MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 31 Mac 2016

Ingin glamour seperti Che Ta? Jom ke Preloved Che Ta

Assalammualaikum semua.


Ni tengah demam preloved ni. Sebelum ni Siti Nurhaliza, ni pulak Rozita Che Wan. Telah diwujudkan akaun intagram @prelovedbyrcw . Selain dari baju Rozita Che Wan yang glamour-glamour tu, ada juga kasut dan pakaian si comel Aishah anak Che Ta yang comel itu. Beg dan kasut Che Ta juga ada ye. Tapi kan saiz Che Ta ni kecik benar. XS tu….Memang pandai jaga badanlah dia kan. Orangnya pun lawa kebabom.





Ingin bergaya seperti Siti Nurhaliza ? Jom ke Preloved Siti Nurhaliza

Assalammualaikum semua.

Berita baik untuk peminat Dato’ Siti Nurhaliza !!!


Dato’ Siti telah membuka satu akaun Instagram bagi peminat membeli koleksi pakaian beliau. Akaun tersebut ialah @prelovedctdk11. Harga sudah pasti murah dari harga yang Dato’ Siti tempah. Saiznya antara S-L. Bagi yang saiz badan kecik-kecik je ni. Semuanya dari designer terkenal. Jom lihat antara koleksinya.






Segmen Bersama Jamu Mak Darot - COLGATE


Walaupun ada 30 jenama di pasaran tapi kami tetap memanggilnya colgate


Kenyataan Bukan.

Darlie,  Sensodyne, Mu'min, Safi dan macam-macam lagi. 

Sekadar menyebut beberapa nama tetapi colgate juga yang 

dapat nama.

Adli tahu dah.....

Assalammualaikum.
Selamat pagi semua.

Adli sekarang, dia sendiri dah tahu dah bila masa yang dia perlu potong rambut. Mungkin dia rasa tak selesa kot. Hari Isnin tu bawalah dia potong rambut. Bukan main suka dia.

Awat masamnya muka Adli. Tak payah abah nak pegang-pegang dah.

Senyap je kena potong rambut. Dulu kena ada drama dulu.

Siap dah. Pendek dah rambut Adli tapi akal makin panjang

Boleh nampak benda tersembunyi?
Tengah tunggu abah bergunting rmabut.

Rabu, 30 Mac 2016

TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA.

Perkongsian dari Facebook

Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni :

1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu.

3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.

5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.

6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.

7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.

8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.

9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.

10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.

Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.

Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima?

Resepi ayam goreng rangup korea


Ada yang bertanya resepi ayam goreng ni macam mana. Lea ikut 100% kat video ni kecuali yang tak halal tu lea tak masukkanlah. Ubahsuai mengikut keadaan. Alhamdulillah menjadi. Lea buat dengan drummet ayam.


Ni lea punya version pulak

Kredit Maangchi

3 minit nikah terus jadi janda

Macam-macam kan. Kerana wang hantaran. Tak sempat mengecapi nikmat perkahwinan sebenar.

Bila dapur kak Mon berasap

Lama dah tak masukkan gambar masak-masak dalam blog ni.

Butter Prawn katanya. Di saat rajin menjadilah butter prawn ni. Suami cakap sedap. Oklah tu kan. Bagi lea pulak seronok sangat sebab percubaan kali kedua ni sangat-sangat berjaya. 


Kuew teow telur banyak namanya.
Entah apa yang dimimpi dok mendada telur untuk hiasan sampai 3 bijik. hahaha. Potong jelah kecik2 letak atas kuew teow ni.


Cucur manis dengan sambal tumis. Cucur ada sedikit keras disitu. Tapi habis juga sebab adanya sambal tumis ku itu.


Ayam goreng ala korea katanya..Hahaha. Pengaruh Running Man sangat. Tapi serius ayamnya still rangup walaupun dah digoreng kali kedua dengan madu, rempah semua.


