MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 29 April 2016

Dah mula cerita makan minum di Kuching

Assalammualaikum semua...

Ni atok Adli.Adli sayang atok Adli.Atok suka layan Adli main.Atok juga yang belikan mainan untuk Adli.Terima kasih atok.


Semalam umie  masak butterprawn.Sedap umie Adli masak. Udang ni abah belikan .Murah...RM 30 sekilo untuk udang gred A.


Semalam umie ajak abah kuar.Tak tahan dah nak pekena jagung susu katanya. Umie memang suka jagung susu ni.Lagi satu umie suka air white lady.Nama air ni sampai umie pernah tersasul sebut Fair Lady..hihihi.




Khamis, 28 April 2016

Adli sampai kuching dah

Alhamdulillah.

Adli dah sampai Kuching dah. Tadi dalam flight Adli makan nasi lemak. Sedap.... Dah tu Adli tengok cerita upin dan ipin.




Dalam jam 10.10 sampai Kuching. Atok yang ambik tadi. Ingat nak singgah makan mi kolok tapi Adli dah letih sangat. Jam 5 dah bangun. Semangat ni nak balik Kuching.




Tadi alhamdulillah sekejap je urusan ambik beg dan kotak-kotak. Adli mestilah dengan beg purple Adli. Achik2 n aunty2 nak tahu satu kotak penuh ngan roti gardenia. Opah kirim. Macam nak berniaga dah opah.



Ok..inilah sepupu Adli. Dina dan Sofia. Comelkan mereka. Tapi mereka masih takut-takut ngan Adli.

Ok..Adli nak tido dulu. Nanti Adli update bila Adli jalan-jalan

Adli nak balik Kuching

Assalammualaikum

Gambar segar dari ladang. Adli nak balik Kuching pagi ni. Seronoknya. Boleh jumpa atuk, opah, makcu, makngah, dina ngan adik sofia.

Adli bangun awal pagi tadi. Yelah flight awal jam 8++. Abah nak pagi sebab katanya sampai Kuching boleh breakfast terus. Abah…Adli tahu dah mesti nak makan kolok kegemaran dia. Umie pulak mestilah Laksa Sarawak. Adli? Adli suka mi kolok sebab sup dia. Adli kan suka makan yang sup-sup ni.

Sejuk betul KLIA pagi-pagi ni. Tu yang abah bagi Adli pakai baju lengan panjang. Baju baru tau. Abah beli dua hari lepas. Bukan takde baju tapi badan Adli ni ha… membesar dengan cepat dan kuat.


Ok..sampai Kuching nanti Adli update ye.





Rabu, 27 April 2016

Jom makan sate bersama Adli

Assalammualaikum

Apa kabar hari ni.

Adli nak bagi tahu ni. Adli ni suka sangat makan sate. Jadinya minggu lepas abah ada belikan Adli sate. 



Masa abah dan umie ambik Adli, Adli terjumpalah spek hitam abah. Bolehlah Adli pakai. Nampak hensem tak Adli. Hihihi. Abah janji nak belikan untuk Adli tapi takde pun. Ke abah buat-buat lupa takut Adli lagi hensem dari abah.

Nilah sate yang abah beli. Nampak sedap tak? Memang sedap pun.



Ni pulak nasi daging umie beli. Adli tak nak makan sebab rasa sikit daging tu pedas sangat. Tapi ada rasa masam-masam sikit. Umie cakap daging ngan air asam.




Oklah. Adli nak makan sate ni. Hmmmmmm. Sedapnya. Kuah satenya sedap sangat. Pedas-pedas manja je. Itu yang Adli suka.


Achik-achik semua kalau teringin sate bila tengok Adli makan ni silalah beli bila balik kerja ye. Hehehehe.

Selasa, 26 April 2016

Adli teman umie makan mihun sup sedap

Assalammualaikum semua.

Lama betul umie Adli tak bersiaran. Umie Adli sibuk sikit. Ni cerita minggu lepas. Umie Adli ni kan sebenarnya rajin masak. Tapi tak tahulah semenjak minggu lepas sekejap dia masak sekejap dia tak masak. Hehehe.

Jadinya petang tu selepas umie dan abah ambik Adli , umie bawa pusing-pusing tepi lombong. Adli tahu dah...Mesti umie nak makan mihun sup utara. Meman betul jangkaan Adli. Adli tahu umie suka makan mihun sup dekat sini.

Adli tanya abah boleh tak Adli berenang dalam lombong. Tapi abah tak bagi. Abah cakap Adli kecik lagi.

Adli bukannya cepat berputus asa. Adli masih tetap nak pujuk abah. Tak menjadi juga.

Jadinya Adli pasrah jelah.

Umie ni kan suka ambik gambar Adli masa Adli tak redi lagi. Nampak ketiak Adli tu. Malulah umie...

Sedap umie cakap. Umie suka sangat tambah sambal cili yang pedas itu

Air Adli milo ais dan umie teh o ais. Tapi Adli habiskan air umie. Sedap pulak Adli rasa teh o tu

Ni masa dalam kereta. Umie punya kerjalah ni. Suka ambik gambar Adli. Dah tu ambik gambar dekat. Nasib baik takde jerawat lagi. Fuh...Selamat.

