MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 28 Januari 2016

Saya peminat Siew Mai @ Dim Sum

Lea adalah penggemar Siew Mai @ Dim Sum ni. Pernah cuba buat sendiri. Rasa dah ada tapi rupanya pulak tak cantik. Comot je. Jadi malas nak buat sendiri dah. Tapi ….ada jalan penyelesaiannya.

Kita beli yang frozen je ye. Yang penting status halal tiada keraguan. Lea sebenarnya seorang yang malas untuk ke Pasar Tani Putrajaya. Sebab sesak sangat rasanya. Tapi kerana Siew Mai @ Dim Sum sanggup juga pergi pada hari jumaat sebab stok dah habis kat rumah. Pergi semata mata Siew Mai @ Dim Sum ni. Ok. Harganya 1 paket RM10. Beli 3 paket dapatlah RM28. Satu paket ada 16 biji Siew Mai @ Dim Sum. Comel-comel je saiznya.Ada ayam+cendawan, ketam dan seafood.
Lea kalau sekali kukus tu kadang-kadang sepeket terus. Kadang-kadang 8 biji. Ikut masa dan ketikanya. Hehehe. Kalau sorang je nak makan kukus sikit. Kalau ramai yang nak makannya kukuslah lebih ye dok.
Untung juga ada pengukus Tupperware ni. Lea beli yang tiga tingkat punya. Sabar tu tunggu ada sale. Selalu 2 tingkat RM40++. Masa tu pulak offer 3 tingkat 40++. Ambik terus. Nak kukus pun sekejap je. Tak payah nak ambik periuk kukus yang besar. Ada juga yang kecik tapi malas nak guna. Senang guna yang Tupperware ni. Nak basuh pun senang. Guna 2 tingkat je. 


Ok. Dah siap Siew Mai @ Dim Sum kita ni. Adli? Tak nak dia makan. Adli ni kan…kalau nak makan dia cium dulu, dia rasa lu dengan jarinya. Kalau tak Kenan tu tak nak dia makan. Memilih sangat. Tapi bila dah lapar makan juga.

Cerita di pagi khamis

Assalammualaikum semua.

Apa kabar hari ni? Harap sihat adanya.

Pagi ni boleh terbangun jam 5.30 pagi. Selalu jam 4.45 pagi dah bangun dah. Siapkan bekal abah, umie dan adli. Adli sekarang nak bekal jugak dah. Dia dah tahu dah ambik bekal dia. Masuk dalam beg dan beg dia sandang dekat bahu. Comel je nengoknya. Makan tak makan belakang cerita. Pengasuh cakap ada yang dia makan.Ada yang dia makan sikit. Ikut mood dia jelah.

Abah memang bekal. Abah cakap seronok je bekal. Duduk kedai order air je. Jimat sangat katanya. Dah tu sedap. Hahaha.Puji bini nampak. Umie memang untuk sarapan bekal dan untuk lunch juga bekal. Memang jimat sangat bila bekal ni. Selalunya lea budget RM50 seminggu untuk sarapan dan makan tengahari. Tapi kadang-kadang RM50 tu tak usik pun. Sesekali je dok beli buah-buahan.

Adli pagi tadi liat betul nak bangun. Malam tadi entah jam berapa baru tidurnya. Dia sekarang tidur kat bawah. Tak nak tidur atas katil dengan abah dan umie. Memang disediakan satu tilam kat bawah. Kadang-kadang kesian juga tengok dia sorang-sorang tidur bawah. Cakap juga kat dia nak umie dan abah tidur bawah ke peluk Adli. Taknak. Tak yah kacau adlilah umie. Adli nak tidur. Aduh..menjawab betul  dah sekarang.

Pagi tadi suami alihkan dia tidur atas katil. Lepas tu suami cakap kita nak gerak dah ni. Jom Adli. Tak menjawab. Bila ditanya nak naik motor dengan abah ke nak naik kereta dengan umie. Boleh pulak menjawab naik motor. Tapi tak bergerak juga tu. Lastnya.Abah nak pergi dah li naik motor. Kelam kabut bangun..takut kena tinggal.

Gelagat dak Adli ni memang kadang-kadang buat lea gelak dekat rumah. Dia juga buat kita marah. Tapi pandai pujuk balik. Hehehe.


Ok. Lea nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat anak buah suami adik pada hari ini. Makcu doakan semoga adik dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. Jangan nak bergf dulu. Kerja dulu.

Rabu, 27 Januari 2016

WIFI Akim & The Majistret

Hehehehe, Tergelak sorang baca perkongsian teman mengenai  WIFI ini. Adakah betul ataupun hanya sekadar nama?


Bila umie malas masak


Hahaha. Tajuk tak boleh blahkan. Betul..Kadang-kadang dah tak tahu nak masak apa. Dah jemu nak masak masakan sendiri.

