MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 26 Februari 2016

Group Whatsup Sekolah Rendah...riuh dan kecohnya.....

Assalammualaikum Semua.

Salam Jumaat. Esok kita cuti. Yahoooo… Esok insyaallah akan ke Teluk Intan untuk menghantar mak mertua balik. Dah dekat 3 minggu dia kat sini. Gilir-gilir rumah lea dan rumah abang ipar.

Semalam dari petang sampai ke tengah malam lea tak berhenti tersenyum dan ketawa. Nka tahu sebab apa? Ada seorang kawan semasa di sekolah rendah buat group whatsup sekolah, jadi addlah kawan-kawan sekolah dulu. Ada yang lea teringin sangat nak jumpa, nak tanya kabar. Sebab masa nak masuk sekolah menengah kami semua masuk laian-lain sekolah. Kebanyakan yang sama hanya di SMK Petra Jaya. SRB Rakyat Tupong memang kenangan terindah lea.

Kecoh dan riuh dalam group semalam. Lea tinggal sekejap solat Isyak ada 300++ msg. Hahaha.Masing-maisng teruja jumpa kawan yang dah 23 tahun tak jumpa. Sampai ke tengah malam lea senyum dan gelak sorang-sorang.



 J Kebanyakan rakan-rakan sekolah lea tak ingat dah. Dah lama-lama tenung muka sekarang baru ingat balik muka 23 tahun lepas. Dah berjumpa dalam group whatsup ni terkeluarlah macam-macam cerita. Ada yang memang kaki gaduh je dulu. Suka cari gaduh. Yang digaduhnya budak perempuan. Tapi sekarang dah polis dah. Zainal…kolah tu ye. Masing-masing je cakap pernah gaduh ngan si Zainal ni. Hahaha.

Yang buat lea gelah si Awang @ Elok masih ingat lea ni pegang pen/pensel lain dari yang lain. Hahaha. Siap tanya ko masih pegang pensel macam dulu kah. Hahahaha. Elok…aku sendiri lupa dah kelainan aku yang ini. Terima kasih keranan mengingatkan.

Korang pegang pen/pensel macam mana? Lea macam ni ye. Boleh ikut?

Geng sama sekolah dulu si kembar Farisah dan Farina, Karmaliah yang bijak, Zainal yang nakal, Awang Abdul Ghani yang sangat slamber, Jaslin teman lea makan waktu rehat, Siti Fairus yang kurus tinggi macam model, Zainon atlit sekolah, Harun yang agak blur2 dulu, Nomet yang ala-ala gangster dulu, Suraya gadis ayu, Hamsiah yang cakap ala-ala manja, Kamaridah yang pendiam orangnya, Aziz pun tinggi mcm model, Rudy budak comel dengan cermin matanya,Normah dengan fesyen rambut mcam-macam, Hafida yang kecoh orangnya….Azza yang lea ingat-ingat lupa orangnya, Haslawati si hidung mancung …. Ada yang masih single ada yang berderet dah bala tenteranya. Proaktif korang ye. Kawan-kawan....aku rindu korang semua.



Harap suatu hari nanti boleh jumpa korang semua. Kalau berjumpa tak tahulah macam mana. Dalam group pun dah kecoh jumpa nanti lagi haru. Takut ada yang cedera kena tepuk dan tampar. Hahaha

Khamis, 25 Februari 2016

Bila heroku demam

Assalammualaikum.

Salam hari Khamis semua. Apa kabar hari ni? Harap semuanya sihat saja hendaknya. Lea alhamdulillah sihat cuma si kecik lea Adli demam pulak. Dha demam ni manjanya berlebih-lebih. Intonasi bercakap tu manjanya bukan main. Tadi sebelum hantar dia singgah Petronas beli minyak. Jadi tugas suami yang akan membayar dan mengisi minyak. Mem besar duduk dalam kereta.

Ayat Adli pagi tadi

Adli: (Dengan merengek-rengek)
        Adli nak ikut abah beli minyak. Adli nak beli air milo…

Suami cakap masuk dalam Petronas segala mainan dia nak beli. Siap nak beli maggie cup, aiskrim dan biskut macam-macam. Buat drama air mata jugalah dalam Petronas. Yang diluluskan hanya air milo kotak kecik dengan mainan moto 1. Tu pun yang paling murah suami beli. Adli dengan muka masam masuk kereta.



Ni gambar sebelum. Bukan main kamu ye Adli. Banyak-banyak benda penyepit kain juga yang dia main. Mainan dah sebakul besar dah tu.



Ni malam tadi. Korang tengok gambar mula-mula. Nak menangis katanya. Bila dengar bunyi lori sampah terus segar dok melihat lori smapah sampai hilang dari pandangan. Lori smapah pun jam 8 malam baru ambik sampah. Adli boleh tahu tu bunyi dari jauh.