Jumaat, 22 April 2016

Ragam 3 beranak bersama jutaan Ringgit Malaysia

Apa perasaan bila melihat jutaan duit ini? 
Wow.....
Dalam hati terus berkata .....
Kalaulah duit ini aku yang punya....
Tapi sayang...Bukan aku yang punya....
Ahmad Albab yang punya.
Hahaha.
Ni adalah perhentian terakhir di Galeri Kanak-kanak di Muzium dan Galeri Bank Negara.
Untuk kanak-kanak tapi orang tuan yang excited lebih.
Ok..layan gambar-gambar k.
Korang tengoklah Adli.
Macam-macam gaya dan macam-macam rupa.








Sasana Kijang

Khamis, 21 April 2016

Kain batik. Ada cara yang betul nak memakainya

Anak-anak dara sekarang kenal ke kain batik? Tahu ke cara memakainya? Aku yang lelaki ni pun tahu kut. Hu hu.
Hari ni aku pergi ke pasaraya Tesco. Nampak akak ni tolak troli dengan anak-anak dia sambil berkain batik dan aku tengak dia digelakkan oleh akak yang jaga kat kaunter.
Aku perasan kain batik yang akak ni pakai bukan sebarangan sebab benangnya nampk halus dan kepala kain serta seni ‘canting’ dia lain dari batik murah.
Masa beratur kat kaunter nak bayar aku tegur dia dan cakap kain batik dia cantik dan lain daripada kain batik mak saya.
Dia cakap kain batik yang dia pakai kain batik peninggalan arwah nenek dia. Secara tidak langsung ia menjadi kain kesayangan dia. Ooo.
Bila aku berlalu keluar dari Tesco aku nampak dia digelakkan oleh adik-adik lelaki yang baru meningkat remaja. Aku pandang muka diaorang. Hurrmmm budak-budak. Apa tahu.
Tindakan adik-adik tu tadi membuatkan terus melirik ke arah ‘kepala kain’ batik akak tu. Hurm betul dah. Berada di belakang punggung akak tu.
Terus membuat saya teringat. Ibu bapa sekarang mana nak ajar anak-anak pakai kain batik. Bagi saya adalah salah ibubapa yang tidak ajar cara pemakaian kain batik dan simboliknya kepada si pemakai.
Arwah nenek ajar – kalau anak dara pakailah kepala kain di tepi. Itu menunjukkan kita adalah anak dara.
Bila dah kawin tukarlah kedudukan kepala kain di belakang kerana itu menunjukkan kita sudah mempunyai suami.
Namun kalau jodoh itu tidak panjang tukarlah kepala kain hadapan supaya orang tahu kita adalah janda.
Cara pemakaian batik ni pun ada dalam Ungkapan Tradisonal Melayu-Riau tulisan Tennas Effendy kalau tak silap.
1. Kepala di belakang – sudah berkahwin

2. Kepala di kanan – anak dara
3. Kepala di kiri – janda

Ada sedikit perbezaan dari apa yang arwah nenek ajar tapi tak pe. Maksudnya tetap sama. Keselesaan berkain batik ni terpulang kepada si pemakai.

Praktik 5 Cara Ini Jika Ingin Jadi Ibu Bijak Berbelanja

Perbelanjaan menguruskan bayi ada kalanya melebihi perbelanjaan ibu bapa sendiri. Hingga ada ibu bapa terutama yang baru menimang cahaya mata pertama gagal mengatur perbelanjaan dengan baik.

Meskipun kehadiran anak dianggap prioriti dalam sesebuah keluarga namun perancangan yang tidak teratur boleh mendatangkan masalah kepada ibu bapa. Ikuti tip berikut sebagai idea perbelanjaan berhemat.

1. Potongan Gaji
Peruntukan 10 peratus daripada gaji anda boleh digunakan untuk membeli keperluan bayi. Pastikan jumlah yang sama diperuntukkan setiap bulan untuk mereka. Lebihan perbelanjaan tersebut boleh disimpan untuk perbelanjaan akan datang.

2. Jualan Murah
Kebanyakan ibu bapa gemar membeli peralatan bayi dan barangan bayi setiap kali ada jualan murah. Tawaran tersebut boleh membuatkan anda rambang mata hingga terdorong berbelanja lebih.
Lebih baik anda kenal pasti apa yang sepatutnya dibeli ketika musim jualan dan sebaliknya. Buat senarai barang yang hendak dibeli lebih baik berbanding membeli tanpa sebarang panduan. Ia dapat menjimatkan banyak wang anda.

3. Yang Perlu
Sebagai pengguna yang bijak, beli barang yang perlu sahaja untuk anak anda. Lagipun, bayi tidak dapat membezakan sama ada barang tersebut murah atau mahal. Pastikan barangan yang dibeli perlu untuk bayi. Paling asas, pastikan peruntukan untuk pakaian, makanan dan perubatan sentiasa ada.

4. Rancang Perbelanjaan
Perbelanjaan untuk menyambut bayi sepatutnya dimulakan sejak bayi berada dalam kandungan. Misalnya beli katil bayi dan kemudian secara beransur-ansur anda boleh beli peralatan yang lain. Jangan terpengaruh dengan corak dan rekaan barangan bayi jika ia tidak penting. Takut nanti bila anak lahir anda langsung tidak menggunakan barangan tersebut. Akhirnya jadi membazir sahaja.