Sayur bayam tumis air. Adli suka tang airnya. Boleh gitu. Nasi ngan kuah bayam ni dah boleh buat dia makan sepinggan nasi.


Bekal nasi dan ikan kari. Sedap makan sorang-sorang dalam bilik yang snagat sejuk. Hahaha


Orang nak buat ayam bali lea pun nak buat. Suami cakap sedap. Lea paling suka part masukkan daun kari dan serai. Aduh...sedap betul baunya.


Bekal 3 beranak. Nasi goreng, telur gulung dengan ayam goreng.


Bekal nais goreng, dim sum ngan che mek molek. Che Mek molek buat buat ye. Lea beli yang frozen


Pucuk manis ni memang lea minat. Kalau masak lemak dengan labu lagi sedap kan.


Bekal suami yang tengah berdiet. Ayam panggang , lobak dengan dimsum


Suami juga punya bekal. Telur rebus, ikan dori grill dengan salad macam-macam sayur.


Bekal umie chicken wing bakar, telur rebus dengan  salad macam-macam sayur. Terpaksa ikut abah. Malas nak masak banyak kali


Makaroni goreng. Ni Adli yang minat. 

Comel Ke Opah Upin Dan Ipin ?

Assalammualaikum semua.

Hujung minggu jangalah sesekali dok tukar chanel tv dan terbuka cerita Upin Ipin. Memang sampai ke sudahlah nengok Upin Ipinlah kita. Tu yang terjadi dekat lea minggu lepas. Tertukar chanel je Upin Ipin. Sabar jelah. Adli bila dapat Upin Ipin memang tak buat benda lain.





Tapi bila Upin Ipin dah habis, Adli masuk bilik tiba-tiba kepala berbungkus. Soalan Adli dekat lea.

Umie, comel tak opah Upin Ipin?

Nak marah ada, geram pun ada. Lastnya lea gelak. 

Lea jawab....

Tak comellah. Opah Upin Ipin perempuan. Adli lelaki. Mana boleh bungkus-bungkus macam ni. Dah bukak. Tak comel.

Adli jawab..

Yelah umie. Adli buka. Tak comel ye umie? Ok.....




Baju pun pakai Upin Ipin.

Comel ke Opah Upin Ipin ni?

Selasa, 29 Mac 2016

Belanja kahwin bagi yang bujang.


Baru-baru ni kan ada kes pergaduhan pasal duit hantaran. Tak tahulah nak kata apa. Dalam membuat majlis perkahwinan kena ukur baju di badan sendiri dari segala segi pun termasuklah wang hantaran. Yang penting kehidupan lepas berkahwin kan. Kalau tengok gambar di atas mana yang bujang pasti fikir banyak kali untuk berkahwin. Lagilah dengan segala kos yang naik sekarang kan.

Lesung batu terkini


Boleh ikut ni kalau takut terpercik cili kan. Kreatif betul orang ni.

Kisah roti telur

Assalammualaikum semua.

Ni ceritanya abah si Adli.

Semalam dia keluar ada perjumpaan persatuan dan memang tahulah dia akan balik lewat. Adli pulak semalam request sesuatu yang lain untuk bekal hari ini.

Adli  :       Umie, esok Adli nak bekal roti, telur goreng masuk
dalam roti letak sos.

Roti memang takde dalam simpanan, telur pun dah habis. Umie sms abah. Ini sms umie.

Beli roti, telur sebab anak nak bekal roti telur goreng esok.

Abah balik dalam jam 12.45 dekat-dekat nak jam 1. Dok kejutkan umie siap cakap abang belikan roti telur. Umie jawablah. Letak je kat dapur esok umie buat. Dia cakap tak payah masak abah dah beli panas-panas lagi.

Hah!! Umie terkejut terus bangun. Rupanya dia beli roti telur. Adui…Dah tu paksa umie makan sebab dia dah salah beli. Dah tu tanya telur kenapa pulak beli. Yelah..petang tadi umie kecoh telur habis.

Abah..abah roti canai telur dibelinya…..Geram dan lucu kini bersatu.