Lepas tu baring balik minta kain kat atas kepala.


Iulah dia Adli Sham. Bila dia demam macam ni sunyi pulak rumah. Yelah dia lemah. Tapi dalam lemah-lemah tu main lori smapah tak lupa k.

Rabu, 24 Februari 2016

Jom kita kenduri laksa

Assalammualaikum.

Ni cerita ahad lepas. Ahad tu abahnya Adli kerja. Adli pulak demam. Dalam jam 9 lebih akak ipar whatsup suruh datang rumah. Dia buat laksa. Gulp..gulp…automatic telan air liur. Hahaha. Kak Nyah kalau buat laksa sedap wa kata sama lu. Hehehe.

Abah Adli balik dalam jam 5 macam tu. Cakap dengan dia kaknyah suruh pergi rumah, dia buat laksa. Adli pun dah macma ok masa tu. Dalam 6.30 petang tu keluar rumah. Boleh pulak tayar pancit. Nak kena tukar tayar pulak. Tayar spare pulak tak serupa tayar spare sebab kurang angin. Tapi bolehlah bawa ke ke kedai tayar.Nasib baiklah ada kedai tayar buka lagi.

Lepas dah settle semua barulah pergi rumah kaknyah. Dekat nak sejam baru sampai walaupun rumahnya tak sampai pun 5 minit kalau bawa kereta.

Sampai-sampai je terus dihidangkan dengan laksa. Sedapnya…. Mak mertua kat depan pun tak nampak. Siap tapau bawa balik tu. Esoknya dekat rumah perangat balik kuah laksa dan makan.

Yum..yum...

Anak teruna kaknyah pun sama menjamu selera

Nilah tukang masaknya. Sedaplah kaknyah

Telur kuning pun nampak sedap


Terima kasih kaknyah.

Terimalah serangkap pantun dari lea ye.

Terima Kasih Daun Keladi
Nanti Boleh Buat Lagi
Jangan Lupa Jemput Kami

HahahaHihihihi

Selasa, 23 Februari 2016

Ke Paya Indah Wetland

Assalammualaikum semua.

Ni cerita petang sabtu lepas. Sebenarnya rancangannya nak pergi Sabtu pagi tapi Sabtu pagi ke Mydin pulak. Jadinya rancangan nak ke sini kita tunda waktu petang ye dengan harapan tak hujan. Alhamdulillah tak hujan.

Petang tu ambik dulu kaknyah dan anak-anak serta mak mertua dan Adli (balik dari Mydin tak nak balik rumah. Nak duduk rumah ibu katanya) Ok Adli. Boleh buat temankan Risya sebab maknya kerja hari tu. 

Selfie dulu dalam kereta ye.

Sampai ke Paya Indah Wetland dekat nak jam 6 petang. Paya Indah Wetland tutup jam 7.00 petang. Takpelah.Kita pusing-pusing dululah. Yang syoknya boleh bawa kereta pusing-pusing dalam ni.Oh ya..tiada bayaran masuk dikenakan ye Cuma kena mendaftar di kaunter sebelum masuk.

Niat dihati nak nengok hippo tapi tak nampak pulak batang hidungnya. Kita tengok buaya jelah. Terus terang lea ingatkan buayanya adalah dalam 3-4 ekor. Rupanya banyak ekor dengan kolam/tasik yang sangat besar. Besar-besar pulak buayanya. Adli dna Risya teruja betul nampak buaya. Dah tu cakap takut…hehehe.


Nilah rombongan ke Paya Indah Wetland.


Mak mertua dan suami selfie bersama buaya.


Sedikit info tentang buaya


Besar-besar buayanya

Lepas tu kita ke manara tinjau pulak ye. Sebelum ni ditutup untuk penyelenggaraan. Penat juga naik menara ni. Mula-mula tak nak naik tapi bila fikir mesti cantik viewnya tu yang gigih  juga naik tu. Memang cantik pun. Boleh nampak Cyberjaya, Putrajaya, Banting, Dengkil dan semestinya matahari yang perlahan-lahan menghilangkan diri buat seketika.


Tinggi Menara ni. Ada juga budak kecik interframe.



Harus mengambil gambar di atas Menara Tinjau ni.


Terima Kasih Adli sudi bekerjasama dalam gambar ini


Umie dan abah pulak nak feeling romantik kat sini.



Abah pulak nak posing-posing sado kat sini.



Adli dan abah..pandai berlakon ambik gambar tu.

Bagi yang sukakan ketenangan dan kedamaian di sinilah tempatnya. Boleh juga bawa anak tengok haiwan yang ada kat sini. Tumbuhan juga ada pelbagai jenis. 