5. Pakaian Bayi
Ramai ibu bapa terlalu seronok menanti kehadiran bayi baru sehingga menghabiskan banyak wang untuk membeli pakaian bayi. Perlu diingat, bayi anda akan terus membesar maka tidak ada gunanya anda berbelanja terlalu banyak untuk pakaian.
Dalam masa beberapa bulan sahaja anda dapat melihat betapa pantasnya si kecil membesar. Beli pakaian yang longgar atau besar supaya anda tidak perlu berbelanja terlalu kerap untuk pakaian bayi. Begitu juga selepas bayi lahir, jangan ghairah membeli banyak pakaian bayi hingga akhirnya ada yang tak sempat dipakai kerana faktor saiz, cuaca dan sebagainya lagi. Itu tak masuk lagi koleksi hadiah pakaian daripada ahli keluarga dan kawan-kawan.
Jadilah ibu yang bijak bukan hanya dalam aspek mendidik anak-anak tetapi juga dari segi mengendalikan kewangan keluarga.

Sumber : Pa & Ma

11 zikir dan doa semasa memasak

Ini adalah 11 zikir dan doa semasa memasak yang boleh diamalkan oleh wanita yang bergelar ibu.

1. Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.

2.Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”

3.Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl  ayat 96  yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”

4.Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.

5.Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud “Musa berkata: "Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya". Mereka berkata: "Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya". Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”

6.Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3  yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.

7.Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah  137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

8.Mulakan dengan bacaan Basmalah. Dan setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.

9.Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.

10.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.

11.Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.

Semoga hidangan makanan yang dimasak sentiasa diberkati oleh Allah SWT di samping suami dan anak-anak yang makan juga mempunyai akhlak terpuji yang menyenangkan hati.
 

KEISTIMEWAAN BUAH DARI SYURGA


Keistimewaan Buah Dari Syurga


Keistimewaan buah delima ialah isi buahnya yang bukan sahaja menarik tetapi sedap untuk dimakan. Tahukah anda bahawa jus delima menghasilkan asid sitrik dan natrium sitrat untuk tujuan farmaseutikal. Ia sebagai persediaan untuk merawat pencernaan yang terganggu dan dianggap bermanfaat bagi penyakit kusta.

Kulit kayu, batang dan akar pula boleh direbus kerana ia mengandungi beberapa alkaloid termasuk isopelletierine yang aktif dan rasa pahit ini mampu mengatasi masalah cacing pita. Sebagaimana tumbuhan bermanfaat lain, andai delima ini diambil secara berlebihan ia akan memudaratkan dan menyebabkan muntah, cirit birit, kabur penglihatan, otot lemah dan lumpuh.

Kandungan tanin yang terdapat pada buah ini membolehkan ekstrak kulit kayu, daun, buah-buahan tidak matang dan kulit buahnya digunakan sebagai astringen untuk menghentikan cirit-birit, dysentery dan pendarahan. Ia juga dikeringkan dan dikisar lumat untuk dijadikan ubat mengubati penyakit bronkitis. Di Mexico pula, bunganya direbus untuk melegakan keradangan mulut dan tekak. Buah delima adalah anugerah yang tidak ternilai manfaatnya dalam kehidupan manusia sejak dahulu hingga kini. Kehadirannya memberi seribu satu nilai dalam pelbagai cangkup kehidupan manusia.

Sumber : Impiana

Rabu, 20 April 2016

Manila, kota yang murtad!

Dari semalam cuba membaca artikel ini. Hari ni baru boleh baca sebab buka semalam asyik error sahaja.

Perkongsian dari laman sosial

Manila, kota yang murtad!
Sungai Pasig yang menyimpan seribu satu sejarah Kota Manila.

BARU-baru ini, penulis menjejakkan kaki buat kali pertama di Manila untuk menghadiri persidangan Publish Asia 2016, acara tahunan Persatuan Penerbit Akhbar dan Berita Seluruh Dunia (WAN-Ifra) Asia Pasifik.

Pertama kali ke Manila dan tanpa sebarang nasihat atau pedoman, penulis berhadapan dengan pengalaman sukar hendak mendapatkan makanan halal di ibu kota Filipina itu terutama pada hari pertama. Hotel Manila, penginapan kami yang juga venue persidangan berlokasi di Teluk Manila, agak terpinggir dari pusat kota.

Untuk itu, kami terpaksa keluar ke Makati dengan teksi bertambang 200 Pesos (RM17) sehala pada waktu biasa. Pada waktu jalan sesak teruk – kesesakan paling teruk di Kuala Lumpur adalah biasa bagi Manila – tambang diminta 400 Pesos (RM34). Ada pemandu yang minta 700 Pesos (RM60) untuk perjalanan sehala sedangkan kalau hendak dikira jarak tidaklah begitu jauh.

Itu hanya untuk mendapatkan makanan halal sedangkan sepanjang waktu siang, kami terperangkap di dalam dewan persidangan dengan makanan yang disediakan oleh penganjur amat dicurigakan status halalnya. Pihak hotel pula hanya menyediakan makanan halal yang boleh dikira meyakinkan pada waktu sarapan.

Itulah situasi di Manila, kota metropolitan yang tidak ramai orang tahu bahawa suatu ketika dahulu adalah sebuah kota Islam. Raja Islam yang terakhir memerintah Manila ialah Raja Soliman @ Sulaiman.  Sebelum itu, Manila diperintah oleh bapa saudaranya yang bernama Raja Matanda dan Lakandula.  