Ni cerita sabtu malam yang lepas. Datanglah adik (anak buahnya suami kerumah). Lea masa tu memang malas tahap gabanlah. Hahaha. Tanya suami, dia tak nak makan nasi. Lastnya lea cakap kat adik. “Adik, tolong buat burger. Buat sekali ngan acu. Acu terer buat burger. Dengar cerita kamu pun sedap buat burger. Buatlah korang berdua burger. Makcu nak rilek ini malam” Hahahaha. Ayat memujuk untuk masak tu….



Jadinya pakcik ngan anak buah sibuklah di dapur. Lea ngan Adli syok tengok tv. Hehehe. Sesekali kan.

Tada…siap dah burgernya. Siap makan bersuap lagi tu. Hahaha. Manja betul kamu dengan pakcik kamu ye adik.


Adli. Boleh layan dia makan burger.Sesekali ye Adli. Tu pun burger ikan. Sama dengan umie. Burger daging takmo ye. Adli makan tak sampai setengah pun. Selebihnya umielah yang dok habiskan. Sabar jelah.





Oklah puan-puan. Sesekali apa salahnya kita rehat dari memasakkan. Bagi orang lelaki pulak masuk dapur. Burger pun burgerlah.

Majlis Hari Jadi teman-teman Adli

Pada 23 Januari yang lalu lea dan Adli telah pergi ke jemputan sambutan hari jadi Iqa dan Qaleef teman Adli di rumah ibu (pengasuh Adli). Jamuan telah dibuat di dewan di kawasan kediaman ibu.

Jemputan adalah pada jam 5 petang. Sampai-sampai Iqa dan Qaleef tengah potong kek. Adli sibuk nak cepat. Cepatlah umie. Birthday to you…Hehehe.
 
Yang menyuap Qaleef nilah ibu@akak ipar lea.

 Adli..bila dah jumpa kawan-kawan memang tak ingat dunia dah. Berlari, melompat sampai badan lenjun dah dengan peluh. Makan langsung tak nak. Nak main je katanya.


Ok..ibu-ibu pulak nak ambik gambar ye. Korang tengok gambar kat atas ni. Adli sebenarnya tengah duduk kat bawah main. Dengar orang nak bergambar tiba-tiba bangun duduk kat kerusi. Ikut sukahati dia je
 Buat Iqa dan Qaleef Selamat Hari Lahir acik dan Adli ucapkan. Semoga membesar dengan sihat dan membahagiakan ibu bapa dan keluarga anda suatu hari nanti.

Jumaat, 22 Januari 2016

Umie syok sendiri

Bila tengok gambar-gambar ni sakit pulak hati kite. Rupanya umie syok sendiri ambik gambar. Abah dan adli? Masing-masing buat hal sendiri. Sabar jelah.






Babak 1 - Misi menguruskan diri

Lokasi - Taman Tasik Cybejaya
Pakaian- Bersesuaian untuk bersukan
Watak- Lelaki muda yang gagah perkasa tetapi perut sedikit                buncit
          - Lelaki yang agak matang peneman setia yang suka               bagi semangat
          - Pelakon kanak-kanak lelaki popular penyeri filem

1. Seorang lelaki muda sedang berlari-lari anak mengelilingi taman. Sungguh gagah sidia. Dengan gaya ala-ala kpop masing-masing anak dara yang lalu berlari sambil menjeling si teruna. Si teruna pun malu-malu

2. Lelaki muda teruskan langkahnya dengan macho agar tidak nampak sumbang gayanya. Langkah diatur sebaik mungkin


3-4 Ah...sudah. naper budak kecik ni menyibuk. Sapa budka kecik yang kecoh snagat ni. Mulut tak reti diam.Kang orang cakap anak aku pulak.Si teruna cuba melarikan diri dari budak kecik yang agak popular itu. Budak!!! ko tunjuk apa tu?


5- Teruna macho itu tidak dapat melarikan diri dari budak yang tiba-tiba muncul. Lalu mereka berlari seiringan. Nampak manis gitu.Si budak kecik tu sangat suka dengan si teruna ini yang mukanya adalah muka sayangkan budak-budak.

6- Keindahan bunga menyerikan lagi pemandangan di dalam filem  ini .Jemu juga melihat si teruna sahaja.
7- Matahari semakin menghilangkan dirinya. Sangat cantik panorama itu.

8-Sesi meregangkan urat saraf. Tengok budak kecik itu. Gaya kena ada. Macam penat benar tu.

9- Semakin bersemangat mereka.Masing-masing hendak menunjukkan gaya.Gaya mana paling hebat. Budka kecik tu tunjuk apa? Sampai kesudah kami tak tahu apa yang tunjuk.

10-Gaya muka je lebih.Padahal cekak pinggang je pun.

11- Watak si kecik dan lelaki dewasa sedang berdiskusi tentang keindahan alam

12- Di dalam hati camerawoman ...hensem juga si hero filem. Macam hero tamil 
13- Pantang dipuji terus senyum meleret.Sukalah tu

14-Hero kedua menunjukkan kehandalannya. Baik-baik tangan tu baru setahun lebih je patah. Kena jaga-jaga.