Tapi hari ni sebab terlajak tidur roti telur Adli pun umie tak buat. Maafkan umie Adli. Esok umie buat ye. 

Sian dia tak dapat roti telur. Esoklah umie buat ye Adli

Isnin, 28 Mac 2016

Kejutan untuk abah

Assalammualaikum semua.

Sudah lama lea tak bersiaran. Sibuk sikit. Dah tu kurang sihat pulak tu. Nak buat macam mana kan. Badan pun perlu rehat jugak.

Oh ya 24 Mac lepas kan birthday suami. Suami pada hari kejadian kursus di Bukit Fraser. Petangnya baru balik. Sebenarnya  tak ada buat perancangan pun nak buat kejutan untuk abah. Tapi pagi tu try jelah call kawan yang jual kek. Masa whatsup dia siap tanya ada kek lebih-lebih tak. Tak nak besar sangat. Alhamdulillah..Ada keknya. Black Forest kek. Saiz 5.5 inci. Harga...mampu milik cuma RM35. Yang pasti berbaloi-baloi sebab sedap. Eda Anang kek kamu tidak pernah mengecewakan. Alhamdulillah.

Petangnya bila balik kerja terus pergi supermarket beli paha ayam sebab nak buat chicken chop sebab abah suka makan chicken chop. Bila dah beli semua keperluan untuk chicken chop baru ambik Adli rumah pengasuh. Tak boleh ambik dia dulu karang macam-macam dia nak borong dekat supermarket.

Sampai umah, sembahyang asar dulu dah tu kelentang kelentunglah umie kat dapur. Part nak buang tulang kat paha tulah leceh sikit. Nasib baiklah sos blackpaper dah laju membuatnya dan tak payah tengok resepi dah. Alhamdulillah jam 7 dah settle semua. Abah sampai rumah jam 7.10. Sampai-sampai suruh dia mandi terus. Dia tak tahu lagi ada chicken chop tu.  Kek memang sorok dalam peti sejuk dan yang pasti suami takkan buka peti sejuk sebab dia pantang tak minum sejuk.

Bila tengok chicken chop abah dah senyum meleret dah. Dia cakap dah plan nak bawa umie dan adli makan dekat luar. Takpe...umie cakap. Chicken chop makan kat rumah kos tak sampai pun 20 ringgit. Dekat luar sepinggan mau belas-belas ringgit. Sweetnya bila abah  mengucapkan terima kasih kepada lea.

Tengah dia makan, lea dan Adli keluar dari dapur bawa kek sambil Adli nyanyi Happy Birthday To You. Lagilah abah terkejut. Dah tu cakap lagi terima kasih umie, terima kasih Adli. Adli yang lebih-lebih cakap sama-sama abah. Happy Birthday to you abah.

Tiada apa yang menggembirakan hati apabila melihat orang gembira dengan kejutan yang kita buat untuknya. Hanya sambutan yang sederhana kami 3 beranak. Terima kasih abah atas segalanya selama ini. Terima kasih kerana menjaga kami  dengan baik selama ini.


Happy 35th Birthday Abah.





Khamis, 24 Mac 2016

Segmen Bersama Jamu Mak Darot - Kawanmu si SUPERHERO

Assalammualaikum Semua.

Rasanya dah ramai teman-teman yang tahu yang lea ni asalnya dari Kuching Sarawak. Berpindah ke sini dengan alasan megikut suami yang asalnya dari Teluk Intan dan menetap di Puchong. Insyaallah 1 Ogos ini genaplah 10 tahun lea menjadi anak perantau dan rasanya akan menetap di sini sampai bila-bila.