Apabila disebut Islam di Filipina, fikiran kebanyakan kita tertumpu di selatan negara itu, Mindanao dan kepulauan sekitarnya. Tidak ramai yang tahu bahawa sebelum penjajahan Sepanyol, 98 peratus daripada penduduk wilayah kepulauan itu beragama Islam.

Manila, pernah diusahakan untuk jadi ibu kota Islam di Nusantara. Malangnya, penjajahan Sepanyol yang begitu berdendam terhadap orang Islam susulan apa yang berlaku di tanah air mereka, telah ‘memurtadkan’ terus Manila malah seluruh Filipina hingga hari ini.

Yang tinggal Islam daripada 94 juta populasinya sekarang hanya lima peratus!
Bagaimana hilangnya Islam di Andalusia, begitulah juga hilangnya Islam di Filipina.

Arab

Manila, nama asalnya Kota Seludong mendapat nama  daripada  perkataan Arab,  ‘Amanillah’ ataupun ‘Fi amanillah’ yang bermaksud ‘Kota Aman Lindungan ALLAH’.

Raja Sulaiman memerintah di delta Sungai Pasig, bersemayan di tapak asal bandar Manila, tidak jauh dari Hotel Manila sekarang. Selain beliau, bapa saudaranya, Lakandula memerintah kerajaan Tondo yang menguasai muara Sungai Pasig. Meskipun wilayah mereka tidak seluas mana, kedua-duanya memerintah dengan makmur.   
    
Lakandula yang menguasai pelabuhan, membeli semua barangan yang dibawa oleh pedagang terutama dari China dan beliau membayar terus separuh harga untuk setiap barangan itu sebelum menjual semula kepada mereka yang mahu membelinya di wilayah pedalaman dan kepualuan sekitar. Separuh lagi harga dibayar kepada pedagang terbabit apabila mereka datang semula ke Manila setahun kemudiannya.

Raja Sulaiman pula mengambil alih pemerintahan daripada bapa saudaranya, Raja Matanda. Raja Sulaiman adalah raja Islam yang terakhir di Manila. Anak Lakandula, Magat Salamat yang juga putera mahkota, tidak sempat naik takhta ekoran kemasukan Sepanyol.

Wakil Hispanik yang pertama kali menjejak kaki ke Filipina (ketika itu, belum ada nama Filipina) ialah Ferdinand Magellan yang mendarat di Pulau Cebu pada 16 Mac 1521. Cebu ketika itu diperintah oleh Raja Humabon. Pembantu Magellan ketika di Cebu ialah Panglima Awang, seorang anak muda Melayu yang ditawannya di Melaka. Magellan berasal dari Portugal namun dalam misinya di Nusantara, beliau mewakili Sepanyol.

Disebabkan bahasa Melayu hampir sama dengan bahasa tempatan, Awang diminta jadi penterjemah kepada Magellan.

Dengan pengaruh Magellan, Raja Humabon bersama pengikutnya bersetuju untuk tukar agama. Mereka jadi kumpulan yang pertama murtad di Filipina lalu digelar oleh Magellan sebagai ‘Warga Tuhan Sepanyol’. Persetujuan Raja Humabon adalah disebabkan janji Magellan untuk membantunya memerangi pemberontak Mactan yang diketuai Lapu Lapu.

Buluh

Magellan bersama 60 anggota delegasinya menyerang Lapu Lapu dengan senapang, meriam dan segala jenis senjata besi. Lapu Lapu bersama 1,500 pahlawan Mactan pula hanya bersenjata buluh runcing dan panah beracun. Magellan terkena panah beracun dan temui ajalnya di situ manakala pengikutnya lari lintang pukang balik ke kapal. Panglima Awang juga turut tercedera.

Usaha Sepanyol dalam misi Gold, Glory and Gospel diketuai oleh Magellan tidak begitu berjaya. Bagaimanapun mereka telah dapat menanam benih Kristianisasi dengan murtadnya Raja Humabon dan pengikutnya.

Sejak itu, beberapa lagi misi dihantar ke Filipina hinggalah ia mula memberi kesan melalui pertapakan Miguel Lopez de Legazpi di Cebu pada 1565. Cebu yang telah dikristiankan menerusi pemurtadan Raja Humabon yang sudah pun mempunyai nama baharu, Carlos (bersempena dengan nama Raja Sepanyol) menyambut baik kehadiran de Legazpi.

Sejak itu, Cebu menjadi pusat pemerintahan penjajah Sepanyol. Nama Filipina juga mula digunakan, iaitu ‘Islas de las Felipina’ yang mengambil nama raja muda Sepanyol, Felipe.

de Legazpi bagaimanapun tetap tidak berpuas hati kerana belum menguasai Manila yang didengarinya lebih strategik untuk dijadikan pusat pemerintahan.  Beliau mengatur rancangan untuk menyerang Manila dan menghantar Martin de Goiti dan Juan de Salcedo sebagai utusan untuk rundingan ‘persahabatan’ dengan Raja Sulaiman. Pada mulanya, mereka disambut baik, namun apabila menyedari muslihat Sepanyol, Raja Sulaiman enggan menyerah kalah lalu berlaku pertempuran pada 1570.

Pertempuran demi pertempuran terus meletus hingga 1574, yang akhirnya menyaksikan ketewasan di pihak Raja Sulaiman yang dibantu oleh bapa saudaranya, Lakandula. Raja Sulaiman juga dibantu oleh seorang lagi pemerintah Islam bernama Tarik Sulaiman dari Macabebe dalam Perang Bangkusay.