15-Masing-masing dah penat

16- Aduh hero...tak cover langsung menguap tu..Penat ke ngantuk?

Khamis, 21 Januari 2016

Hasil rembatan di jualan gaji dekat ofis

Assalammualaikum

Bersiaran diwaktu rehat pulak ye.

Hari ni kan gaji untuk orang kerja kerajaan. Jadinya dekat opis lea ni kalau gaji mesti ada jualan pada khamis dan jumaat. Semua barang ada dijual. Pakaian, tudung, baju kanak-kanan, minuman dan makanan pun ada.

Jadinya makcik lea hari ni pun sama-samalah pergi jualan untuk menghabiskan duit gaji yang tahun lepas pun tak habis..Hahaha.Yelah tu lea. Ok. Lea keluar jam 12.50 jam 1.10 dah sampai opis balik.

Korang nak tahu lea beli apa? Kalau ikut tajuk entry bukan main banyak barang yang dibeli kan.

Ok..lea beli benda-benda ni je.

Tapai dan air green tea yang lea teringin sangat nak makan. Lea adalah peminat tapai. Kalau kat Kuching ada tapai nasi. Tu yang lea rindu sangat nak makan. Ni ada tapai pulut pun ok. Janji ada rasa tapai. Green tea pulak teringin tengok bos lea minum green tea bulan lepas. Dalam bekas yang paling besar pulak tu. Hehehe. Tu yang gigih beratur tu. 
Harga?
Tapai - 5 RM2
Air Green Tea - RM3

Ni memang wajib lea beli kalau pergi jualan. Baju dak Adli. RM5 je sehelai. Untuk pakai  hari-hari. Cukup 2 bulan memang warna akan pudar dan kartun-kartun tu pun dah hilang coraknya. Lea beli setiap 2 bulan sebab dak Adli ni semakin besar. Sekarang dah pakai budak 8 tahun punya saiz baju. Debab sangat. Ni dah susut sikit. Tak nak makan sangat.Seronoklah dia kalau tengok baju baru. Dan-dan tu juga nak pakai.

Jumlah perbelanjaan lea hari ni RM15. Hehehe.Berjaya mengawal nafsu dari beli benda yang merapu. Hehehe. Oklah. Jom solat Zohor. Dah azan tu....

Rabu, 20 Januari 2016

Perkara yang kita tak ingin berlaku bila memasak....

Assalammualaikum.

Hari ni bersiaran diwaktu malam pulak ye. Selalu buat autopublish je. Tapi kali ni lea upload terus. Sesekali...

Kami suami isteri baru lepas riuh dengan dak Adli. Senyap2 dalam bilik rupanya dok perabis minyak rambut abah. Bukan sekadar di kepala sampai ke baju dan seluar pun dia sapu ngan minyak rambut abah. Patutlah wangi semacam. Bila dah abah marah boleh pergi kat abah cakap "Adli minta maap bah. Sayang abah" sambil peluk abah. Ayat pemanis Adli bagi orang hilang marah di hati.
Budak nak belajar ABC katanya..

Tetap nak susu 

Selepas dok habiskan minyak rambut abah



Banyak dah melalut ke lain. Mari kita ke tajuk asal ye.

Semalam punya cerita.

Dari dekat pejabat dah berangan nak masak ikan kembung masak asam rebus letak tomato, bendi tumis belacan. Sedapnya. Tapi bila masak penyakit malas tu ada sikit dengan bendi sekali lea masukkan dalam asam rebus kembung.Sebab apa? Malas nak buat rencah untuk tumis belacan. Hehehe. Yang best tengah siang ikan suami cakap.Ikan potong dua. Senang nak makan.Jadinya cuma satu menu je semalam.Lea cakap dekat suami menu 2 in 1. Ada ikan ada sayur. Suami cakap oklah tu. Jimat gas. hahaha.


Cerita petang tadi.

Dekat pejabat dah berangan nak buat ayam masak kicap. Dah tumis semua rencah baru tau kicap habis. Uwa... nak buat apa ni? Lastnya letak je kicap cair dan letak sos tiram sikit. Tapi warna tak hitam pulak. Pucat je. Tengok ada sayur campur letak sayur campur sikit. Letak lada hitam sikit. Bila dirasa ...hmmmm sedap jugak. Bila hidang suami tanya resepi baru ke? Aáh. Suami rasa dan cakap sedap. Hahahaha.



Bila masak yang lea  tak suka bila  plan lain jadi lain. Tak syok betullah. Dah tu tiba-tiba vitamin M datang. Memang malaslah jadinya. Dan paling tak best bila bahan habis kita lupa. Nak kuar membeli memang taklah.  Nak suruh cik abang sian pulak dia pun baru balik kerja. Jadi guna apa yang ada dekat rumah. Kalau betul gaya sedap jugak. Macam kes lea memang betul gayalah walaupun penyakit M datang dengan bahan takde kat umah.