Bila dah dok jauh dari Kuching kadang-kadang teringin nak cakap Sarawak. Dekat pejabat lea bukannya tak ada dari Sarawak tapi jarang-jarang jumpa. Jadinya sukalah dok buka pages-pages dekat Facebook yang menggunakan perkataan asli Sarawak dan kadang-kadang lea yang asalnya Sarawak ni pun tak pernah dengar pun perkataan tu. Pages yang buat lea kadadang-kadang tergelak sendiri Pages Jamu Mak Darot. Sekali pandang memang kita ingat Pages ni jual jamu tapi bukan. Pages Jamu Mak Darot bukanlah menjual sejenis produk kesihatan tetapi bakal menJAMU anda dengan Kata2 Nasihat, Kata2 "Nyelak" yang berhemah & 100% ramuannya Bahasa Sarawak.

Lea dah minta izin tuan punya pages ini untuk kongsikan postingnya dekat blog lea sebab lea rasakan apa yang ditulisnya adalah apa yang berlaku dalam kehidupan kita. Alhamdulillah tuan punya bagi izin dekat lea. Lea kena terjemahkan apa yang ditulis dalam bahasa melayu yang betul sebab Jamu Mak Darot menulis di dalam bahasa Melayu Sarawak.

Jadi kita akan bersama Segmen Jamu Mak Darot ye dalam blog ini. Setia bersama kami setiap khamis jam 1 petang. Jangan ke mana-mana.

Korang boleh Like Page Jamu Mak Darot ni ye. Korang boleh klik link di bawah.




Kamu semua ada tak kenal kawan spesis SUPERHERO. Maksudnya semua benda dia tahu dan dialah yang hebat dari kita semua.


Lea kenal spesis macam ni. Pantang kita bercerita mesti dia pun ada sama dan yang paling penting dia mesti lebih dari kita. Yang bestnya pernah terkantoi tapi tahu sendiri jelah dengan kawan-kawan. Kalau nak malukan dia depan orang boleh tapi kena jagalah air muka dia depan orang. Kita ni kadang-kadang jaga sangat hati dan perasaan orang tapi orang kadang-kadang main lepas je cakap. Bukannya tak terasa hati tapi bila memikirkan dia orang tua, takpelah. Biarlah…tapi sampai bila kan?

EKSPO PERDANA MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN PUTRAJAYA

Perkongsian dari Perbadanan Putrajaya. Jika berkelapangan bersamalah kita ke majlis-majlis ilmu yang akan di adakan.







Happy 35th birthday abah....


Assalammualaikum.

Hari ni 24 Mac 2016 genaplah usia suami 35 tahun. Lea cuma tua 4 hari je dari suami. Tu yang sayang bulan Mac ni. Anniversary, birthday lea dan suami sama di bulan Mac.

Abang, 

Selamat Hari Lahir Ayang dan Adli ucapkan. Semoga abang sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, sihat-sihat selalu dan sentiasa di dalam rahmatNya.

Malam karang balik dari Fraser Hill kita celebrate ye.


Rabu, 23 Mac 2016

Khas untuk anak-anak Wilayah Persekutuan


Perhatian kepada semua pelajar cemerlang UPSR, PT3, SPM dan STPM tahun 2015 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan anda berpeluang menerima penganugerahan "Pelajar Cemerlang" daripada YB. Menteri Wilayah Persekutuan. Muat turun borang permohonan di laman web kami www.yayasanwp.org.my

Bila perempuan merajuk


Rasanya masa zaman bercinta dulu pernahlah buat benda ni. Hahaha. Saja merajuk. Lastnya minta maaf sebab tahu salah sendiri. Bila difikir-fikirkan balik masa bercinta dulu perangai macam budak-budak je.

Nasiblah En.Sham bukan jenis baran orangnya. Kalau sama-sama nak marah susah juga kan.

Putrajaya Animal Lovers Fiesta (PALoF)




Putrajaya Animal Lovers Fiesta (PALoF) akan diadakan di Lobi Auditorium Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya bermula dari 2 hingga 3 April 2016.

Pelbagai pameran dan pertandingan haiwan-haiwan peliharaan bakal diadakan termasuk kucing, arnab, ular, musang pandan, ikan, burung dan lain-lain lagi.

Jemput datang beramai-ramai. Masuk adalah PERCUMA.