Bagaimanapun kecanggihan senjata Sepanyol tidak dapat ditandingi.

Setelah kekalahan Raja Sulaiman, penjajah Sepanyol terus memperlihatkan dendam kesumat mereka yang begitu membara. Mereka meruntuhkan tapak kerajaan Raja Sulaiman di bandar Manila lalu mendirikan kota di sekeliling ibu pejabat mereka yang diberi nama Fort Santiago.

Kawasan di dalam kota itu dikenali sebagai Intramuros yang jadi tumpuan pelancong hingga hari ini.

Ada riwayat menyebut, Lakandula selepas itu mengambil tindakan berkompromi dengan penjajah, dan telah murtad bersama keluarganya. Beliau menukar nama kepada Don Carlos Lacandola. Dalam rekod sejarah Sepanyol, Lakandula dianggap seorang pemerintah yang bijak kerana memilih untuk berdamai dan keluarga serta keturunannya diberikan beberapa keistimewaan oleh penjajah.

Ada disebutkan bahawa beberapa nama besar Filipina hari ini termasuk bekas Presiden Diosdado Macapagal dan anaknya yang juga bekas Presiden, Gloria Macapagal Arroyo adalah daripada keturunan Lakandula. Keturunannya yang lain termasuk dua bekas presiden Senat, Jovito Salonga dan Gil Puyat; selebriti antarabangsa, Lea Salonga dan tokoh perniagaan, Gonzalo Puyat.

Sementara Raja Matanda pula ketika terlantar sakit dikatakan telah minta untuk dibaptiskan. Yang kekal Islam hingga menemui syahid dalam peperangan menentang penjajah, adalah Raja Sulaiman, seorang penganut Islam yang taat daripada aliran Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Sama ada cerita kemurtadan raja-raja Manila ini benar ataupun sekadar propaganda penjajah, tidak dapat dipastikan. Apa yang pasti lebih 90 peratus penduduk Filipina hari ini beragama Katholik, agama yang dibawa oleh Sepanyol dan mereka adalah daripada keturunan nenek moyang yang beragama Islam.

Keadaan telah berubah begitu drastik hingga untuk mendapat makanan halal pun begitu sukar di Manila!

Bukanlah tidak ada orang Islam di Manila, masjid pun ada namun bilangan mereka adalah sangat sedikit berbanding keseluruhan populasi. Kebanyakannya bertumpu di Quiapo District, dan apa yang menyedihkan ialah dari sudut sejarahnya. Hilangnya Islam di Manila (dan hampir seluruh Filipina) adalah kerana pemurtadan nenek moyang mereka!

Sejak era Christopher Columbus yang tersesat ke Amerika dalam pelayaran ke India, setiap orang tempatan yang ditemui digelar Indian. Di Filipina, penjajah Sepanyol menggelar penduduk tempatan yang telah dikristiankan sebagai Indios manakala penduduk di kepulauan selatan (Mindanao dan lain-lain) yang beragama Islam sebagai Moro. Ini adalah berkaitan dengan pengalaman mereka di Sepanyol yang mana orang Islam digelar ‘Moor’ sebagai gelaran penghinaan.

Sulu

Selepas menguasai Manila dan sebahagian besar wilayah Filipina, Sepanyol cuba untuk mara ke selatan. Bagaimanapun mereka menghadapi tentangan sengit daripada penduduk di sana. Sepanyol tidak pernah berjaya menjajah wilayah selatan Filipina.  Orang Suluk atau Tausug di selatan Filipina sejak abad ke 14 lagi sudah mempunyai empayar kesultanan yang kuat.

Dengan sejarah gemilang sebagai pemilik empayar Sulu, sukar bagi Sepanyol untuk  menewaskan mereka, tidak seperti di utara. Bagaimanapun Sepanyol menggunakan jalan selamat untuk tidak menggunakan orangnya sendiri di barisan hadapan sebaliknya menghantar penduduk Filipina sendiri yang telah dikristiankan untuk memerangi saudara mereka yang masih Islam.

Ini terus berlaku hinggalah kekuasaan bertukar tangan. Pada 1898, pengakhiran Perang Sepanyol – Amerika Syarikat telah membawa Amerika sebagai penjajah baharu Filipina.

Penduduk selatan Filipina cuba untuk mendapatkan kemerdekaan bagi wilayah mereka yang tidak pernah dijajah oleh Sepanyol namun tidak diendahkan oleh Amerika Syarikat.

Ternyata Amerika mendapat kekuasaan ke atas wilayah itu dengan muslihat. Ini kerana berdasarkan rekod yang ia tidak pernah dijajah oleh Sepanyol, mana mungkin Sepanyol menyerahkan begitu sahaja wilayah tersebut kepada Amerika Syarikat sedangkan Sepanyol sendiri tidak mempunyai kuasa di situ.

Bagaimanapun, keadaan sudah tidak berupaya untuk diperbaiki lagi. Kekallah wilayah selatan Filipina di bawah pentadbiran Amerika Syarikat melalui ‘penjajahan di atas kertas’ hingga 1946 (tahun Filipina mendapat kemerdekaan) yang kemudian disambung dengan pemerintahan kerajaan Pusat oleh anak watan dari Manila.