Untuk maklumat lanjut korang bolehlah ke website ini

Isnin, 22 Februari 2016

Cucu ikut opah dan atuk berjimba

Assalammualaikum. 

Hahaha. Tajuk..bukan main ye. Berjimpa. Tak ke mana pun. Ke Maidin je. Bawa cucu ni sekali. Nilah Risya anak kepada anak buah suami. Lea ni Opah Cu tau. Hehehe. Cantik sungguh Risya bercheongsam merah. Korang tengok pakciknya kat belakang tu. Susah betul nak bergambar. Risya juga yang maintain ayu di balik tiang.






Jumaat, 19 Februari 2016

Cucu baru atok Mail dan opah Biah

Assalammualaikum.

Selamat pagi.

Salam Jumaat.

Alhamdulillah. Adik lea, Mas yang berada di Kuching telah selamat melahirkan anak pertamanya pada Ahad lepas. Tahniah Mas dan Anas.

Atok dan Opah dan ada cucu baru


Puteri sulungnya di beri nama Sofia Insyirah. Cantiknya nama secomel tuan punya badan. Tak sabar maklong nak balik Kuching jumpa anak buah mak long ni. Lea kalau belah lea maklong sebab lea anak yang sulung dari 3 adik beradik. Kesemuanya perempuan. Kalau belah suami pulak makcu sebab suami anak yang bungsu. Anak mak…Hehehe.



Nilah ibu dan ayahnya. Yang perempuan adik lea yang bungsu. Kahwin pada Mac 2014 yang lepas.


Geram tengok baby Sofia. Tak sabar nak gomol-gomol dan cium-cium. Sedap kan bau baby ni. Dengan bau rempah mak berpantang lea suka sangat cium bau kedua-dua tu.


Adli dah ada sepupu baru ye Adli. Mak baru ada 3 cucu. Adli, Medina dan Sofia. Adli juga tetap hero ye Adli. Jangan buli adik-adik dah ye. Mau menjerit je umie bila balik Kuching nanti.
Ni Adli dengan Media. Time ni Adli setahun lebih kot. Medina pulak tak sampai setahun. Sekarang dah pandai jalan. Takut gaduh je nanti. 


Khamis, 18 Februari 2016

Adli pun pandai timbang badan dah...

Assalammualaikum.

Selamat pagi…

Benarlah kan apa orang kata, anak-anak kecik ni mudah mengikut apa yang orang buat disekelilingnya.

Contohnya dak Adli.

Al-kisahnya si Along sekarang ni on diet katanya. Sekarang ni memang jaga makan dan sentiasa bersenam. Alhamdulillah. Dha nampak kurus dia sekarang. Hari tu Along g rumah lea petang. Along buatlah sit up dan lepas tu dok timbang badan. Rupanya Adli dok perati dia nak buat juga sit up. Along bantulah. Tapi tak bagi banyak kali. Dia kecik lagi. Cukuplah sekadar nak merasa buat.


video

Ni pulak 3-4 hari lepas. Lepas Adli makan dia berlari sekeling rumah. Lea buat tak tahu jelah. Dha lepas tu dia tanya imbang mana umie. Lea cakap dalam bilik. Bila dia masuk dalam bilik terdengar suara dia. Yeay…9. Rupanya tengah timbang badan. Tak tahulah naik 9 ke turun 9. Lea tanya kenapa Adli? 9 umie. Yeay. Melompat-lompat pulak tu. Dia main sebut je nombor tu. Sayang tak ambik gambar dia atas timbang tu.

Adli..orang bersenam dia nak juga.
Orang timbang badan pun dia nak buat juga.
Janji dia buat apa orang buat jugak.

Apa yang 9 entah sedangkan berat dia 23kg dah sekarang.

Rabu, 17 Februari 2016

Sedap sangat ke getti tu?

Assalammualaikum semua.

Apa kabar hari ni? Harap semua sihat ye sebab sekarang musim demam sebab ramai yang demam dan batuk-batuk. Kena banyak minum air masak.

Ok nak cerita. Adli adalah peminat nasi lemak. Kalau boleh hari-hari dia nak makan nasi lemak. Tapi tidaklah lea nak masak bagi dia makan nasi lemak hari-hari. Lea Cuma sediakan sambal tumis kurang pedas untuk stok selama seminggu. Adli ni janji ada sambal tumis dengan nasi putih putih biasa pun nasi lemak katanya.

Minggu lepas Adli dok cakap nak makan gettti..getti. Bertukar selera pulak dah? Tak nak nasi lemak dah.Tau spaghetti katanya. Tapi umienya ni pulak malas benar nak buat. Jadinya ahad lepas baru umie buat. Selera betul dia makan walaupun dalam kuah spaghetti tu penuh dengan kobis dan carrot. Lea potong halus-halus. Dah susah sangat makan sayur macam tu jelah caranya nak bagi dia makan sayur. Tak perasan langsung spaghetti dia makan penuh dengan sayur. Ok..Berjaya umie disitu.
  
