MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 15 Jun 2016

10 Ramadhan

Assalammualaikum semua.

Rindunya nak mencoret sesuatu di sini. Memang lea takda masa nak menaip di sini. Di pejabat sibuk ngan kerja pejabat. Di rumah pulak sibuk dengan kerja-kerja rumahnya dan tempahan kek.

Bagi teman-teman blogger yang ingin menempah kek boleh hubungi lea 010-4008683.  Insyallah anda akan dilayan sebaik mungkin. Alhamdulillah.....Setakat ini sambutan sangat menggalakkan.

Ok..lea tinggalkan korang dengan budak kecik yang sibuk cakap dia nak buat kek. Sibuk tanya umie dan abah apa yang Adli boleh bantu. Hehehe.




Khamis, 2 Jun 2016

Adlicious Kek Lapis Sarawak


Ramai yang dok menanya pasal bisnes kecil-kecil lea ni.  
Ok. Lea tak buat banyak jenis sebab nak jaga kualitinya . Kami juga menyediakan khidmat penghantaran sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Puchong dan Dengkil. 
Kawasan lain sedikit charge akan dikenakan. 
Perkhidmatan Pos Laju juga disediakan.

Apa-apa pertanyaan jalan malu jangan segan.
Hubungilah lea 0104008683


Paling banyak yang ditempah

Cadbury Nutella atau Cadbury sahaja


Masam Manis sentiasa ada peminatnya yang tersendiri



1, 2, 3 peace......

Assalammualaikum semua.

Korang layankan jelah gambar anak bujang lea ni. Masa ni dalam perjalanan balik dari Serikin. Ada sebuah gua kat situ. Adli dan abah je yang turun. Abahnya cakap ingat nak masuk dalam gua melihat-melihat tapi bila dengar bunyi macam gong Cina terus keluar. Dah tu dengar macam muzik cina, Ada yang cakap ada tokong dalam tu. Bergambar kat kaki gua jelah Adli. Macam-macam gayanya tu.