Apa pun, nasib penduduk selatan terutama di Mindanao tidak pernah berubah. Mereka dipinggirkan dari arus pembangunan dengan persengketaan yang berterusan, yang bermula sejak zaman penjajahan Sepanyol yang telah mencetuskan konflik agama antara selatan dengan utara.

Mengikut rekod, penjajah sememangnya pernah cuba mengkristiankan selatan Filipina hingga seorang Sultan Sulu, Sultan Azimuddin @ Alimuddin I pernah dibaptiskan di Manila pada 1750. Beliau menukar nama kepada Don Fernando de Alimuddin, The Christian Sultan of Jolo.
 
Berdasarkan undang-undang kesultanan Sulu yang ketat, hak beliau dan keturunannya gugur secara automatik apabila meninggalkan Islam. Sultan yang murtad itu malah telahpun memberikan kebenaran kepada mubaligh Kristian untuk menyebarkan agama mereka di wilayahnya.  

Lantaran itu, berlaku perbalahan antara beliau dengan kerabat diraja yang lain hingga akhirnya, Raja Muda Bantilan dilantik menggantikan Sultan Alimuddin I dengan gelaran Sultan Bantilan Muizuddin.

Dengan itu, gagallah usaha untuk mengkristiankan selatan Filipina sebagaimana yang telah dilakukan dengan jayanya oleh penjajah Sepanyol di kepulauan utara.

Sultan yang terbuang akibat murtad itu bersama keluarga dan pengikutnya berhijrah ke Zamboanga, kemudian ke Manila dan diberi sambutan mesra oleh Sepanyol.

Ada maklumat mengatakan, beliau kemudiannya kembali semula ke Sulu dan bertaubat, namun kesahihan maklumat itu tidak dapat dipastikan.

Ganas

Ironinya, kedudukan umat Islam di Filipina hari ini amat menyedihkan. Mereka bukan sahaja telah bertukar daripada majoriti menjadi minoriti malahan diperangi dan dianggap pengganas oleh dunia.

Memang benar ada segelintir daripada mereka yang beraksi sebagai pengganas namun siapakah yang meletakkan mereka dalam kancah ketidakadilan hingga terpaksa jadi begitu?

Meskipun negara telah mencapai kemerdekaan, hak mereka sebagai pribumi terus menerus dipinggirkan. Ruang untuk mereka berekonomi secara selesa dinafikan sehingga mencetus berbagai-bagai masalah sosial.

Setelah keluarnya penjajah asing, mereka tetap juga diberi kan ayanan yang tidak adil dalam pemerintahan oleh anak bangsa. Ini dilakukan atas dasar perbezaan agama.
Itulah dilemanya!

Penduduk selatan yang digelar Bangsamoro ini boleh dianggap mangsa keadaan setelah nenek moyang mereka memilih untuk kekal dalam Islam dan beriman, tidak sebagaimana saudara mereka di Cebu, Luzon atau di mana-mana wilayah Filipina yang lain.
 
Mereka boleh sahaja memilih untuk hidup senang, aman dan kaya raya dalam arus perdana negara jika sanggup untuk murtad dan bersekongkol dengan penjajah yang telah merampas negara, hasil mahsyul malah agama nenek moyang mereka.   Siapa yang sebenarnya mencetuskan keganasan?
 
Itulah ceritanya 'keadilan' dunia yang berlaku di Filipina!

Hampir pasti MH370

Serpihan dari Mozambique hampir pasti MH370
Serpihan yang dijumpai di Mozambique. –Foto AFP
KUALA LUMPUR - Dua serpihan yang ditemukan di Mozambique hampir pasti berasal dari MH370, menurut Laporan Pemeriksaan Teknikal yang dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Australia Darren Chester berkata laporan itu menunjukkan kedua-dua serpihan adalah daripada sayap pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang itu.    

"Penstensilan pada kedua-dua bahagian serpihan memberikan penyiasat bukti hubung kait.  Fon dan warna pada nombor yang distensilkan pada bahagian pertama menyamai apa yang dibangunkan dan digunakan oleh Malaysia Airlines.  

Bahagian kedua mengandungi perkataan 'No Step' dengan penstensilan konsisten dengan yang digunakan Malaysia Airlines dan sebuah pengikat yang dipasang pada bahagian itu membuktikan hubung kait serpihan berkenaan dengan talian pengeluaran pesawat itu," kata beliau dalam satu kenyataan media di dalam laman sesawang kementerian itu hari ini.

"Saya berterima kasih dengan pasukan daripada ATSB, Geoscience Autralia, Boeing dan Australian National University di atas tugas mereka," katanya.  

Chester berkata pencarian pesawat hilang itu diteruskan di 20,000 km persegi terakhir.
Beliau berkata kapal China Dong Hai Jiu 101 yang terlibat dalam pencarian akan digerakkan semula ke kawasan itu selepas penemuan semula peralatan sonar yang hilang dalam pencarian sebelum ini.

"Pada 21 Mac kegagalan penyambung kabel penunda mengakibatkan kehilangan  peralatan sonar daripada Dong Hai Jiu 101," katanya.

Chester berkata beliau merasa gembira kerana peralatan sonar itu telah berjaya dikeluarkan dari dasar lautan.

"Ia akan diperiksa dan diuji sebelum kapal itu kembali ke kawasan pencarian," katanya.
Kedua-dua serpihan itu ditemukan berasingan di Mozambique pada Disember tahun lepas dan Februari tahun ini.