 Sedaplah sangatlah tu. Makan sampai comot-comot.

 
Adli ni juga jenis susah nak makan buah. Ada buah-buah je dia suka. Yang paling dia suka durian. Tembikai, jambu, lai, pear memang tak masuknya. Dah tu susah nak berak. Bila dah berak siap cakap dengan lea umie, abah bagitahu ni taik batu Adli sebab adli tak nak makan sayur dan buah. Taupun ye. Tapi buat lagi.


Oklah. Lea tinggalkan korang dengan lori sampah Adli. Permainan dia yang termahal setakat ini dan ini pun yang paling bertahan lama. Banyak-banyak mainan dekat AEON IOI Mall Puchong lori sampah yang jumpa. Memang fanatik dengan lori sampah. 

Selasa, 16 Februari 2016

Adli suruh abah tukar tayar kereta hari-hari

Assalammualaikum.

Apa kabar hari ni? Harap semuanya sihat je ye.


Nampak dah muka nakal dia. Kalau ingatkan kenakalan dia ni adui...tak diam mulut umie dibuatnya


Ni lea throwback gambar lama. Masa Adli umur 9 bulan. Time ni bawa mak dan ayah lea jalan-jalan kat Langkawi. Masa ni Adli tak boleh berjalan lagi. Tapi dia geram sangat nak ke laut. Kalau dilepaskan mau merangkak ke laut tu. Bercakap pun tak reti lagi. Bercakap bahasa dia jelah. Sekarang…..

Ada cerita lea nak bagi tahu.

Satu hari di dalam kereta lalu kedai tayar.

Adli          :       Abah tak nak tukar tayar ke?

Abah        :       Kamu ni Adli lalu je kedai tayar mesti nak suruh
Abah tukar tayar. Banyak tul duit abah nak tukar tayar hari-hari.

Pantang lalu kedai tayar mesti suruh abah singgah untuk tukar tayar.

Satu hari bila lalu TESCO

Adli          :       Abah tak nak beli beras ke?

Abah        :       Takkan abah nak beli beras hari-hari. Abah beli
sebulan sekali je Adli.

Pantang lalu TESCO mesti suruh abah singgah untuk beli beras

Satu hari bila lalu kedai mamak

Adli          :       Abah tak nak makan roti canai ke?

Abah        :       Tak Adli. Takkan abah nak makan roti canai hari-
hari Adli.


Yang paling best bila tengok kapal terbang lalu, mesti Adli tanya bila abah nak beli kapal terbang untuk Adli balik Kuching. Tulah. Umie pun nak tanya benda yang sama. Senang umie dan Adli balik sebab nak jumpa atok dna opah. Rindu ni…

Isnin, 15 Februari 2016

Percutian pendek di Putri Beach Resort

Assalammualaikum semua.
Macam mana cuti yang panjang lepas. Lea dok rumah je sebab abahnya kerja. Jadi berduaan je dengan Adli dirumah.

Ni cerita pada cuti panjang sebelum ni.
Saja booking Rumah Peranginan Persekutuan di Port Dickson nak bawa Adli mandi kolam. Sungguh mudah proses permohonan sekarang. Semuanya online. Oh ya, Lea ambik apartment 3 bilik dengan bayaran RM150 saja. Ni hanya khas untuk kakitangan kerajaan dan pesara sahaja. Korang boleh layari web ini BPH . Tapi kena daftar dululah. Susah nak dapat RPP ni. Ada rezeki adalah ye. Lea nasib baik booking hari tu ada kosong.

Ok. Nilah RPP di Port Dickson. Puteri Beach Resorts. Ada kolam dan dekat sangat dengan pantai.


Bilik Kedua

Master Bedroom


Bilik kedua


Permandangan dari bilik


Sentiasa bawa bekalan makanan. Sambal tumis mesti ada. Fav. Adli tu


Pusat tu. Cover siktilah Adli. Seronok sangat. Melompat-lompat ye Adli


4.30 dha turun kolam. Adli tak sabar


Jalan sikit je dah pantai


Seronok betul Adli. Berani pulak tu


Anak buah suami. Syoknya bang Alip


Posing...bukan main


Kak dila peneman Adli






Gambar melentok je
Kak Ipar dan anak-anaknya




Tengok dak Adli tu



Dah puasa berendam, rehat dulu ye. Amboi. Dok atas meja kamu ye. Esoknya 6.30 pagi dha kejutkan lea untuk mandi kolam. Amboi Adli.Tak sabar betul.