jauh dalam perlawanan besar, kini kami mampu untuk melakar sejarah," tambah Liu Ying.


Gandingan negara akan bertemu pemenang satu lagi separuh akhir antara Zhang Nan-Zhao Yunlei, dari China, dan pasangan Indonesia, Ahmad Tontowi-Liliyana Natsir, esok.

Sumber : Astro Awani

Ahli Rombongan Meminang

Assalammualaikum semua.

Pada 31 Julai lepas kami ke Puncak Alam untuk meminang bagi pihak anak buah suami Along. Tu yang ramai saudara dari kampung datang masa lea buat makan-makan pada hari sebelum.

Oklah kita layan gambar ye.
Ahli rombongan 
Adli dah ngantuk dah. Tidur dekat ibu 

Bila masa pulak suami yang bercakap jadi wakil ni 
 Bakal mak mertua dan bakal menantu

Bergambar kenangan

Barang hantaran sebelah lelaki (ungu)  

 Barang hantaran sebelah perempuan (hijau)


Kami dah nak balik. Lea bertukar seat dengan abang ipar 


Semoga ikatan yang dibina berkekalan sampai alam rumah tangga.