Pesawat malang yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang dari imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014.
Pada masa ini, usaha mencari dilakukan di selatan Lautan Hindi yang mana laluan penerbangan MH370 dipercayai berakhir.

Sumber : Sinar Harian


Cerita kedai mamak



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata menerusi siasatan yang dibuat, pemilik sebuah restoran di Kuala Lumpur mengaku berlaku kesilapan apabila pekerjanya mengenakan caj RM10 bagi pendingin hawa kepada pelanggan.
Beliau berkata pemilik restoran di Bangsar itu mengenakan caj tersebut kepada pelanggan yang menempah bilik makan untuk acara tertentu atau yang inginkan privasi dan caj tersebut telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pelanggan.
"Sesetengah restoran ada caj seperti itu bagi pelanggan yang menempah bilik untuk acara tertentu dan ia tidak menyalahi peraturan jika caj tersebut dimaklumkan kepada pelanggan.
"Cuma dalam kes ini kita tidak dapat pastikan sama ada pelanggan terbabit makan di dalam bilik atau di luar bilik kerana kita tidak dapat berjumpa dengannya," katanya kepada pemberita ketika merasmikan Sambutan Hari Penguatkuasa KPDKK Ke-44 di Putrajaya hari ini.
Isu tersebut menjadi viral dan dikecam ramai apabila gambar resit yang bertarikh 15 April yang tertera caj RM10 tersebut disebarkan pelanggan di media sosial.
Sementara itu Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin berkata restoran mamak tersebut turut disiasat kerana mengenakan bayaran makanan yang berlainan daripada harga yang tertera pada papan tanda harga.
"Contohnya sup maggie pada menu RM6.50, tetapi pengguna kena bayar RM6.90, harga mi hailam RM6.50, tetapi pelanggan bayar RM7.50," katanya.
Beliau berkata restoran itu boleh disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 atau Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana mengenakan caj lebih tinggi daripada harga yang tertera pada menu atau papan harga.

Sumber : Malaysiakini

Hapuskan kutu rambut dan telurnya


(*)Mungkin bagi mereka yang mempunyai masalah kutu rambut, ia amat menyeksakan hidup. Kepala terasa tidak selesa sama sekali sehinggakan pergi ke mana saja akan tetap menggaru kepala. Buruk dipandang tetapi itulah yang dapat melegakan kegatalan yang dirasa.

(*)Jangkitan kutu rambut sering berlaku dan mudah berjangkit terutamanya di kalangan kanak-kanak pra-sekolah dan sekolah rendah. Tetapi orang dewasa pun boleh terkena serangan kutu rambut.

(*)Bagi mereka yang berhijab pastinya lebih sukar kerana parasit ini lebih mudah membiak di tempat tertutup. Terkepung dengan tudung tatkala rambut masih lembap mengaktifkan lagi pembiakannya. Menggaru kepala biasanya boleh menimbulkan masalah baru iaitu kulit kepala terluka dan akan mengalami iritasi kulit. Lebih teruk apabila wujud kelemumur.

(*)Kutu rambut adalah parasit yang hidup di celah-celah rambut dan makan sejumlah kecil darah pada kulit kepala. Gigitannya menyebabkan rasa gatal disebabkan muntahan air liur kutu rambut yang terkena pada kulit kepala.

(*)Kekerapan menggaru kulit kepala yang gatal boleh melukakan kulit dan mungkin boleh menyebabkan jangkitan. Secara umumnya, kutu rambut tidak bahaya atau menyebarkan penyakit. Walaupun kutu rambut ini kecil tetapi ia boleh dilihat jika anda teliti membelai helai rambut.



Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kutu Rambut

(*)Telur kutu rambut mengambil masa 7-10 hari untuk menetas.
(*)Telur kutu rambut kecil dan berwarna kuning, kuning pekat atau perang sebelum ia menetas.
(*)Anak kutu rambut yang menetas berwarna jernih dan akan berada pada akar rambut, iaitu dekat permukaan kulit. Ini berikutan suhu di kawasan itu tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.
(*)Kutu rambut berupaya menghisap darah antara empat hingga enam jam sekali.
(*)Disebabkan warnanya yang jernih, sekali imbas, anak kutu rambut kelihatan seperti kelemumur.
(*)Seekor kutu rambut dewasa boleh menghasilkan sehingga 10 telur dalam sehari.
(*)Jangka hayat kutu rambut dewasa adalah kira-kira 3 – 4 minggu.
(*)Kutu rambut dewasa memiliki enam kaki, tidak bersayap dan berukuran dua hingga empat milimeter panjang dan berwarna perang gelap, tetapi akan berwarna lebih gelap pada rambut yang hitam.
(*)Dalam tempoh itu kutu rambut betina boleh bertelur antara 3 hingga 10 telur setiap hari. Ada juga kutu rambut betina yang boleh bertelur sehingga 5,000 biji telur sepanjang hidupnya.

(*)Kutu rambut boleh merebak dengan cepat daripada seorang ke seorang yang lain terutama dalam kumpulan (kawan sekolah atau rakan di nurseri.) Walaupun tidak boleh terbang atau melompat, ia memiliki penyepit yang membolehkannya merayap ke kawasan berambut yang lain. Ia merebak melalui (head to head contact) dan begitu juga berkongsi pakaian, sikat, cadar dan topi.

(*)Kutu rambut lebih suka berada pada kanak-kanak berbanding orang dewasa. Ia lebih gemar berada di celah-celah rambut panjang berbanding rambut pendek. Justeru, lazimnya kutu rambut lebih suka rambut kanak-kanak perempuan.



(*)Biarpun begitu, kanak-kanak lelaki juga boleh menghadapi masalah kutu rambut kerana kutu rambut adalah masalah kanak-kanak yang berusia antara 3 hingga 12 tahun.

Apakah tanda-tanda jangkitan kutu rambut ?

(*)Gatal kulit kepala.
(*)Terasa seperti ada benda merayap di kulit kepala.
(*)Rasa tidak selesa.
(*)Kulit kepala terasa panas.
(*)Sering menggaru kepala, meragam (terutamanya kanak-kanak).
(*)Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga. Tanda-tanda bengkak terlihat di belakang telinga.
(*)Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil. Ia nampak bersinar dan berwarna putih. Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi tidak mudah dikeluarkan.
(*)Sebenarnya apakah penyebab kutu rambut itu membiak? Salah satu faktor terbesar adalah sikap malas merawat rambut selain berjangkit daripada orang lain. Kutu rambut menyukai rambut yang kotor selain seseorang itu mempunyai ‘hygiene’ yang kurang bersih.

Kutu rambut mudah berjangkit secara langsung dari kepala melalui:

(*)Sikat
(*)Perhiasan rambut
(*)Tuala
(*)Topi
(*)Tudung kepala


Bagaimana merawat jangkitan kutu rambut ?

(*)Gunakan syampu anti-kutu untuk membunuh kutu rambut dan (mungkin) telur kutu rambut.
(*)Selepas itu gunakan sikat kutu untuk mengeluarkan kutu rambut dan telur kutu rambut.
(*)Periksa rambut setiap hari untuk membuang telur kutu rambut (‘cari dan buang’).
(*)Tukar dan cuci pakaian, cadar, sarung bantal, alat permainan serta sikat yang digunakan semasa jangkitan berlaku menggunakan air panas dan keringkan dalam mesin pengering sekurang – kurangnya 20 minit.
(*)Bersihkan dengan pembersih hampagas karpet dan perabot anda (di rumah atau kereta).
(*)Oleh kerana kutu rambut mudah berjangkit dari seorang ke seorang dalam rumah yang sama, ahli rumah juga perlu dirawat untuk mengelak daripada kutu rambut hadir semula.


Perkara Yang Perlu Anda Ingat:

(*)Jangan gunakan alat pengering rambut pada rambut anak anda selepas menyapu atau mengenakan sebarang rawatan kulit kepala kerana sesetengahnya mengandungi bahan boleh terbakar.
(*)Jangan gunakan bilasan krim atau kombinasi syampu atau perapi sebelum memletakkan ubat kutu.
(*)Jangan basuh rambut anak anda selama satu atau dua hari selepas menggunakan rawatan berubat.
(*)Jangan gunakan ubat yang sama lebih dari tiga kali ke atas orang yang sama. Sekiranya ia tidak berkesan, doktor anda akan menyarankan ubat lain.
(*)Jangan gunakan lebih dari satu ubat kutu pada masa yang sama.

Petua Mengatasi Kutu Rambut Ialah:


Menggunakan bawang merah

(*)Cara pertama yang boleh anda cuba ialah dengan menggunakan bawang merah. Sapu bawang merah yang sudah dihaluskan pada kepala anda, lakukan pula urutan secara perlahan. Sekurang-kurangnya anda memerlukan lima ulas bawang merah. Selepas itu biarkan selama setengah jam lalu bersihkan rambut dengan menggunakan syampu.


Limau nipis dan minyak kayu putih

(*)Langkah pertama iaitu campurkan air perahan jeruk nipis dengan empat sudu makan minyak kayu putih. Selepas kedua bahan tersebut digaul rata kemudian sapukan pada kulit kepala serta rambut. Biarkan selama dua  jam, dan kemudian cuci dengan syampu agar rambut bersih.


Minyak Kelapa

(*)Sapukan minyak kelapa secukupnya pada kulit kepala serta rambut anda, selepas itu tutuplah rambut anda menggunakan ‘shower-cap’ atau plastik topi mandi. Biarkan selama enam jam selepas itu baru menggunakan syampu seperti biasa.



Cuka Putih

(*)Telur kutu rambut dapat dilepaskan dengan mudah menggunakan cuka putih. Selain itu bahan semula jadi yang satu ini juga mampu menggagalkan penetasan. Cara menggunakannya ialah menyapukan cuka putih secukupnya pada kulit kepala serta rambut anda. Selepas itu biarkan selama dua jam dan cuci rambut dengan menggunakan syampu.


Sikat bergigi rapat atau sikat kutu

(*)Sikat ini merupakan salah satu alat yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan kutu serta telurnya. Anda boleh mendapatkan sikat kutu ini di kedai-kedai peralatan rambut atau aksesori rambut. Namun sebelum dan sesudah menggunakannya pastikan dalam keadaan bersih, jangan sampai ada kutu yang tertinggal di sikat tersebut.


Ubat Yang Boleh Dibeli Dari Farmasi:

(*)Crotamiton
(*)Benzene hexachloride
(*)Malathion